CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

'Saya nak buktikan yang saya bukan gay' - Jepp Sepahtu

23-10-2014 12:46 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 23151| Komen: 138

Description: "Bukan. Saya nak buktikan yang saya bukan gay...hahaha," katanya dengan nada bergurau.
"Dia Wanita Paling Rapat Dalam Hidup Saya" - Jep (Sepahtu)


Jep mengakui sedang rapat dengan seseorang.

KUALA LUMPUR: Pelawak Jep (Sepahtu) menjelaskan foto dia bersama seorang wanita yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya merupakan orang yang paling rapat dengannya buat masa ini.

Bagaimanapun Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia enggan menjelaskan status perhubungan tersebut mahupun mendedahkan lebih lanjut identiti wanita berkenaan.

"Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini.

"Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram," katanya kepada mStar Online.

Jep ditemui pada majlis pengumuman peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) di Hotel Le Meridian di sini pada Selasa.

Baru-baru ini, Jep telah berkongsi beberapa keping foto bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di akaun Instagram miliknya.


Salah satu foto Jep bersama wanita yang dikenali sebagai Nazeera Sardi dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Perkara itu membuatkan ramai mengandaikan wanita tersebut merupakan kekasih Jep dan gembira mengenainya.

Bagaimanapun ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana Jep sudah berpunya.

Sementara itu, Jep memberitahu, dia telah mengenali wanita tersebut sejak enam tahun lalu namun mereka terputus hubungan pada dua tahun lepas.

"Tiba-tiba pula kami berkawan balik pada awal tahun ini. Kenapa dia? Perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu.

"Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing. Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang.

"Bukan. Saya nak buktikan yang saya bukan gay...hahaha," katanya dengan nada bergurau.

Terdahulu, sebuah akhbar mingguan melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada awal Januari 2014 dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.

Difahamkan wanita tersebut bekerja di sebuah stesen radio tempatan. Bagaimanapun, Jep menepis dakwaan tersebut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malygos 22-10-2014 11:33 PM
hhahahh gambar first tu offf gile muka jep hahahhhaa
Quote batrishia 22-10-2014 11:38 PM
boleh tahan... lawaaa la jugak
Quote doubleA 22-10-2014 11:42 PM
Semoga bahagia.
Tak pernah terpikir ko gay jep

Susah2 buat pengakuan,hahaha
Quote enchikfitz 22-10-2014 11:44 PM
Nazeera Sardi ni pelakon sendu yg selalu berlakon bawah filmscape kan?

Motip orang pikir ko ni gay jepp?
Quote ejans 22-10-2014 11:46 PM
Jep dh kurus woooo
Quote farah_fanz 22-10-2014 11:52 PM
laaaa..mati mati aku ingat selama nie taste jep, yg bertudung ayu....rupanya suka gak yg seksi2..kehkeh
Quote September14 23-10-2014 12:01 AM
Jepp ni klu x kawen smpai tua pun org x cop gay, x ckup jmbu utk dicerca sbg gay
Quote nasi_goreng 23-10-2014 12:20 AM
farah_fanz posted on 22-10-2014 11:52 PM
laaaa..mati mati aku ingat selama nie taste jep, yg bertudung ayu....rupanya suka gak yg seksi2..keh ...

kannnnnn. same laa. aku ingatkan dia ni taste gadis bertudung. rupanya yg seksi tu jugak dia pandang. hahaha

Quote sepitsiput 23-10-2014 12:30 AM
nazeera sardi ni selalu berlakon dgn sheila rusly...bulan puasa baru2 ni sheols jd kakak anak yatim 5 beradik kt tv1
Quote mitnick 23-10-2014 01:11 AM
erk.. adeke gussip2 jep nie gay?
Quote hanna88 23-10-2014 01:30 AM
haha jep2..x pernah pun pikir ko ni gay..entah pape je mmg xde ciri gay langsung pun
aku pun ingat taste jep ni pompuan bertudung
Quote mizzmimi 23-10-2014 01:34 AM
erk.. wei jep, ngape pulak ko fikir orang ingat ko gay?

gigih nau nau nak bagitau orang yang ko ne straight..


Quote atekome 23-10-2014 01:48 AM
KLo jd gay pun mmg tk laku..sbb gay kna ensem n jambu..muke ko stok mat rempit hoccay
Quote Lula2 23-10-2014 03:34 AM
mizzmimi posted on 23-10-2014 01:34 AM
erk.. wei jep, ngape pulak ko fikir orang ingat ko gay?

gigih nau nau nak bagitau orang yang ko  ...

Aku rase dia melawak je la..
Quote cahayahati 23-10-2014 05:13 AM
Why jep??why...!!!
Hatiku kuciwa
Quote mzzenma 23-10-2014 05:32 AM
Setakat ni yg taste gadis bertudung si nanas ja kut

walaupun dlm drama gigih heolls gesel2 atas tuntutan watak

Whatever it is jepp tetap tak ensem di mataku muahahah
Quote asampodeh 23-10-2014 06:09 AM
yg pasal gay tu dia cuma melawak aje laaa...
Quote maxim 23-10-2014 06:25 AM
kan dalam nada bergurau je tu
Quote alinorlina 23-10-2014 06:59 AM
Gerenti mlm kali ni sepah kalah...

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064535 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top