Hunny Madu Sedar Diri Selepas mengambil keputusan meninggalkan kerjaya radio sekitar Disember tahun lalu, selain memberi tumpuan kepada keluarga serta kerjaya pengacaraannya, Hunny Madu mencuri peluang kembali bergiat aktif dalam dunia nyanyian. Seperti yang ramai tahu, sejak tahun 2004 lagi, bekas penyampai radio Fly.FM ini optimis mempertaruhkan muzik Hip Hop.
Ternyata status sebagai ibu dan isteri, tidak menghalang pemilik nama sebenar, Hani Farhana Mohd Hatim, 30, untuk berkongsi minat dan kreativitinya menerusi lagu-lagu ciptaannya serta nyanyian rap. Meskipun mendapat sokongan pelbagai pihak, namun Hunny sedar ada segelintir pihak yang mungkin melabelkannya sebagai 'tidak sedar diri' dek kerana statusnya kini sekaligus dia dikatakan tidak lagi sesuai untuk tampil sebagai penyanyi rap. "Saya tahu mungkin orang yang akan cakap saya ini tak sedar diri. Dah jadi mak orang pun masih nak nyanyi rap lagi. Ya saya tahu saya seorang ibu dan saya bukan tak sedar diri. Tapi, apa salahnya saya menyanyi rap kerana ia adalah pekerjaan saya.
"Sebab itu juga saya masukkan beberapa ungkapan ayat dalam lirik lagu 'Go Hard or Gostan' yang mana lirik itu sebagai mengaitkan tentang diri saya. Lirik tu berbunyi, saya masih boleh menyanyi rap walaupun sudah bergelar ibu. Dan sekaligus saya rasa ia boleh juga dijadikan inspirasi untuk kaum wanita terutama golongan ibu yang mana mereka tak perlu bimbang atau takut untuk melakukan apa yang mereka suka", komennya ketika ditemui pada Majlis Pengisytiharaan Hunny Madu dan Kayda Bersama Warner Music Malaysia, bertempat di Menara TSR, semalam. Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana kini dapat meletakkan dua keRjayanya seiring iaitu sebagai hos dan juga penyanyi Hip Hop. "Saya rasa pesona saya dalam kedua-dua bidang ini berbeza. Kalau sebagai pengacara, biarlah orang kenal saya sebagai Hani Hatim dan kalau di pentas nyanyian saya senang dikenali sebagai Hunny Madu", kata pengantara program 'Nasi Lemak Kopi O' ini. Menyentuh mengenai kolabrasi bersama anak Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid iaitu Kayda Aziz, ibu anak satu ini berkata dia bersyukur dan tidak menyangka projek yang pada mulanya hanya suka-suka itu mendapat perhatian pihak syarikat rakaman Warner Music Malaysia. Sekaligus membuka peluang dia dan Kayda untuk menempatkan diri dalam arena muzik arus perdana.
|
nourahfey posted on 16-10-2014 11:56 AM
Apakah simbol yg dia buat tu?adakah salah satu simbol illuminati,,,
nourahfey posted on 16-10-2014 11:56 AM
Apakah simbol yg dia buat tu?adakah salah satu simbol illuminati,,,
nourahfey posted on 16-10-2014 12:06 PM
haha,was was i,,yelakan,kdg2 kita tak sedar terbuat simbol dorang,,kita ingat suka suka je
piao posted on 16-10-2014 12:16 PM
dalam diam mereka pun smapai kan simbol2 yahudi ni kan. mek klate urban la katakan
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.075372 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.