CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tubuh Kelab Superbike

29-10-2014 11:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13367| Komen: 59

Description: "Ia Adalah Pertubuhan Bukan Berkepentingan Bagi Memberi Tumpuan Untuk Mendidik Penunga-Gang Wanita Mengenai Keselamatan Selain Mea-Nyerlahkan Gaya Tersendiri Yang Menjadi Tunjang Kehebatan Jenama It ...
Wanita Tubuh Kelab Superbike

Gambar hiasan


Sememangnya bukan mudah bagi seorang wanita untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi sehingga mencecah 1200cc.

Selain berat, ia juga memerlukan seseorang penungÂ-gang itu memiliki teknik yang baik untuk menunggangnya kerana jika silap percaturan, bahaya mungkin boleh menimpa.

Bagi selebriti popular, Nurul Alis Aidil Akhbar atau lebih dikenali sebagai Kiki, sama seperti hobi lain, menungÂ-gang motosikal berkuasa tinggi juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Kata beliau, hobi berkenaan sebelum ini sering dikaitkan dengan lelaki saja, tetapi ia turut digemari ribuan wanita di seluruh dunia.

Katanya, wanita dan motosikal berkuasa tinggi bukan lagi asing untuk masyarakat di negara ini, namun penerimaan belum meluas.

"Memang tidak dapat dinafikan masyarakat suatu ketika dulu menganggap penunggang motosikal berkuasaÂ- tinggi wanita adalah kasar dan hilang sifat kewanitaan mereka.

"Sedangkan hakikatnya bukan begitu kerana kami (penunggang wanita) masih tahu mengenai batas wanita timur dan menjaga kelakuan supaya tidak menjolok mata.

"Apatah lagi, kebanyakan penunggang wanita terdiri daripada golongan ibu dan perlu menjaga nama baik keluarga," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Kiki, di Malaysia contohnya, terdapat ramai penunggang motosikal berkuasa tinggi wanita dan ada yang sudah menyertai pelbagai kelab.

Dengan adanya kelab tertentu, penunggang boleh bertukar-tukar pendapat selain melakukan pelbagai aktiviti berfaedah bersama-sama.

"Sebagai contoh, pengeluar motosikal terkemuka, Ducati turut menubuhkan Kelab Desmodonna Malaysia yang baru saja dilancarkan baru-baru ini.

"Kelab ini mengumpulkan peminat motosikal jenama berkenaan dari seluruh negara tanpa meÂ-ngira latar belakang agama atau bangsa.

"Ia adalah pertubuhan bukan berkepentingan bagi memberi tumpuan untuk mendidik penungÂ-gang wanita mengenai keselamatan selain meÂ-nyerlahkan gaya tersendiri yang menjadi tunjang kehebatan jenama itu selama ini," katanya.

Dalam pada itu, selaku presiden yang juga merangÂ-kap pengasas kelab berkenaan, Kiki mengakui dia turut berdepan dengan cabaran terutama untuk menghimpunkan semua penggemar motorsikal itu dari seluruh negara.

Katanya, kelab berkenaan ditubuhkan sempena sambutan ulang tahun ke-10 jenama itu di negara ini selain turut memeriahkan sambutan Minggu Asia Ducati 2014 di Litar Sepang.

"Kelab yang ditubuhÂ-kan secara rasmi ini bukan untuk syok sendiri, tetapi lebih kepada usaha jariÂ-ngan hubungan antara penunggang wanita motosikal ini di seluruh negara.

"Dengan adanya kelab berkenaan, penunggang motosikal berkuasa tinggi boleh melakukan pelbagai aktiviti secara berkumpulan yang pastinya lebih menyeronokÂ-kan," kataÂ-nya.

Kiki berkata, sebagai permulaan kelab berkenaan mempunyai 24 ahli berdaftar dan diketuai oleh beliau sendiri sebagai presiden.

Ahli kelab itu terdiri daripada pelÂ-bagai latar belaÂ-kang kerjaya dan kebanyakan mereka berusia antara 20 hingga awal 40-an.

"Semua wanita yang memiliki motosikal jenama itu boleh menyertai kelab berkenaan dan keahlian akan diperbaharui setiap tahun.

"Penyertaan anda semua penting kerana kami merancang untuk mengadakan pelbagai program menarik termasuk acara amal, tungÂ-gangan santai serta latihan trek yang pasti mencabar kemahiran menunggang," katanya.

Sementara itu, Wirdayu Abd Jalal, 30 berkata, dia mula meminati motosikal berkuasa tinggi selepas diperkenalkan oleh suaminya, Erwan Zafry.

Kata pengurus besar sebuah syarikat swasta itu, dia bertuah kerana suaminya tidak menghalang minatnya malah turut menjadi 'guru' untuk mengajar pelbagai teknik tunggangan.

Oleh kerana minat, ibu kepada tiga anak berusia antara lima dan dua tahun serta suamiÂ-nya sanggup berhabis wang demi memiliki jentera idaman, Ducati Diavel 1200cc, Ducati Monster 795cc serta MV Agusta F4RR 1000cc.

"Bagi saya, menunggang motosikal berkuasa tinggi adalah satu terapi untuk menghilangkan tekanan selepas penat bekerja.

"Jika tidak dapat menungÂ-gang dalam jarak jauh, saya dan rakan biasanya akan merancang perjalanan jarak dekat seperti balik kampung (Muar) pada hujung minggu semata-mata untuk menikmati hidangan asam pedas.

"Kegiatan ini memang menyeronokkan selain berpeluang mendapat ramai rakan baru yang berkongsi minat sama, ia juga menjadi platform meluaskan jaringan rangkaian," kata wanita kecil molek ini lagi.

