Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2014
Oleh : CariReporter
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2014 – Kumpulan alternative rock tanah air yang sudah tidak asing lagi iaitu Hyper Act akhirnya mengumumkan secara rasmi mengenai showcase mereka yang akan berlangsung pada Ahad, 2 November 2014 bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dalam satu sidang media yang berlangsung semalam.
Dalam sidang media yang berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur itu, Hyper Act turut berkesempatan mempersembahkan 3 buah lagu yang juga bakal didendangkan pada malam showcase 2 November nanti.
Kepada peminat-peminat Hyper Act, jangan lupa dapatkan tiket untuk menyaksikan showcase Hyper Act yang boleh didapati pada harga RM50. Sila kunjungi Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk info selanjutnya.
"Buat semua peminat Hyper Act, temui kami di showcase ahad ini" ujar mereka
Ronnie iaitu vokalis utama Hyper Act sedang mendendangkan lagu berjudul "Hanya Aku"
Gambar dari kiri : Toi (bassist dan vokal kedua), Akir (Keyboard), Labib (Drummer), Freddy (Gitar Utama),Ronnie (Vokal Utama)
|