CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Kegigihan Melampau Petani

27-10-2014 04:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7089| Komen: 25

Description: Petani Tersebut, Tony Dighera Mengambil Masa Selama Empat Tahun Untuk Menghasilkan Tanaman Labu Berkenaan Yang Dijual Pada Harga £75 (Rm245) Sebiji.
Petani tanam labu bentuk kepala Frankenstein


DUA pekerja Dighera membuka bekas khas bagi membentuk labu yang menyerupai watak Frankenstein.

LOS ANGELES – Seorang petani berjaya menanam buah labu yang mempunyai bentuk menyerupai wajah watak filem Frankenstein sebagai persediaan sambutan hari Halloween, lapor Mirror Online kelmarin.

Petani tersebut, Tony Dighera mengambil masa selama empat tahun untuk menghasilkan tanaman labu berkenaan yang dijual pada harga £75 (RM245) sebiji.

Dighera, 53, berkata, buah labu berkenaan dibiar membesar di dalam acuan plastik supaya buah berkenaan mempunyai bentuk menyerupai watak tersebut.

“Saya mengambil masa selama empat tahun untuk menanam 27 jenis buah labu dan membelanjakan banyak wang untuk projek ini.

“Bagaimanapun, akhirnya saya berjaya menghasilkan labu berbentuk watak berkenaan dan mula mendapat keuntungan daripada hasil jualannya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak berputus asa walaupun beberapa kali percubaannya gagal dan dia juga hampir kehabisan wang untuk menanam labu berkenaan.

“Saya gembira usaha saya selama ini sangat berbaloi dan saya menerima tempahan yang luar biasa sempena perayaan Halloween tidak lama lagi,” ujarnya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kejoraria 16-10-2014 03:37 PM
gigih sungguh petani ni...berbaloi jugaklah pastu jual sebijik 200 lebih
Quote hasniey 16-10-2014 04:12 PM
pergh mmg brbaloi laa
27 jenis, bape bnyak biji plak
kaya kaya
Quote encikWawad 16-10-2014 07:04 PM
jepun duk jual square watermelon kemain mahal lagi - kenapa petani mesia tak buat menda yang samaaa
huwaaa
Quote nourahfey 16-10-2014 11:16 PM
Petani mesia buatlah durian bentuk PM  kita ke,,,satu penghormatan tu,,
Quote Artemesiaa 17-10-2014 11:33 AM
Gigihnya mereka nak sambut Halloween kat Malaysia pun ramai yang gigih nak sambut sama.
Quote amyainsamad 17-10-2014 12:17 PM
wow....bbaloi
Quote Dark_Vampire 17-10-2014 12:33 PM
berbaloi2.................
Quote meklin 17-10-2014 12:34 PM

prepare untuk Halloween
Quote lto3 17-10-2014 03:44 PM
Petani pon...ensommm....
Quote AyamHutanJantan 17-10-2014 04:45 PM
pertanian adalah satu perniagaan sahut cabaran pak lah
Quote AcikLijah 17-10-2014 07:31 PM
berbaloi la tu klo dh 75 pound sbijik
Quote moon2103 18-10-2014 11:29 AM
petani mesia takdenye fike benda2 cam deh...dorang lg nak cpt jual cpt dpt duit...
Quote mattzzx 18-10-2014 12:30 PM
nourahfey posted on 16-10-2014 11:16 PM
Petani mesia buatlah durian bentuk PM  kita ke,,,satu penghormatan tu,,

Apa kata awk yang buat dulu?

Quote nourahfey 18-10-2014 01:15 PM
mattzzx posted on 18-10-2014 12:30 PM
Apa kata awk yang buat dulu?

saya dah cuba buatla,tak jadi pm pun,jadi muka awak je,,hahaha
Quote mattzzx 18-10-2014 01:23 PM
Ada gambar tak nak bukti yg awk telah buat....
Kalau jadi muka awk lagi lah comel....
Quote siape_aku 28-10-2014 10:36 AM
encikWawad posted on 16-10-2014 07:04 PM
jepun duk jual square watermelon kemain mahal lagi - kenapa petani mesia tak buat menda yang samaaa
...

u think Malaysian would buy square watermelon? I don't think so because I will not buy it....hehehe...
Quote anees~nuhara 28-10-2014 11:50 AM
sian labu tu kne seksa...haihhh
Quote puankaherah 29-10-2014 07:06 AM
dah banyak sangat idea kretip, semua pun nak diukurnya. rajin takpe.... sukati ko la labu....... heheheheh.....
Quote encikWawad 29-10-2014 09:40 AM
siape_aku posted on 28-10-2014 10:36 AM
u think Malaysian would buy square watermelon? I don't think so because I will not buy it....heheh ...

i nak beli - senang nak potongg -

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.116657 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top