CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Warga Itali Hilang Di Lahad Datu!

21-10-2014 03:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4404| Komen: 9

Description: "Siasatan Awal Pihak Polis Mendapati Kali Terakhir William Menghubungi Fabio Pada 13 Okt Lalu Dengan Mengatakan Dia Berada Di Lahad Datu, Namun Tidak Memberitahu Tujuannya Berada Di Situ," Katanya ...

Warga Itali Hilang Di Lahad Datu!




TAWAU: Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki warga Itali yang dilaporkan hilang di Lahad Datu, dekat sini Sabtu lalu.  Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, William Bocchi, 52, dilaporkan hilang oleh rakannya apabila mangsa tidak kembali ke Itali Sabtu lalu seperti dijadualkan.

"Menurut laporan, rakan William yang berada di Itali, dikenali sebagai Fabio telah mengirimkan pesanan melalui email kepada rakan mangsa yang berada di Kuala Lumpur, bahawa William tidak kembali ke Itali seperti waktu yang telah ditetapkan.

  "Siasatan awal pihak polis mendapati kali terakhir William menghubungi Fabio pada 13 Okt lalu dengan mengatakan dia berada di Lahad Datu, namun tidak memberitahu tujuannya berada di situ," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil maklumat yang diterima William terlibat dalam perkhidmatan kewangan dan dipercayai datang ke Lahad Datu untuk berjumpa dengan pelanggan.

"Semakan rekod Imigresen menunjukkan William masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12 Okt lalu  dan pergi ke Lahad Datu keesokan harinya melalui penerbangan dari Kota kinabalu ke Lahad Datu pada jam 1.05 petang," kata Jalaluddin.

Beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai William supaya menghubungi balai polis berhampiran. 

7

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 21-10-2014 08:27 AM
Warga Itali dilaporkan hilang di Lahad Datu








SEORANG lelaki warga Itali, William Bocchi, 52, dilaporkan tiba di Lahad Datu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 1.05 tengah hari, pada 13 Oktober lalu. - Foto ihsan PDRM



KOTA KINABALU: Polis Sabah memperhebat gerakan mengesan seorang lelaki warga Itali yang dilaporkan hilang di Lahad Datu, sejak seminggu lalu.


  William Bocchi, 52, dilaporkan tiba di Lahad Datu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 1.05 tengah hari, pada 13 Oktober lalu.


  Bagaimanapun, sebaik tiba mangsa yang bekerja sebagai jurujual dikatakan tidak dapat dikesan serta tidak menghubungi rakannya hingga kini.

Difahamkan, Bocchi sepatutnya pulang ke negara asalnya Khamis lalu, namun tidak berbuat demikian seperti dijadualkan.


  Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan menunjukkan kali terakhir Bocchi menghubungi rakannya di Itali ialah pada 13 Oktober lalu dengan memaklumkan dia berada di Lahad Datu.

  "Bocchi tidak menyatakan lokasi atau tujuannya berada di Lahad Datu dan selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan mangsa tidak berhasil, seorang rakannya di Kuala Lumpur menghubungi kenalannya di Lahad Datu sebelum membuat laporan polis.

  "Berikutan itu, polis menggerakkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dengan bantuan Cawangan Khas untuk mengesan lelaki warga Itali terbabit," katanya di sini, sebentar tadi.

  Jalaluddin berkata, antara lokasi tumpuan pencarian termasuk di hotel, lapangan terbang, hospital, motel dan rumah tumpangan selain pusat peranginan di sekitar daerah berkenaan.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/12682




Quote zach2008 21-10-2014 08:31 AM
Apakah...? Mintak2 jangan. Tak sanggup nak dengar berita berapa tidak selamatnya Sabah
Quote winterwhite39 21-10-2014 10:32 AM
moga jumpa la...
Quote jazaa 21-10-2014 10:58 AM
Kena culik ke....
Kena byar lagi ke?...:Q

Quote kejoraria 21-10-2014 10:59 AM
mcm dah tak selamat dah skrg nk pegi sana
Quote mikasa 21-10-2014 11:10 AM
dah tahu tempat panas...kenapa laa nak pergi sana..
Quote capiloton 21-10-2014 11:21 AM
nape tak istihar area2 yg bersempadan dgn sulu, area esscom..
sebagai kawasan larangan pelancong?

kalo kena culik, letih ler asik nak bayar tebusan..
dah jadi sumber income utama lanun2 sulu ni puler..
Quote BebeQ 23-10-2014 01:48 AM
apaa pasal la sampai ke sana nak meniaga. meniaga dekat kl sudah.
Quote noor2 23-10-2014 05:50 AM
dulu pun ada kes mcm ni...dijumpai mati ....apa nak jadi dgn org2 sini...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.322827 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top