CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zizan Razak Ada 1 Juta Pengikut Instagram

6-11-2014 11:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5804| Komen: 17

Description: Menerusi Keterangan Gambar Terbaru Yang Dimuat Naik, Zizan Dengan Rendah Hati Mengucapkan Terima Kasih Kepada Peminat Yang Tak Jemu Menyokongnya.
Zizan Razak Ada 1 Juta Pengikut Instagram




KUALA LUMPUR: Selepas Nora Danish, Zizan Razak turut mengikuti jejak pelakon comel itu apabila mempunyai pengikut di laman Instagram mencecah 1 juta.

Menerusi keterangan gambar terbaru yang dimuat naik, Zizan dengan rendah hati mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tak jemu menyokongnya.

"Tiada apa lagi yang dapat saya bingkiskan hanya jutaan terima kasih di atas sokongan tak berbelah bagi. Terima kasih atas cinta, doa kalian semua," katanya di laman bergambar popular itu.

Saat ini pengacara Akademi Fantasia 2014 itu sedang dinanti nantikan berita gembira mengenai hari perkahwinannya dengan Emma Maembong.

Difahamkan pasangan ini ada ura-ura untuk berkahwin pada tahun depan.

1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DianaSaksen 4-11-2014 09:48 PM
tahniah abang zizan...
Quote myrustyme 4-11-2014 11:08 PM
lepas kawin nnt x sampai 1 juta..
Quote DayangKirana 5-11-2014 07:37 AM
sekarang ni 1 million follower pun mcm dah tak heran.. i bet half of it are instaseller.. konpem..
Quote NHolmes 5-11-2014 07:40 AM
Retis sejuta followers bukan milik eksklusif dahhh
Quote tomet05 5-11-2014 12:21 PM
apa kelebihannya ?
instaseller je kutip untung kan
Quote katakau 5-11-2014 12:29 PM
haha..instaseller..skang nie kalo iol tgk ig, iol tgk pic jer..maleh nak nengok komen..mnjang lar visit my ig..
Quote tinkiwinki 5-11-2014 12:32 PM
cuba block insta seller tu tinggal bape followers kau.
Quote Jagendas 5-11-2014 12:44 PM
parok mung zizang

1m follower pon nk masuk paper. reporter takde keje mcm ni la jadinye
lebih2 lagi kalo reporter berita hairan nih..
Quote 4cupcakes 5-11-2014 05:49 PM
maaf.. i xfollow lg..
Quote HangPC2 8-11-2014 03:25 PM
マレーシアの超有名人がご来訪*\(^o^)/*

2014.06.14

12日のにマレーシアで超有名なコメディアン、

ジザン・ラジャ・ワーワクさんが保津川下りにご乗船いただきました(^O^)/










http://www.hozugawakudari.jp/sendo-blog/







Quote putehkundor 8-11-2014 04:01 PM
KE$AH KE$HA?
Quote torres9 8-11-2014 08:05 PM
tahniah zizan..di laman sosial no 1 iaitu facebook,zizan mempunyai peminat hampir 3.6 juta
Quote iena_jr 8-11-2014 08:07 PM
boleh je kalau nak beli follower ni... uols nak buat pun boleh
Quote slipar_jepon 8-11-2014 09:06 PM
tahniah zizang
Quote fry_paranoid 9-11-2014 03:16 PM
Sebelum zizang emma terlebih dahulu dpt 1m follower.. cuma x d gembar gemburkan.. kesian ko patima...
Quote maxim 12-11-2014 02:15 PM
Sikap Tolak Ansur Punca Instagram Zizan Razak Cecah 1 Juta Pengikut


Zizan Razak bersikap terbuka dengan pengikut-pengikutnya di Instagram.

PETALING JAYA: Pelakon Zizan Razak merasakan sikap tolak ansurnya dalam memberi kebenaran kepada orang ramai mengiklankan perniagaan masing-masing di laman sosial Instagram miliknya menjadi penyumbang peningkatan mendadak pengikut laman sosialnya itu.

Zizan berkata, keterbukaan itu memungkinkan orang ramai senang dengan sikapnya dan menjadikan laman sosial itu sebagai rujukan bagi mengiklankan produk sehingga ia mencecah lebih satu juta pengikut.

"Sebenarnya saya terkejut apabila melihat pengikut saya sudah sampai ke tahap lebih sejuta di Instagram.

"Nak kata gambar menarik, tidak juga, kerana saya hanya memuat naik apa-apa saja gambar yang dirasa mahu dikongsi dengan peminat. Tidak kira sama ada yang berbentuk peribadi, ketika bekerja atau aktiviti-aktiviti lain.

"Mungkin kerana saya memberi kebebasan kepada peniaga-peniaga online untuk mempromosikan barangan mereka di Instagram saya," katanya kepada mStar Online.



Instagram milik Zizan Razak.

Sehingga laporan ini ditulis, Zizan sudah pun memiliki sebanyak 1,031,198 pengikut selain 1,100 gambar yang dimuatnaik.

Tambah Zizan, dia juga berpendapat peniaga-peniaga yang mempromosikan barangan yang dijual di Instagram tidak seharusnya dimarahi kerana mereka sekadar ingin mencari pelanggan daripada pengikut-pengikut selebriti.

"Bagi saya, peniaga-peniaga 'visit my IG" ini sekadar ingin mencari peluang menerusi Instagram artis yang kebanyakannya mempunyai pengikut yang ramai.

"Inilah cara mereka untuk mencari pelanggan dan kita pun tidak patut menyekat rezeki mereka. Cuma kalau komen itu, janganlah bagi membuat promosi menggunakan ayat berjela-jela sehingga mengganggu orang lain untuk membaca atau meletakkan komen," ujarnya.

Dalam pada itu, Zizan turut mengakui tidak pernah memarahi pengikut-pengikutnya meskipun ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab memberi komen-komen buruk.

Kata Zizan, sebagai seorang selebriti, komen-komen sebegitu sudah menjadi lumrah untuk dihadapi apatah lagi di medium media sosial.

Selain Zizan, antara selebriti lain yang berjaya mencecah lebih sejuta pengikut Instagram termasuklah kekasih Zizan sendiri iaitu, Emma Maembong (1.12 juta), Nora Danish (1.34 juta)  dan Lisa Surihani (1.01 juta).

Quote kintan 12-11-2014 02:17 PM
.. ingat kan 1juta$$.. dlm simpanan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063344 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top