CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Cawangan Baru Fareeda Subang Airport, Promosi Rm200 Sehelai

3-11-2014 10:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25715| Komen: 107

Description: Mengulas Perancangan Syarikat Pada 2015, Mawar Berkata, Syarikatnya Bakal Membuka Empat Lagi Cawangan Baharu Termasuk Di Johor Selain Merancang Menembusi Pasaran Brunei Dalam Tempoh Dua Tahun Akan Dat ...
Cawangan Baru Fareeda Subang Airport, Promosi Rm200 Sehelai


SYARIKAT pengeluar tudung eksklusif, Fareeda Global Resources Sdn Bhd menerusi jenama Fareeda membuka cawangan baharu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS), semalam.

Pengarahnya, Mawar Abdul Karim berkata, pembukaan itu merupakan cawangan pertama milik Fareeda di lapangan terbang.

"Kami mahu lihat sejauh mana sambutan pelanggan di sini terlebih dahulu sebelum membuka cawangan di lapangan terbang lain di seluruh Malaysia.

"Mungkin selepas ini, kami merancang membuka cawangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya selepas pembukaan cawangan keenam Fareeda di Subang.

Mawar berkata, pihaknya sudah merancang membuka cawangan di lapangan terbang ini sejak dua tahun lalu.

Fareeda mempunyai enam cawangan termasuk di Shah Alam, Kelantan dan Pulau Pinang serta dua di Bangi.

Fareeda juga bakal membuka cawangan ketujuh di Alamanda, Putrajaya sebelum akhir tahun ini.



Mengulas perancangan syarikat pada 2015, Mawar berkata, syarikatnya bakal membuka empat lagi cawangan baharu termasuk di Johor selain merancang menembusi pasaran Brunei dalam tempoh dua tahun akan datang, berikutan permintaan yang menggalakkan di negara itu.

Sempena pembukaan cawangan baharu itu, Fareeda menawarkan lapan koleksi dengan corak baharu yang terhad antaranya Nour Sara Printed, Nour Sofea dan Aisya.

Pembeli berpeluang menikmati harga pengenalan bagi koleksi tudung Fareeda bermula RM120 sehingga RM200 sehelai selagi stok masih ada.

Sementara itu, pembeli pertama Fareeda, Nur Ziela Fara Hanis Burhan, 21, ketika ditemui berkata, dia sudah berada di butik itu sejak jam lapan malam kelmarin, bersama rakan-rakan yang lain.

10

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 2-11-2014 03:45 PM
Mak aiiii..mahalnya tudung. Sasaran kpd pelancong2 dari Arab ke sis?
Quote cmf_premierleag 2-11-2014 03:48 PM
So kalo ada koleksi terkini or jualan murah, ada ke ummah kakak2 muka berminyak pakai pareeda ni nak tido kat kaki lima airport???
Quote qronaldo7 2-11-2014 04:01 PM
Beli byk dpt free tiket
Quote olaoliolu 2-11-2014 04:01 PM
tetiap jumaat aku tgk org beratur kat fareeda bangi tuh... tahniahhh fareedaa
Quote CrowneGlory 2-11-2014 04:04 PM
cmf_premierleag posted on 2-11-2014 03:48 PM
So kalo ada koleksi terkini or jualan murah, ada ke ummah kakak2 muka berminyak pakai pareeda ni nak ...

Klas la sikit sambil tgk kapal terbang berlepas.. Dr tido tepi longkang kat Bangi nun... Kihkih
Quote batmana 2-11-2014 04:04 PM
buatla inovasi sket.

tudung otomatik kering sndiri ka,
tudung kalis air
tudung kalis peluru
tudung lipat sendiri
tudung buka sendiri
tudung jadi helmet
tudung pelbagai guna

ni takat pakai kain mahal, pstu jual mahal, tak kreatif langsung..
Quote yayaji 2-11-2014 04:07 PM
heran aku...beli tudung sampai 200-300 ringgit selai tak rasa apa-apa ke ? niat nak melawa ke atau nak tutup aurat ? tak sama ke ngan tudung 10 ringgit ? para laki di luar sana ok je ek...
Quote DARSITA 2-11-2014 04:11 PM
Idok ler teman beli tudung mahal sampai 200 lebih. Membazir bukan cantik pun tudung  freeda most of it mcm tudungbebudak tadika ada ropol ropol tingkat tingkat ..hishhh
Quote duyong95 2-11-2014 04:12 PM
baik aku beli teket domestic byk2
Quote mizzmimi 2-11-2014 04:20 PM
baik buat cawangan kat kompleks opis gomen
Quote espri6006 2-11-2014 04:29 PM
Wife aku pakai tudung paling mahal pon rm40 tapi tetap cantik..
Quote shernazz 2-11-2014 04:31 PM
Dari lapan.malam? Dasat..
Xpe..tido dlm airport tu ade ekon..x mcm kat bangi :lol
Quote dubuk 2-11-2014 04:37 PM
pakcik kayoooooooooooo!!!
Quote FanTasyCreaTioN 2-11-2014 04:46 PM
Sempena pembukaan cawangan baharu itu, Fareeda menawarkan lapan koleksi dengan corak baharu yang terhad antaranya Nour Sara Printed, Nour Sofea dan Aisya.

Nour Sara Printed



Nour Sofea



Nour Aisya


Pembeli berpeluang menikmati harga pengenalan bagi koleksi tudung Fareeda bermula RM120 sehingga RM200 sehelai selagi stok masih ada.





Quote Vellfire 2-11-2014 04:48 PM
Aku takder lagi koleksi tudung fareede
Quote FanTasyCreaTioN 2-11-2014 04:52 PM
perghhh!~
gigih tol dier rang
salute ler kat fareeda walaupun kita tak beli satu pun

Peminat FAREEDA sedang menunggu diluar Terminal Subang Skypark untuk pembukaan Butik FAREEDA yang baru harini 1 November 2014. Jom serbu !!!






caiyok ler



Quote buDak_gaTaL 2-11-2014 04:53 PM

mereka berebut nak dapatkan fridge magnet tu kot pasal sementara stok masih ada



Quote FanTasyCreaTioN 2-11-2014 04:53 PM
Vellfire posted on 2-11-2014 04:48 PM
Aku takder lagi koleksi tudung fareede

hahahahha samer la
takde duit

Quote ice_sky92 2-11-2014 04:54 PM
Pemakai tudung paridah dan badut berpisah tiada.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.064911 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top