CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Bintang Korea, Lee Min Ho Impi Bercuti Di Pulau Tioman

9-10-2014 01:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12552| Komen: 28

Description: Min Ho, 27, Berkata, Dia Tertarik Untuk Melawat Ke Pulau Tioman Selepas Salah Seorang Peminat Menunjukkan Gambar Keindahan Pulau Tersebut Kepadanya Pada Sesi Bertemu Peminat Yang Diadakan Di Pusat Kon ...
Bintang Korea, Lee Min Ho Impi Bercuti Di Pulau Tioman

Min Ho memberikan pose istimewa bersama para peminatnya pada sesi beramah mesra yang diadakan di KLCC pada Ahad.



KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal dari Korea Selatan, Lee Min Ho menyimpan hasrat untuk melancong ke Pulau Tioman, Johor pada kunjungan seterusnya ke negara ini pada masa hadapan.

Min Ho, 27, berkata, dia tertarik untuk melawat ke Pulau Tioman selepas salah seorang peminat menunjukkan gambar keindahan pulau tersebut kepadanya pada sesi bertemu peminat yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Ahad.

"Saya cukup teruja apabila salah seorang peminat saya menunjukkan gambar-gambar keindahan di Pulau Tioman tadi. Ia bakal menjadi lokasi percutian saya selepas ini," katanya.






















Min Ho mahu bercuti di Pulau Tioman kerana terpaku dengan keindahannya.



Min Ho hadir ke negara ini sebagai salah satu rangka mempromosikan produk terbaharu jenama Osim iaitu Wonder Sofa Osim uDiva.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri sepertiBoys Over Flower dan The Heirs itu turut bertindak sebagai duta kepada jenama berkenaan.

Min Ho tampil serba hitam pada sidang media yang diadakan di bilik 401 KLCC sebelum itu sempat meluangkan masa hampir 45 minit bersama peminatnya di negara ini untuk sesi ramah mesra.

Jelas Min Ho lagi, dia memang seorang yang sukakan kepada aktiviti luar selain gemar menghabiskan masa di pantai sekiranya mempunyai waktu terluang.

Dalam pada itu, bercakap mengenai projek terbaharunya, Min Ho berkata, dia bakal muncul dalam sebuah filem aksi berjudul Gangnam Blues yang menyaksikan dia membuat perubahan pada penampilannya.





















Jelas Min Ho, dia yakin peminat akan menyukai filem itu kerana ia sebuah karya berbeza berbanding projek terdahulunya yang lebih kepada kisah percintaan dan romantik.

"Saya cukup teruja dengan filem ini kerana ia lain daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Peminat kena menonton untuk melihat perbezaannya," katanya.

Sementara itu, Min Ho juga turut memberitahu, dia bakal melancarkan album terbaharunya berjudulSong For You khas buat peminat setianya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolali 29-9-2014 08:26 AM
min ho!!!!!
Quote znuyul 29-9-2014 08:52 AM
min ho..
Quote annehuda 29-9-2014 09:56 AM
@ruhanizza pasni book la tiket pi tioman uols...  
Quote siti_kus 29-9-2014 10:10 AM
boring la tioman. cantik lagi perhentian. lets go oppa!
Quote dondangdendang 29-9-2014 10:37 AM
hensem nya min ho .....kemas penampilannya. x seperti artis malaysia....
Quote mijaa 29-9-2014 11:40 AM
bila tu minho nak pegi?  nak ikut
Quote jula7 30-9-2014 02:36 PM
tingginya beliau..
Quote ninja boy 30-9-2014 05:08 PM
takdak kelas betul impian beliau,
Quote iloveyou 30-9-2014 05:54 PM
min ho gi tioman, iols pun pegi jugak lahh
Quote sambaldurian 1-10-2014 09:31 PM
Tioman bkn Pahang ke. Bila nk g tu? Haruslah buat2 lemas dpn beliau kemudian diberi cpr
Quote Malikmalika 3-10-2014 06:31 AM
urmmm ok lah
Quote ruhanizza 3-10-2014 04:51 PM
annehuda posted on 29-9-2014 09:56 AM
@ruhanizza pasni book la tiket pi tioman uols...

iols x suka gi pulau sangat ni,tp disebabkan abe min ho nak boleh aje
Quote none88 5-10-2014 04:11 PM
min ho....!
Quote alesandra 6-10-2014 11:32 PM
aku penah sekali pegi tioman.jauh dari hingar bingar,cantik...takde tempat makcik2 shopping mcm langkawi caprut.best sgt.silalah ke sana
Quote taleeshoe 8-10-2014 11:29 AM
nape la hot sgt ni min ho oppa

Quote matahari7001 9-10-2014 12:49 PM
selepas so ji-sub.. nilah mamat korea yang boley buat i cairr like ice creammm.. awwww
Quote winterwhite39 9-10-2014 10:17 PM
lame tak ikut lee min ho sejak bOf
Quote ctmoon 10-10-2014 01:44 PM
sambaldurian posted on 1-10-2014 09:31 PM
Tioman bkn Pahang ke. Bila nk g tu? Haruslah buat2 lemas dpn beliau kemudian diberi cpr

amboi.......
Quote RoulRule 10-10-2014 07:05 PM
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal dari Korea Selatan, Lee Min Ho menyimpan hasrat untuk melancong ke Pulau Tioman, Johor pada kunjungan seterusnya ke negara ini pada masa hadapan.


Bila pula pulau Tioman pindah pi Johor????

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.076391 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top