CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Class Kau Nabila [The Rock Princess Speaks]

17-10-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23068| Komen: 140

Description: Nabila Huda, Memang Mempunyai Gaya Yang Sangat Stylish. Suka Sangat Dengan Lakonannya. Baru-Baru Ini Tengok Saloma Pun Best Sahaja Watak Yang Dia Bawa.
Class kau Nabila [THE ROCK PRINCESS SPEAKS]




Nabila Huda, memang mempunyai gaya yang sangat stylish. Suka sangat dengan lakonannya. Baru-baru ini tengok Saloma pun best sahaja watak yang dia bawa.



[GLAM]

PUTERI SULUNG LEGENDA ROCK TANAHAIR, AMY SEARCH, NABILA HUDA SEDIKIT PUN TIDAK TERKESAN BERADA DI BAWAH BAYANG BAPANYA.MALAH, BINTANGNYA BERSINAR TERANG DIPERSADA PENTAS LAKONAN KERANA BAKATNYA SENINYA YANG SEMULA JADI. NABILA BERADA DALAM KELAS TERSENDIRI, SETIAP KRITIKAN MEMBENTUKNYA MENJADI PELAKON YANG LEBIH BAIK DARI HARI KE HARI.



Penggambaran muka depan bersama Nabila Huda, 30, berlangsung lewat petang. Kami terpaksa akur dengan jadual lakonannya yang terlalu padat, namun amat berterima kasih kepada Nabila kerana sanggup pulang berkejaran dari Seremban ke Kuala Lumpur hanya untuk GLAM.
Malah, ibu kepada Keisha, 4, sampai ke muka pintu studio dalam keadaan masih menyarung
baju kurung kapas yang dipakainya terus dari set penggambaran.

Sudah 13 tahun Nabila berkecimpung dalam arena seni lakon. Nyata usahanya tidak siasia apabila Nabila Huda kini dikenali sebagai antara segelintir pelakon pelapis muda paling profilik di kaca televisyen hari ini.

Walau kini ada kebanjiran aktres muda yang lebih menjual rupa dari bakat, Nabila jelas muncul dalam kelas tersendiri. Lakonannya sepenuh hati. Sepenuh jiwa dan raganya disalurkan kepada watak yang diberi. Walau banyak kontroversi mencengkam, kehebatan Nabila sebagai pelakon tidak pernah disangsikan.

Sambil disolek, Nabila bercerita mengenai drama-drama yang pernah dilakonkannya. Nampaknya rezeki Nabila seakan tidak putus berdasarkan tawaran demi tawaran yang masuk seperti bertali arus.

[GLAM] : http://bit.ly/1wablMg






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wannoorazlina 16-10-2014 02:31 PM
wow!
Quote khailya 16-10-2014 02:32 PM
cantik! dan sgt berbakat!..
Quote piao 16-10-2014 02:35 PM
wannoorazlina posted on 16-10-2014 02:31 PM
wow!

cantikan gambar and make up dia
Quote mizzmimi 16-10-2014 02:36 PM
Eksotik habis.. Pandai amy search pilih bini..
Quote wannoorazlina 16-10-2014 02:36 PM
piao posted on 16-10-2014 02:35 PM
cantikan gambar and make up dia

memang canti make up n gambar tu
cuma baju dia la x sesuai sikit
bg kita kat msia la, klu obersea ok ja
kira paling sopan la baju gitu
Quote sekel 16-10-2014 02:37 PM
santekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sgttttttttttttttttttttt
Quote makneng 16-10-2014 02:38 PM
aku suka nau nau dgn bakat dia..mmg best dia belakon
Quote intriQue 16-10-2014 02:38 PM
gambar bawah tu tak nampak mcm nabila dah
Quote yuyoi 16-10-2014 02:38 PM
Feature muka nabila ni cantik.walaupun kulit tak cerah tapi nampak glowing. And i like the makeup and pictures. Cantik!
Quote makton 16-10-2014 02:43 PM
cantik muka & kulit abil
Quote toxicated 16-10-2014 02:47 PM
cntik la abil muke jenis sharp gitu..takyah alter ape dah. tlg jangan cerahkan kulit, stay the way u are..u're hot!miss j rasa nak bawak sheols ke persada internasional! sebaris dafi
Quote fcl29 16-10-2014 02:49 PM
cantik sgt!! die mmg cantik!
Quote BeyondSight 16-10-2014 02:49 PM
Cantiknya make up dia… Serious terserlah kejelitaan Melayunya.
Quote bambimo 16-10-2014 02:50 PM
Kurus dah dIa cun cun
Kulit dia sgt cantik ye..xperlu putih utk cantik tanned gold kulit dia very nice complexion...
Perghhhhh.... Last edited by bambimo on 16-10-2014 02:51 PM

Quote piao 16-10-2014 02:51 PM
wannoorazlina posted on 16-10-2014 02:36 PM
memang canti make up n gambar tu
cuma baju dia la x sesuai sikit
bg kita kat msia la, klu oberse ...

Nama pun GLAM
Quote wannoorazlina 16-10-2014 02:55 PM
piao posted on 16-10-2014 02:51 PM
Nama pun GLAM

baiklah, demi GLAM bogel pon retis sanggup
Quote doubleA 16-10-2014 02:55 PM
harap kontroversi abil makin kurang, sebab dia memang pelakon yg punya bakat dan tak kayu jati.
versatil abil ni.

kalau kurangkan seksi lebih baik kot.
Quote rosasa 16-10-2014 02:59 PM
cantik abil!!!!!!!!
Quote clatiniey79 16-10-2014 03:02 PM
cantikkkkkkkk

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.190785 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top