CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

15 tempat menarik di Asia Tenggara yang perlu anda kunjungi

4-11-2014 10:00 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 26065| Komen: 0

Description: Kadang-kala kesibukan kerja dan runtin harian membuatkan kita tiada masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Bagi yang suka melancong pasti tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke tempat-tempat ...
Kadang-kala kesibukan kerja dan runtin harian membuatkan kita tiada masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Bagi yang suka melancong pasti tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke tempat-tempat menarik jika mempunyai masa terluang. Tetapi mungkin ada yang terlepas pandang atau belum mengetahui beberapa tempat-tempat menarik yang terdapat di Asia Tenggara. Disini terdapat senarai 15 tempat menarik di Asia Tenggara tetapi masih jarang dikunjungi. Mungkin boleh dijadikan senarai lokasi untuk anda habiskan masa bercuti bersama yang tersayang.

1- Pulau Pu Qhuoc, Vietnam



Pulau Phu Qhuoc adalah lokasi yang amat sesuai untuk lari dari kesibukan kota kerana disini suasana sangat tenang dan mendamaikan. Dipulau ini sesuai untuk aktiviti snorkeling dan scuba diving kerana kejernihan airnya. Pengunjung boleh menyewa motosikal untuk meronda-ronda disekitar pulau kerana disini terdapat perkhidmatan sewaan motosikal. Tunggu apa lagi!!

2- Pai, Thailand



Jika pengunjung inginkan suasana hutan yang penuh kehijauan, Pai adalah tempatnya.Terletak di pergunungan di utara Thailand, Pai pasti memberikan suasana tenang dan menghiburkan disaat bersama tersayang. Di tempat ini pengunjung boleh menyewa motosikal untuk meronda sekitar hutan, berkunjung ke air terjun dan melihat keindahan flora dan fauna.

3- Bagan, Myanmar



Myanmar terkenal dengan keindahan candi kerana majoriti penduduknya beragama Budha.Disini pengunjung boleh menikmati ketenangan dan keindahan panorama matahari terbenam dengan menaiki belon udara yang terdapat sekitar candi. Wow pasti satu kenangan indah yang sukar untuk dilupakan.

4- Gua Jomblang, Yogyakarta



Gua ini terletak di  Desa Pacarejo, Gunung kidul. Terletak kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Jogja, jalan menuju ke gua ini tidak berturap dan berbatu amat sesuai untuk yang ingin merasai susana lasak atau "offroad" ketika dalam perjalanan ke gua ini. Gua ini adalah gua batu kapur dan dikelilingi hutan lama serta sungai di bawah tanah.

5- Pulau Derawan, Kalimantan Timur



Pulau ini terletak di kepulauan Berau,Kalimantan Timur. Disini terdapat penyu-penyu jinak dan banyak tempat untuk aktiviti scuba diving.  Kehijauan lumut dan air laut yang jernih membuatkan pulau ini memberikan satu pemandangan yang begitu indah sekali.

6- Danau Laut Tawar, Akengon Aceh Tengah



Danau Laut Tawar terletak disebelah timur bandar Takengon, Aceh. Ia merupakan danau terbesar di kawasan itu dengan keluasan sepanjang 17km dan lebar 5.5km. Disini anda boleh menikmati keindahan"negeri diatas awan" dengan pemandangan yang begitu memukau.

7- Teluk Kiluan, Lampung



Teluk Kilauan terletak di Lampung juga terkenal sebagai habitat ikan lumba-lumba dan ikan paus. Teluk ini terkenal dengan keindahan alam dan syurga bagi pemancing. Setiap tahun diadakan pertandingan memancing di Teluk Kilauan yang turut disertai oleh pemancing-pemancing tegar seluruh Indonesia

8- Chiang Dao, Thailand



Chiang Dao diibaratkan seperti syurga bagi pencinta alam. Disini terdapat air terjun, kolam air panas dan gua yang dipenuhi batuan stalagmit dan stalaktit yang begitu memukau pandangan. Gua Chiang Dao merupakan tarikan utama disini kerana digua ini pengunjung boleh melihat lebih dari 100 tempat yang mempunyai pelbagai alat untuk tujuan pemujaan.


