CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak 4 Tahun Tersepit Kepala Di Jeriji Pintu

20-10-2014 12:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10989| Komen: 53

Description: Jurucakap Bbp Selayang Berkata, Pihaknya Menerima Panggilan Berhubung Kejadian Itu Pada Jam 2.28 Petang Dan Tiba Di Lokasi Kejadian Pada Jam 2.35 Petang.

Gombak: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hanya mampu menangis selepas tersepit di jeriji pintu rumahnya di tingkat tiga kondominium di Selayang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang semalam, mangsa yang bermain di rumahnya dikatakan memasukkan kepala ke celah jeriji itu sebelum gagal menarik keluar kepalanya.

Ahli keluarga mangsa yang panik kemudian segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang untuk meminta bantuan.

Jurucakap BBP Selayang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.28 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.35 petang.

"Sebaik tiba, kami melihat kepala kanak-kanak itu tersepit di jeriji besi pintu rumahnya.

"Mangsa yang tersepit selama hampir 20 minit kemudian berjaya diselamatkan selepas anggota bomba menggunakan alat pemotong besi untuk memotong jeriji itu," katanya.

MANGSA tersepit ketika bermain.


11

Bagus
4

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 20-10-2014 08:09 AM
budak budak mcm tu la.... tahniah abam bomba
Quote rosasa 20-10-2014 08:11 AM
aduiyaiiii...ngilu pula hati ni tengok


nakal sangat ke dik?
Quote haryatie 20-10-2014 08:19 AM
mesti nakal ni...
pelik gak kan..
masuk boleh ..nak kluar x boleh..
Quote makneng 20-10-2014 08:35 AM
erm..ni la nanti calon2 yg hari pertama daftar sekolah tercepit celah kerusi

knp aku terbayangkan budak pompuan masa baca tajuk TT ni
Quote GhostWalking 20-10-2014 08:40 AM
makneng posted on 20-10-2014 12:35 AM
erm..ni la nanti calon2 yg hari pertama daftar sekolah tercepit celah kerusi

knp aku terbayangkan ...

nak panggil budak botak tapi kesian la pulak
Quote Decaffeinated 20-10-2014 08:44 AM
GhostWalking posted on 20-10-2014 08:40 AM
nak panggil budak botak tapi kesian la pulak

cakap budak berbaju belang pun boleh...

tidak menyentuh sifat2 semulajadi ciptaan tuhan gitu...

Quote Decaffeinated 20-10-2014 08:45 AM
haryatie posted on 20-10-2014 08:19 AM
mesti nakal ni...
pelik gak kan..
masuk boleh ..nak kluar x boleh..

ada tu pulak , masuk rupa lain, kuar rupa lain....

cer teka, cer teka...

Quote GhostWalking 20-10-2014 08:47 AM
Decaffeinated posted on 20-10-2014 12:44 AM
cakap budak berbaju belang pun boleh...

tidak menyentuh sifat2 semulajadi ciptaan tuhan gitu... ...

berambut halus tu ok dah tu rambutnya nampak soft gitu
Quote mizzmimi 20-10-2014 08:48 AM
Calon tersepit kerusi.. :lol
Quote Decaffeinated 20-10-2014 08:51 AM
GhostWalking posted on 20-10-2014 08:47 AM
berambut halus tu ok dah tu rambutnya nampak soft gitu

ada gak kawan iols agak terguris kalau kita puji dengan ikhlas rambut dia halus....

sebab itu jer yang dia ada katanya....

Quote akakmasihvogue 20-10-2014 08:56 AM
alhamdulilah adik ni selamat..
harap pass ni makpaknyerr kena tukar jerigi yang lebih halus
Quote Suchi 20-10-2014 09:07 AM
budak nakal
antara sebab iols tak berapa gemor ngn ank lelaki sbb buas gini lah huhu
kalo iols ade ank lelaki mst 24 jam takleh tidur kena monitor dia kang panjat sana sini bagai..

adik tiri iiols hat umur 7 tahun tu pun nakal, nyaris nk kena langgor ngn motor masa main lah pastu masa raya haji dia kantoi berenang dlm kolah kat bilik air.. tulah sapa suh pi tunjuk aksi tu kat ank buah iols..
ank buah iols pun pi cerita kat kitorang.
pehtu kakak iols bgtau mak tiri iols pasal ank dia duk berenang dlm kolah.. semua org geli nk guna air kolah tu.. tak memasal kena buang air satu kolah besar..
apalagi pepagi dah kena tibai kaw2 ngn mak dia., abah iols pun ngamuk marah kat budak tu.
tp mmg teruk lah dia kena rotan, rasa kesian plak tgk.. tak pasti mak dia mmg betul2 marah dia atau sebenarnya bengang sbb kakak iols yg bgtau pasal kenakalan ank dia itu.
Quote sofea_uk 20-10-2014 09:57 AM
Kes2 tersepit pagar begini boleh cuba guna jack kereta utk bengkok kembangkan besi....mostly it works!!
Quote abas8888 20-10-2014 10:09 AM
budak2 kecil ni, kita sebagai orang dewasa, kita lah kena tengok-tengokkan...

bab tersepit celah jeriji ni, aku rasa kalau betul angle nya, insyaallah boleh keluar semula..tapi mungkin sebab panik tu yg sangkut..dan nampaknya tadi lemak kat pipi tu yg tambahkan sebabkan sangkut...
Quote asyriqa 20-10-2014 10:15 AM
adoyaiii... kesian lak tengok adik tuh... tapi macam comel jeh kepala bulat dia lentuk macam tuh...
Quote prettyuglybabe 20-10-2014 02:05 PM
geramnya pipi chubby dia.. mesti comel budak ni.

cam mana la boleh masuk tak boleh keluar.. kalu mengerengkan badannya boleh tarik keluar kot
Quote amyainsamad 20-10-2014 02:30 PM
tajuk...ingat adik lain
Quote kejoraria 20-10-2014 02:45 PM
budak2 klau kita terlepa sikit mmg mcm2 terjadi.......
Quote buapakperut 20-10-2014 02:57 PM
tt ni kalau x highlight sifat fizikal yang takde kene ngene tak sah

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.477395 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top