Norzilawati Hawari, 34, pula mengakui dia baru saja berjinak-jinak dalam dunia permotoran itu sejak enam bulan lalu.

Katanya, minat itu bukan baru atau kerana terikut-ikut dengan 'aliran' semasa tetapi sudah lama kerana abang ipar dan kakaknya juga memiliki motosikal berkuasa tinggi.

"Oleh kerana minat, saya akhirnya membuat keputusan memiliki sendiri sebuah motosikal berkuasa tinggi dan model Monster 795 menjadi pilihan.

"Ia memberi kepuasan tersendiri dan saya mula menyertai rakan yang lain sebelum bersama kelab ini.

"Saya bertuah kerana dua anak perempuan sudah besar dan boleh ditinggalkan seketika jika mengikuti romboÂ-ngan tunggangan ke luar Kuala Lumpur," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 28-10-2014 11:39 PM
mungkin pada masa akan datang..terima kasih diatas jemputan. hehe
Quote TuntungReturn 28-10-2014 11:44 PM
[youtube]TF27JK-ysPA[/youtube]


Quote kucingTomey 28-10-2014 11:47 PM
kiki ni mmg dari dulu geng2 motorsport.....dia ni dulu drifter...pastu jadi driver red bull..skarang main superbike..muka pun comey


sepadan dengan bam kucem ..bang kucem mula dengan drag.....berakhir dengan eespai....tapi sayam...kiki dah jadi bini oram buat kali ketiga pada tahon 2010




Quote kucingTomey 28-10-2014 11:47 PM
kucingTomey posted on 28-10-2014 11:47 PM
kiki ni mmg dari dulu geng2 motorsport.....dia ni dulu drifter...pastu jadi driver red bull..skarang ...

ehmmm..ketiak berkecak...tak comey
Quote TuntungReturn 28-10-2014 11:54 PM


bekenan kawasaki ni,,nmpk vintage cm tu....triumph pun ade model vintage..kagu aku..bleh sebijik bawak pi surau
Quote lavaroyel 28-10-2014 11:57 PM
TuntungReturn posted on 28-10-2014 11:54 PM
bekenan kawasaki ni,,nmpk vintage cm tu....triumph pun ade model vintage..kagu aku..bleh se ...

pi surau jalan kaki lebih afdhol...faham?




Quote missyqaldina 28-10-2014 11:59 PM
ingat kiki cdm da jual peugeot td..
Quote kucingTomey 29-10-2014 12:00 AM
missyqaldina posted on 28-10-2014 11:59 PM
ingat kiki cdm da jual peugeot td..

tumpang tanye...gambor tu gambor mu ke??sebab saya biasa tgok gambor tu terpampnag dekat web2 dewasa...keh3.....awek impian..muahhahahahahaha......ke bukan??
Quote missyqaldina 29-10-2014 12:02 AM
kucingTomey posted on 29-10-2014 12:00 AM
tumpang tanye...gambor tu gambor mu ke??sebab saya biasa tgok gambor tu terpampnag dekat web2 dewa ...

waahhhh..pengunjur tegar web2 dewasa ke cik abg?
haruss la bukannnn.....takkan sy noob letak original pic...
Quote kucingTomey 29-10-2014 12:04 AM
missyqaldina posted on 29-10-2014 12:02 AM
waahhhh..pengunjur tegar web2 dewasa ke cik abg?
haruss la bukannnn.....takkan sy noob letak orig ...

bukan pengunjung tegar dik...abam termasuk dan terklik sahaja...

oo ingatkan pic kamu....nampok comey jon
Quote lavaroyel 29-10-2014 12:04 AM
kucingTomey posted on 29-10-2014 12:00 AM
tumpang tanye...gambor tu gambor mu ke??sebab saya biasa tgok gambor tu terpampnag dekat web2 dewa ...

kompem la lu kaki porn tarak akai punyer makhlok...


Quote missyqaldina 29-10-2014 12:06 AM
kucingTomey posted on 29-10-2014 12:04 AM
bukan pengunjung tegar dik...abam termasuk dan terklik sahaja...

oo ingatkan pic kamu....nampok ...

percaya sgt terklik sahajaa tu kann....hahaaa...
Quote kucingTomey 29-10-2014 12:07 AM
missyqaldina posted on 29-10-2014 12:06 AM
percaya sgt terklik sahajaa tu kann....hahaaa...

bukan gambor hat ni..gambor lama...gambor pakai tudung tu

Quote missyqaldina 29-10-2014 12:09 AM
kucingTomey posted on 29-10-2014 12:07 AM
bukan gambor hat ni..gambor lama...gambor pakai tudung tu

tauu banggg...disebabkan hat gambar tu berpuluh pm saya dpt...hahaaa...malam ni sy tukar la gmbr baru....
Quote kucingTomey 29-10-2014 12:10 AM
missyqaldina posted on 29-10-2014 12:09 AM
tauu banggg...disebabkan hat gambar tu berpuluh pm saya dpt...hahaaa...malam ni sy tukar la gmbr b ...

ooo.....eh..kamu ni comey tak??
Quote missyqaldina 29-10-2014 12:14 AM
kucingTomey posted on 29-10-2014 12:10 AM
ooo.....eh..kamu ni comey tak??

tak..ape punye soklan daa...
Quote tobby 29-10-2014 12:59 AM
hodoh & geli geman tengok makcik gemok2 ni naik superbike.
Quote Al-Patih 29-10-2014 06:40 AM
ini glamour punya isu.....
Quote Modngengade 29-10-2014 06:51 AM
Harap kiki yg ni tidak membuli apek superbike fuler

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061507 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top