CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Ahli Arkeologi Jumpa Kubur Pontianak

31-10-2014 02:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9295| Komen: 13

Description: Profesor Ovcharov Dikatakan Seorang Ahli Arkeologi Yang Mengabadikan Hidupnya Demi Menyingkap Misteri Peradaban Kuno.
Ahli Arkeologi Jumpa Kubur Puntianak


Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.




BURGARIA - EROPAH. Seorang ahli arkeologi mendakwa telah menjumpai satu kubur puntianak ketika melakukan aktiviti cari gali di sebuah kota lama di selatan Bulgaria.

Menurut laporan The Telegraph, dakwaan tersebut dibuktikan melalui unsur-unsur upacara menghalau puntianak telah dijalankan ke atas mayat tersebut suatu ketika dahulu.

Menurut laporan itu, penemuan tersebut dilakukan oleh Profesor Nikolai Ovcharov di sebuah kota kuno, Thracian.

Menurut Profesor Ovcharov, kubur tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Burgaria Indiana Jones’.

Rangka tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang berusia 40-50 tahun.

Bahagian bawah kaki kirinya dipisahkan dan diletakkan di samping rangkanya.

Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.

“Tidak ragu-ragu lagi, kita menyaksikan ritual anti-puntianak dijalankan ke atas mayat ini sebelum menanamnya,” katanya.

Profesor Ovcharov dikatakan seorang ahli arkeologi yang mengabadikan hidupnya demi menyingkap misteri peradaban kuno.

Fokus beliau ialah mencari gali dan menyiasat semua penemuan misteri yang terkubur sejak sebelum Perang Salib.

“Mereka (penduduk kota suatu ketika dahulu) menggunakan kaedah tersebut ke atas orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan dahsyat, seperti membunuh diri.

"Dan kaedah tersebut digunakan bagi menghalang mayat tersebut bangkit dari kematian dan melakukan keganasan ke atas yang hidup,” jelasnya.

Kota kuno Thracian ialah sebuah kota lama yang dihuni sejak tahun 5,000 SM namun kota itu hanya ditemui 20 tahun lalu.

Di antara penemuan di tapak kota lama ini termasuklah benteng atau kubu pertahanan di benteng puncak bukit, kuil, kubu pertahanan dan kubur yang didakwa menjadi tempat persemadian puntianak.



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jomZ 19-10-2014 03:45 PM
benerenn kaa sih?
Quote alphawolf 20-10-2014 07:57 AM
Tajuk dengan cerita tak selari....cerita pasal ritual yang dibuat ke atas mayat ikut budaya dan kepercayaan masa tu tapi tajuk seolah2 macam jumpa vampire sebenar....
Quote epysha 21-10-2014 12:25 PM
belum jd kuntilanak dah kena pacak..
Quote BotakChinPeng 4-11-2014 08:38 PM
Takde carbon dating ka. Kurun berapa dia mati
Quote Atok_Rock 13-11-2014 09:53 PM
bkn puntianak..ni kena bunuh mcm tu..hahaha
Quote hantukiller 14-11-2014 03:35 PM
Tajuk dan cerita tak sepadan




pontianak mana ada kubur daaaaa
Quote myakayina 14-11-2014 05:27 PM
vampire wujud ke?
Quote loklik2 14-11-2014 11:12 PM
Mumia neh...
Quote sabunkk 19-1-2015 05:19 PM
Ngerinya ada puntianak wujud jugak
Quote aeni1883 20-1-2015 11:00 AM
vampire ke ni?
Quote PongKang 20-1-2015 03:15 PM
Igt kan yg mcm dlm filem
Quote cantleyi 21-1-2015 09:46 AM
hurm...macam tak logik jah
Quote angahsmart 22-1-2015 03:42 PM
akhirnya kubur Edward Cullen di temui..kihkihkih

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.079152 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top