CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Tercalon AIM 21, Datin Alyah Nafi Guna Pengaruh Ramli MS

23-10-2014 12:33 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14281| Komen: 71

Description: Alyah ditemui pada majlis pengumuman pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) yang diadakan di Hotel Istana pada Selasa.
Alyah Tidak Guna Pengaruh Ramli MS


Alyah tidak pernah menggunakan pengaruh suaminya untuk berjaya sebagai penyanyi.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datin Alyah tidak pernah menggunakan pengaruh suaminya yang juga pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS untuk menaikkan namanya dalam industri muzik.

Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 33, berkata, mereka tidak pernah mencampur-adukkan urusan profesional dan peribadi dalam rumah tangga mereka dan kejayaannya sebagai penyanyi adalah usaha kerasnya selama ini.

"Benar suami saya adalah antara individu terbaik dalam kerjayanya namun untuk mengatakan saya mengambil kesempatan atas pengaruhnya sama sekali tidak benar.

"Saya seorang yang berpijak pada bumi yang nyata dan segala pencapaian diperolehi sekarang adalah atas usaha keras dan bukannya kerana pengaruh sesiapa," katanya kepada mStar Online.


Alyah bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun hadapan.

Alyah ditemui pada majlis pengumuman pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) yang diadakan di Hotel Istana pada Selasa.

Penyanyi itu turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi Sesal Separuh Nyawa hasil ciptaan Rizal Tiga dan Adil AF manakala lirik ditulis oleh Alyah dan Shah Shamsiri.

Bagaimanapun Alyah mengakui Ramli ada memberikan nasihat mengenai beberapa perkara berhubung kerjayanya namun memberitahu ia secara tidak langsung.

Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Alyah berkata, kehidupannya sebagai isteri berjalan lancar dan berharap akan dikurniakan cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga mereka.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pada usia sekarang apa yang saya harapkan akan dikurniakan anak secepat mungkin," ujarnya.

Ditanya mengenai kebarangkalian dia dan Ramli akan mengadakan majlis resepsi, Alyah berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada suaminya untuk membuat keputusan.

Sementara itu, Alyah berkata, dia bersyukur apabila lagu Sesal Separuh Nyawa tercalon dalam AIM 21 pada tahun ini selepas lapan tahun tidak disenaraikan sebagai calon akhir.



Ramli MS.

Bagi Alyah, pencalonan tersebut memberi makna besar kepadanya namun tidak meletakkan sebarang harapan untuk membawa pulang trofi.

"Ini adalah pencalonan kedua saya selepas lapan tahun dan saya sangat bersyukur lagu Sesal Separuh Nyawa mendapat tempat dalam lima terbaik selepas kali terakhir dicalonkan lapan tahun lalu menerusi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alyah berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album ketiganya yang dijangka berada di pasaran awal tahun hadapan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 23-10-2014 07:58 AM
kalau alyah ni, aku percaya la guna usaha dia.
Quote Laracinta 23-10-2014 08:12 AM
Ya. Dia ada bakat tapi tak begitu menyerlah dalam industri
Quote makneng 23-10-2014 08:14 AM
sian mak datin dituduh2 gitu. padahal mak datin mmg bagus apa
Quote enchikfitz 23-10-2014 08:14 AM
Suka Alyah ni. Sbb dia mmg nmpk berusaha keras. Lgpun dr 2009 nama dia naik tp x menyerlah. Semenjak Kisah Hati je nama dia meletup2
Quote rosa_canina 23-10-2014 08:18 AM
lagu Sesal Separuh Nyawa mmg best.. rasanya mmg layak masuk
Quote watachiwa 23-10-2014 08:19 AM
x de hal la if nak guna pon dah suami isteri kalo x sama2 menolong apa guna?

tapi aku tahu tok aji Ramli profesional
Quote kucen_miang 23-10-2014 08:21 AM
dia memang berbakat.
Quote ellZack 23-10-2014 08:27 AM
mungkin ni salah satu sebab kot Ramli MS malas nak kecoh dia dah kahwin..
asal wife lepas masuk anugerah apa apa, mesti kata guna kuasa veto laki..
kosser sangat!
macam la alyah tu sendu sangat pun..
Quote mrsT 23-10-2014 08:34 AM
sesal separuh nyawa memang best.. percaya atas usaha dia sendiri..
Quote kiah_mai_pulak 23-10-2014 08:39 AM
Yes. Kalau nk dibandingkan ngn Shila Amzah, alyah jauh lagi berbakat. Suara sedap n nyanyi live sebijik mcm recording album. Tp tu la, x berapa nk menyerlah sgt dlm industri ni.
Quote azie.dz 23-10-2014 08:42 AM
lagu Sesal Separuh Nyawa ni mmg superb...suara alyah sdp sgt
Quote budakmanentah 23-10-2014 08:44 AM
ape mslh nya ea? dia bukan artis sendu yg suara biasa2 je..kalau jenis artis yg sblm ni kita xkenal tup2 masuk AIM haruslah nak pertikai
Quote kmelankolia 23-10-2014 08:47 AM
vokal & lagu alyah mantap, tp juri 50% wartawan kan  mau menang tipis lorr
Quote sepitsiput 23-10-2014 08:50 AM
kiah_mai_pulak posted on 23-10-2014 08:39 AM
Yes. Kalau nk dibandingkan ngn Shila Amzah, alyah jauh lagi berbakat. Suara sedap n nyanyi live sebi ...

Alyah = liza hanim zaman skrg
Quote kiah_mai_pulak 23-10-2014 08:50 AM
Yes. Kalau nk dibandingkan ngn Shila Amzah, alyah jauh lagi berbakat. Suara sedap n nyanyi live sebijik mcm recording album. Tp tu la, x berapa nk menyerlah sgt dlm industri ni.
Quote azimodin 23-10-2014 08:51 AM
Xyah guna pengaruh abam Rameli pon Datin layak masuk.. sbb sore datin mmg sedap.
Quote tapibukanaku 23-10-2014 08:56 AM
sesal separuh nyawa mmg sedap...
Quote kmelankolia 23-10-2014 09:01 AM
stuju vokal & lagu alyah & liza hanim mantap tp mau menang tipis
Quote senduke 23-10-2014 09:18 AM
sbb tu alyah n datuk ramli rahsiakan perkahwinan. xnak isu mcmni timbul. rasanya umum pun tahu lagu tu mmg ada kick! semoga alyah terus menghasilkan karya yg terbaik...

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.450271 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top