CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Vokal Mariah Carey Bermasalah, Dikritik Peminat

21-10-2014 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7397| Komen: 21

Description: "Jelas Kelihatan Diwajahnya Seperti Ada Sesuatu Yang Menggangunya Dan Mungkin Ia Disebabkan Masalah Dihadapi Dengan Nick Ketika Ini," Kata Salah Seorang Peminat Di Laman Sosial.
Vokal Mariah Carey Bermasalah, Dikritik Peminat


PEMINAT
melahirkan rasa tidak puas hati terhadap konsert penyanyi terkenal Mariah Carey yang diadakan di Tokyo, Jepun pada 4 Oktober lalu.

Huffington Post melaporkan peminat diva itu mendakwa vokal Mariah, 45, berada dalam keadaan teruk dan gagal menyampaikan lagu bernada tinggi yang menjadi kebiasaan penyanyi itu.

Malah video bukti penyanyi itu bergelut ketika mengadakan persembahan di Makuhari Messe Tokyo turut menjadi viral di laman sosial dan menjadi perdebatan hebat peminatnya.

Ada mendakwa zaman kegemilangan Mariah sudah berakhir dan sebagai legenda dia sepatutnya bersara daripada memalukan diri sendiri dalam sebuah konsert berskala besar.
"Jelas Mariah tidak lagi boleh menyanyi dan konsert pertama itu adalah satu bencana," kata salah seorang peminat yang hadir ke persembahan tersebut.

Mariah sedang dalam siri konsert jelajah dunia iaitu The Elusive Chanteuse Show dan penyanyi bersuara emas itu bakal mengadakan konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini.

Dalam pada itu, masalah rumah tangga yang sedang dihadapi Mariah dengan suaminya, Nick Cannon turut dikatakan sebagai punca penyanyi itu gagal memberikan persembahan terbaik.

"Jelas kelihatan diwajahnya seperti ada sesuatu yang menggangunya dan mungkin ia disebabkan masalah dihadapi dengan Nick ketika ini," kata salah seorang peminat di laman sosial.

Sementara itu, disebalik kekecohan itu, ramai yang turut mempertahankan diva itu dengan memberitahu masalah dihadapi Mariah bukan sepanjang dua jam konsert berlangsung.

"Mariah telah menyanyi hampir 25 tahun dan sudah tentu pada usianya sekarang ia memberi kesan kepada vokalnya namun secara keseluruhan konsert itu berjaya dan dia masih memukau seperti dahulu.

"Ia juga bukti Mariah menyanyi secara langsung dan bukannya 'miming'," kata seorang peminat lain.

Bagaimanapun, vokal Mariah kembali memukau pada konsert kedua yang diadakan di Yokohama pada malam Isnin dan turut mendapat pujian pengkritik dan peminat.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mijaa 8-10-2014 11:44 AM
kesian mariah. kalau tengok clip2 lame 90 an dulu hebat sangat vokal dia ni.
Quote sapeka 8-10-2014 01:00 PM
dah tua
vokal pon dah tak mau keluar
Quote fazamania 8-10-2014 07:35 PM
Celine dion jugak vokal masih power walaupun dah tua. Mungkin celine tidak mempunyai dua tembikai berat seperti kak yah
Quote loklik2 9-10-2014 12:46 AM
bila dah tua...suara pun ke laut
Quote supernaturalee 9-10-2014 11:34 AM
fazamania posted on 8-10-2014 07:35 PM
Celine dion jugak vokal masih power walaupun dah tua. Mungkin celine tidak mempunyai dua tembikai be ...

2 tembikai?
adoyai....



tp tu la, celine ade jgk ms die nyanyi problem bila umur nak cecah 40
mcm dlm album taking chances
tp die manage to get her vocal back on track (album loved me back to life)



utk mariah plak, hmmm...harapnya blh repair balik la sblm konsert di stadium merdeka 22hb ni nnt

Quote fazamania 9-10-2014 01:31 PM
Si celine dion tu, dia kata tiap2 hari nyanyi praktis vokal. Siap ada doktor peribadi utk tekak dia tu.

Mana x power. Artis malaysia pun xleh lawan ..
Quote yuyoi 9-10-2014 02:20 PM
harapnya konsert kat kl ni xkelaut sgt. kalau xkecewa la i beli tiket nak dgr kak yah ni nyanyi live
Quote supernaturalee 9-10-2014 03:40 PM
fazamania posted on 9-10-2014 01:31 PM
Si celine dion tu, dia kata tiap2 hari nyanyi praktis vokal. Siap ada doktor peribadi utk tekak dia  ...

hari2 sedut mcm mesin oxygen utk melegakan tekak/kerongkong
dlm dvd live in las vegas a new day die ade tunjuk

Quote amyainsamad 9-10-2014 03:52 PM
kesian mariah.....
Quote arira_arora 9-10-2014 04:01 PM
biase la... beranak sume. .pompuan susah nk maintain...
Quote mimirahim 9-10-2014 04:09 PM
mariah ratu lip sync. xrelevan dah
Quote winterwhite39 9-10-2014 10:12 PM
dah tue da mariah carey.. tu yg tak sedap kot
Quote Ferr_Remy 11-10-2014 03:15 AM
mmg lawak waktu konsert kat japan tu hahaha.. da tgk video da
Quote bungasejuk 11-10-2014 08:02 PM
kat jepun n korea ...vokal sheolls sgt teruk mcm org sakit tekak .. sepatutnya mariah stop karier dia sbgai pnyanyi utk mnjaga nme dia dr trcemar .. dia tu legend .. tapi serius iolls .. kesian dgn org yg beli tiket konsert dia .. rugi ..
Quote hasniey 12-10-2014 01:47 AM
kt korea pon truk
dgrnye ade yg smpai keluar mse tgh2 konsert sbb geram sgt
kesian peminat2 malaysia yg dh beli tiket
dh dekat dh konsert ni
Quote kakprik 12-10-2014 09:08 AM
mariah ni kira macam fauziah latiff la..dulu2 suara ya ampunn merdu sangat2...tapi bila menganjak usia senior..vokal pon berubah secara mendadak..apapon aku suka dengar lagu2 lama diaorang...tapi kalau diaorang nyanyi live telinga ku bernanah..
Quote shoyuna 17-10-2014 11:41 AM
ingatkan kat korea je teruk... patut sheols ni bersara masa masih lg kat atas... sheols dah tak hebat macam dulu
Quote shoyuna 17-10-2014 11:43 AM
fazamania posted on 8-10-2014 07:35 PM
Celine dion jugak vokal masih power walaupun dah tua. Mungkin celine tidak mempunyai dua tembikai be ...

amboiiii tembikai kak yah jugak yang disalahkan

celine dion tu mana tak power.. hari2 perform kat vegas tu haaaa... tiap hari prektis nyanyi
Quote fazamania 18-10-2014 11:00 AM
mariah carey ni ibarat seperti ziana zain , waktu muda vokal mmg power.

bila dah berkahwin dan dpt anak.. vokal jadi tak sedap.

sib baik mariah carey x pakai tudung.. mesti comel

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.055431 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top