CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

7 Orang Diculik Sekali Gus Di Johor

20-10-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9990| Komen: 42

Description: Menurut Jurucakap Tersebut, Salah Seorang Mangsa Yang Merupakan Pelajar Politeknik Di Ibrahim, Pasir Gudang Telah Berjaya Melarikan Diri Ketika Suspek Mengisi Minyak Di Sebuah Stesen Di Dungun, Tereng ...
7 Orang Diculik Sekali Gus Di Johor

DUNGUN, 18 Oktober:  Polis sedang menjejaki tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian culik membabitkan tujuh mangsa di Johor Bahru malam tadi.


Jurucakap polis dalam satu kenyataannya memberitahu, suspek menggunakan sebuah lori berwarna putih seperti lori muatan ais untuk menculik mangsa yang nombor pendaftarannya tidak pasti.

Gambar hiasan

Menurut jurucakap tersebut, salah seorang mangsa yang merupakan pelajar Politeknik di Ibrahim, Pasir Gudang telah berjaya melarikan diri ketika suspek mengisi minyak di sebuah stesen di Dungun, Terengganu pada pukul 7.05 pagi Sabtu.

“Kesemua mangsa yang berada di dalam lori itu merupakan kanak-kanak berusia lingkungan lima tahun dan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavasirapsusu 18-10-2014 10:11 PM




Quote lavasirapsusu 18-10-2014 10:12 PM
DUNGUN, 18 Oktober:  Polis sedang menjejaki tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian culik membabitkan tujuh mangsa di Johor Bahru malam tadi.

Jurucakap polis dalam satu kenyataannya memberitahu, suspek menggunakan sebuah lori berwarna putih seperti lori muatan ais untuk menculik mangsa yang nombor pendaftarannya tidak pasti.

Menurut jurucakap tersebut, salah seorang mangsa yang merupakan pelajar Politeknik di Ibrahim, Pasir Gudang telah berjaya melarikan diri ketika suspek mengisi minyak di sebuah stesen di Dungun, Terengganu pada pukul 7.05 pagi Sabtu.

“Kesemua mangsa yang berada di dalam lori itu merupakan kanak-kanak berusia lingkungan lima tahun dan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Quote lavasirapsusu 18-10-2014 10:13 PM
“Kanak-kanak yang diculik itu daripada bangsa Melayu, Cina dan India dengan kanak-kanak Melayu itu hanya dikenali sebagai Mira.

Jurucakap itu berkata, mangsa iaitu Norazliza Abd. Manab, 20, yang berjaya melarikan diri telah membuat laporan di Balai Polis Dungun.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada mangsa, suspek akan membawa ke semua mangsa ke Thailand dan pertukaran kenderaan akan dibuat di Kuala Terengganu bagi mengelak di kesan pihak berkuasa.

Katanya lagi, salah seorang daripada suspek memakai baju-t berwarna merah dan menggunakan loghat Kelantan dalam perbualan mereka.

Polis menerusi beberapa kontinjen iaitu Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis sedang mengesan suspek ketika ini.

Quote TuntungReturn 18-10-2014 10:13 PM
tlg tempek sat artikel kt siakap keli.die ckp lain
Quote kodokke 18-10-2014 10:13 PM
Peliknye Msia tak aman. Tula bykkan set org asing kat sini....
Quote lavasirapsusu 18-10-2014 10:14 PM
TuntungReturn posted on 18-10-2014 10:13 PM
tlg tempek sat artikel kt siakap keli.die ckp lain

pedulik apa wa dia nak cakap apa...

lu ingat wa percaya ke semua benda dlm tenet ni..





Quote noraidil_06 18-10-2014 10:14 PM
Nauzubillah
Quote finesse 18-10-2014 10:15 PM
Gila laa...
Quote NURMIMIE 18-10-2014 10:20 PM
dah kantoi budak ne buat cerita..

tak nak datang kolej sebab tak buat assginment..

buat cerita kena culik bagai..

nyusahkan orang betul laaaa!!

belanja pelempang sedas pekdah ne..
Quote lavasirapsusu 18-10-2014 10:21 PM
NURMIMIE posted on 18-10-2014 10:20 PM
dah kantoi budak ne buat cerita..

tak nak datang kolej sebab tak buat assginment..

tu pasal wa tak percaya apa pun benda dlm tenet ni..





Quote NURMIMIE 18-10-2014 10:25 PM
lavasirapsusu posted on 18-10-2014 10:21 PM
tu pasal wa tak percaya apa pun benda dlm tenet ni..

hadoiiii..

4 kontinjen polis gerak operasi..

sekali gatal bijik jah minah ne!!

kecik2 dah nyusahkan banyak orang..

bazir guna tenaga negara betol..
Quote dauswq 18-10-2014 10:27 PM
NURMIMIE posted on 18-10-2014 10:20 PM
dah kantoi budak ne buat cerita..

tak nak datang kolej sebab tak buat assginment..

Ooo rupanya tipu jek
Quote noor2 18-10-2014 10:27 PM
NURMIMIE posted on 18-10-2014 10:20 PM
dah kantoi budak ne buat cerita..

tak nak datang kolej sebab tak buat assginment..

kurang asam betul budak perempuan ni....sampai mcm tu sekali dia reka..

Quote NURMIMIE 18-10-2014 10:30 PM
noor2 posted on 18-10-2014 10:27 PM
kurang asam betul budak perempuan ni....sampai mcm tu sekali dia reka..

ada bakat jadik drama queen
Quote noor2 18-10-2014 10:31 PM
NURMIMIE posted on 18-10-2014 10:30 PM
ada bakat jadik drama queen

biar dia berdrama dalam lokap...menyusahkan polis...


punyala i risau pasal budak2 yang dikatakan bersama beliau tu..pikir apa la nasib depa..

Quote nourahfey 18-10-2014 10:37 PM
Oh,lakonan  rupanyer,,,agak agk la nak berlakon pun tak pilih skrip lansung,,
Quote NURMIMIE 18-10-2014 10:37 PM
noor2 posted on 18-10-2014 10:31 PM
biar dia berdrama dalam lokap...menyusahkan polis...

copy paste :

MOTIF:Menurut Pengadu dia ambil tindakan ini kerana kusut dan celaru fikiran akibat tekanan pembelajaran di Politeknik jurusan Fesyen. Dia lari dgn tujuan untuk kurangkan tekanan dan buat cerita begitu dgn harapan dapat tangguhkan masa penghantaran assigment. Niat asal Pengadu cuma mahu buat cerita dia di colek kepada keluarga dan rakan rakan sahaja tetapi setelah didesak oleh emaknya untuk buat laporan polis kemudian barulah dia buat keputusan bt repot di Balai.
Tk Dato'.

Quote noor2 18-10-2014 10:40 PM
NURMIMIE posted on 18-10-2014 10:37 PM
copy paste :

MOTIF:Menurut Pengadu dia ambil tindakan ini kerana kusut dan celaru fikiran akiba ...

berhenti  belajar jela...dah la otak cerdik..siap reka cerita ....

tekanan pelajaran pulak disalahkan...sendiri malas duk berfb /berhibur je kut...pelajaran terkandas lagi mau tak nak salahkan diri sendiri..

Quote NURMIMIE 18-10-2014 10:43 PM
noor2 posted on 18-10-2014 10:40 PM
berhenti  belajar jela...dah la otak cerdik..siap reka cerita ....

tekanan pelajaran pulak disa ...

kan..

jadi pelakon je..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.196927 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top