CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Gosip Cinta Fauzi Nawawi & Miera Leyana Lukakan Hati Lisdawati

23-10-2014 02:37 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 24212| Komen: 120

Description: Pelakon Fauzi Nawawi terkilan dengan khabar angin mengenai hubungan mesranya dengan aktres Miera Leyana sehingga ia menggores perasaan isterinya
Fauzi Nawawi sering digosipkan dengan ramai selebriti wanita meskipun sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak.


PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi terkilan dengan khabar angin mengenai hubungan mesranya dengan aktres Miera Leyana sehingga ia menggores perasaan isterinya, Lisdawati, 36.

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, memberitahu dia tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan mesra dengan Miera apatah lagi pelakon itu jauh lebih muda daripadanya.

"Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya  dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka.

"Sebelum ini saya pernah bercakap; 'Bertuah sangat kalau Leyana tu nak bagi pegang tangan' pada sebuah majlis dan ia mungkin telah disalahertikan. Malangnya timbul cerita lain pula konon saya dilihat berpimpinan tangan dengan Miera seperti pasangan kekasih," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Fauzi diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok yang melaporkan Fauzi dan Miera sedang bermain cinta dalam diam meskipun aktor itu sudah mempunyai isteri dan tujuh orang anak.


Fauzi dan Miera dilihat berpegangan tangan seperti pasangan kekasih ketika keluar sebuah majlis.

Sementara itu, Fauzi berkata, meskipun dia sudah lali dengan gosip seperti itu, namun dia bersimpati terhadap Miera memandangkan aktres itu baru saja ingin membina nama dalam industri hiburan tempatan apatah lagi Miera turut berdepan dengan konroversi berbikini menerusi filem Dendam Orang Mati.

"Macam saya... sudah 'kebal' dengan gosip seperti ini. Datanglah macam mana sekalipun kontroversi itu, Insya-Allah saya boleh terimanya dan keluarga saya utamakan dahulu.

"Tetapi kasihanlah pada dia (Miera). Baru nak cipta nama, gosip dah macam-macam. Bagaimanapun saya harap gosip ini tidak akan menjejaskan filem lakonan saya, Kelibat  yang bakal ditayangkan 6 November ini," ujarnya.

Fauzi mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Hainal Fatiha, 18, Fariz Hazwan, 17, Hana Farisha, 15, dan Fikri Hakimi, 12, hasil perkahwinannya terdahulu.
Manakala hasil perkahwinannya dengan Lisdawati, mereka dikurniakan tiga puteri iaitu Nor Aini Farhana, 5, dan Nor Aina Fazneesya, 4 dan Ahmad Nur Fyrdaus yang berusia empat bulan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NHolmes 22-10-2014 11:34 AM
Edited hehehe

Quote redz85 22-10-2014 11:37 AM
aku kira anak dia 7.. wartawan bodoh sangat ke 4+3=6
Quote Syd 22-10-2014 11:38 AM
phewitttttt

nak test barang baru ke bang?

tak tumbuh tak melata..
Quote NHolmes 22-10-2014 11:38 AM
redz85 posted on 22-10-2014 11:37 AM
aku kira anak dia 7.. wartawan bodoh sangat ke 4+3=6

Anak dgn lisda 6 kot? Ke cmna?
Quote Syd 22-10-2014 11:38 AM
redz85 posted on 22-10-2014 11:37 AM
aku kira anak dia 7.. wartawan bodoh sangat ke 4+3=6

kemahiran berfikiran aras tinggi wartawan tuh

kita nampak lain, dia nampak lain
Quote NHolmes 22-10-2014 11:39 AM
Syd posted on 22-10-2014 11:38 AM
phewitttttt

nak test barang baru ke bang?

Haha.. Si miera pun sexy
Quote rinie87 22-10-2014 11:42 AM
bodohnye mira...kok ye pun nk berscandak pilih la yg semenggah sket..
Quote redz85 22-10-2014 11:42 AM
Syd posted on 22-10-2014 11:38 AM
kemahiran berfikiran aras tinggi wartawan tuh

kita nampak lain, dia nampak lain

Manakala hasil perkahwinannya dengan Lisdawati, mereka dikurniakan tiga puteri iaitu Nor Aini Farhana, 5, dan Nor Aina Fazneesya, 4 dan Ahmad Nur Fyrdaus yang berusia empat bulan.

ahmad tu puteri ke?
Quote Syd 22-10-2014 11:44 AM
NHolmes posted on 22-10-2014 11:39 AM
Haha.. Si miera pun sexy

sama sama hawt katanya


Quote redz85 22-10-2014 11:44 AM
NHolmes posted on 22-10-2014 11:38 AM
Anak dgn lisda 6 kot? Ke cmna?

dengan ex wife 4.. dgn kak long kakak ipar jebat 3.. = 6
Quote NHolmes 22-10-2014 11:46 AM
redz85 posted on 22-10-2014 11:44 AM
dengan ex wife 4.. dgn kak long kakak ipar jebat 3.. = 6

Si jebat pun termasuk dalam ini cerita haha
Quote NHolmes 22-10-2014 11:47 AM
Syd posted on 22-10-2014 11:44 AM
sama sama hawt katanya

Laki ni dia mmg suka bini dia berhijab tapi dia nak suka2 cari yg sexy jugak. Jamu mata hehe
Quote Syd 22-10-2014 11:48 AM
NHolmes posted on 22-10-2014 11:47 AM
Laki ni dia mmg suka bini dia berhijab tapi dia nak suka2 cari yg sexy jugak. Jamu mata hehe

flirting2 gitu...
Quote NHolmes 22-10-2014 11:50 AM
Syd posted on 22-10-2014 11:48 AM
flirting2 gitu...

Sebut pasal flirting2 teringat nurul depp Aaron Aziz n RR haha
Quote Syd 22-10-2014 11:52 AM
NHolmes posted on 22-10-2014 11:50 AM
Sebut pasal flirting2 teringat nurul depp Aaron Aziz n RR haha

best gak gosip2 mcm neh
boleh disebut sampai ke anak cucu

haha
Quote enchikfitz 22-10-2014 11:54 AM
ramainya anak dia. Tu pun x puas nak menggatal lagi?
Quote drlinda08 22-10-2014 12:08 PM
NHolmes posted on 22-10-2014 11:38 AM
Anak dgn lisda 6 kot? Ke cmna?

anak ngan lisda 3, 2 girl 1 boy.
Quote Laracinta 22-10-2014 12:09 PM
Hairan kan dia sudah banyak anak. Kerja pelakon sajok tapi banyak gossip dengan artis muda. Dia pakai ilmu apa?
Quote drlinda08 22-10-2014 12:10 PM
redz85 posted on 22-10-2014 11:42 AM
Manakala hasil perkahwinannya dengan Lisdawati, mereka dikurniakan tiga puteri iaitu Nor Aini Farh ...

ntahnye reporter ni tulis nk cepat agaknye..
mcm cincai je..
nak kejar deadline kot.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.060427 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top