9- Ko Lanta, Thailand



Kebiasaannya bila bercerita tentang pulau-pulau di Thailand, pelancong lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau besar seperti Ko Phangan atau Ko Tao tetapi jika pengunjung ingin menikmati suasana yang berbeza, Ko Lanta adalah destinasi yang paling sesuai untuk dikunjungi. Pulau ini pasti memberi ketenangan dengan keindahan pantai yang bersih dan hamparan pasir putih yang begitu mengujakan.

10- Danau Inle, Myanmar



Danau sepanjang lebih dari 13 km ini memiliki pelbagai tarikan. Di sekitar danau, pengunjung boleh melihat keindahan kebun sayur-sayuran yang bagaikan terapung diatas air. Juga tidak ketinggalan keunikan rumah terapung milik penduduk disini.

11- Mae Sot, Thailand



Tempat ini agak terpencil dan terletak disempadan Thailand dan Myanmar.Di Mae Sot pengunjung boleh melihat ramai warga Thailand, Myanmar serta penduduk asli dari kawasan pergunungan. Jika ingin bersantai bolehlah berkunjung ke spa-spa yang menawarkan khidmat sauna. Selain itu juga pengunjung boleh membeli belah di pasar tradisional dan berkunjung ke tempat pemeliharaan Orang Utan di Highland Farm Gibbon Sanctuary.

12- Kep, Kemboja



Ketika penjajahan Perancis, Kep menjadi salah satu destinasi kunjungan dikalangan warga Perancis. Disini pengunjung boleh menikmati hidangan laut di restoran yang begitu indah dipersisiran pantai. Kep juga terkenal dengan hidangan ketam yang menjadi salah satu hidangan ketam yang terlazat didunia. Jadi jika anda penggemar makanan laut, tempat ini adalah destinasi yang harus anda kunjungi.

13- Tasik Kenyir, Malaysia



Tasik Kenyir terletak di timur Malaysia iaitu di daerah Kuala Berang, Terengganu. Tasik ini merupakan tasik buatan manusia yang tercantik di Asia Tenggara serta mempunyai sebanyak 300 lebih pulau yang cantik. Di tasik ini juga terdapat beberapa air terjun serta gua yang tersimpan pelbagai sejarah. Disini juga adalah syurga memancing kerana terdapat pelbagai spesis ikan seperti toman dan sebagainya. Terdapat juga sewaan rumah bot untuk pemancing bermalam diatas air sambil memancing bersama rakan dan keluarga. Terbaru, tasik ini bakal dijadikan kawasan bebas cukai menjelang 2015.

14- Sungai Mekong, Vietnam



Sungai Mekong merupakan tempat paling unik dan pasti memukau pandangan pengunjungnya. Sungai ini juga merupakan sungai kedua belas terbesar didunia. Terdapat perkhidmatan sewaan bot dan perahu untuk pengunjung menyusuri sungai ini. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai, pengunjung berpeluang melihat ramai penjaja yang berniaga diatas bot. Antara barangan yang dijual seperti buah-buahan, sayuran dan cenderahati.

15- Mui Ne Sand Dunes, Vietna



Terletak tidak jauh dari bandar Saigon, Mui Ne Sand Dunes seakan dunia lain yang terletak berhampiran kemodenan bandar di Vietnam.Di sini pengunjung bebas berlari-lari diatas pasir dan kebiasaannya pengunjung mengambil gambar keindahan panorama bukit pasir yang seakan di gurun padang pasir untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan. Yang lebih unik lagi, dikawasan ini terdapat sungai yang mengalir ditengah pasir dan batuan kering. Pasti mengujakan mata memandang.

9

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.092582 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top