CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk 61 Tahun Cuba Rogol Cucu Umur 12 Tahun

6-11-2014 04:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12997| Komen: 58

Description: “Sungguhpun Begitu, Mangsa Pernah Mengadu Kepada Nenek Dan Keluarganya Berkenaan Perbuatan Datuknya Itu, Tetapi Mereka Tidak Percayainya Malah Cuba Menyembunyikannya,” Katanya.
Datuk 61 Tahun Cuba Rogol Cucu Umur 12 Tahun


KUALA PILAH – Seorang datuk berusia 61 tahun ditahan selepas dipercayai mencabul kehormatan dan cubaan merogol cucu perempuannya yang berusia 12 tahun.

Difahamkan sebelum ini, warga emas itu sudah beberapa kali mencabul kehormatan cucunya.

Namun perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas isteri warga emas terbabit  ternampak suaminya cuba merogol cucunya di ruang tamu rumah mereka di Taman Bukit Intan, Batu 46, pada 10 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu 10 malam itu, nenek mangsa yang berusia 50-an keluar dari bilik tidur untuk pergi ke bilik air ternampak suaminya berkelakuan mencurigakan di ruang tamu.

Selepas menegur suaminya, dia terkejut apabila melihat suaminya menindih badan cucunya lalu bertindak pantas menghalang suaminya yang juga pesara dari Jabatan Kerja Raya (JKR) daripada terus melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa masih bersekolah dan tidak tinggal bersama datuk dan neneknya, sebaliknya tinggal bersama keluarganya di Taman Bahagia Delima.

"Namun pada malam itu, mangsa tinggal di rumah neneknya kerana ibu bapanya keluar bekerja. Ketika itu, mangsa yang berada seorang diri di ruang tamu ditarik oleh datuknya sebelum dibaringkan di atas lantai.

"Secara kebetulan nenek mangsa keluar dari bilik tidur ternampak suaminya dalam keadaan mencurigakan sebelum melihat cucunya terbaring di atas lantai akibat ditindih suaminya,” katanya.     Azmi berkata, nenek mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada ibu bapa mangsa.

“Pada awalnya mereka tidak mahu membuat laporan polis, namun kerana bimbang ia berulang lagi mereka akhirnya berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah jam 6 petang pada 17 Oktober lalu.

“Hasil laporan polis, mangsa dipercayai bukan kali pertama diperlakukan sedemikian oleh datuknya tetapi sudah beberapa kali dalam tahun ini.

“Sungguhpun begitu, mangsa pernah mengadu kepada nenek dan keluarganya berkenaan perbuatan datuknya itu, tetapi mereka tidak percayainya malah cuba menyembunyikannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, warga emas itu sudah ditangkap pada 19 Oktober lalu, jam 3 petang di rumahnya dan ditahan reman selama empat hari bermula 20 Oktober hingga 23 Oktober lalu.

“Suspek kini diberi jaminan setelah siasatan selesai dan jaminan dilakukan oleh ahli keluarga. Kes ini akan dirujuk kepada Ketua Unit Perundangan Negeri Sembilan untuk mendapatkan arahan pertuduhan kerana kes masih dalam siasatan.

“Jika disabit kesalahan, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, membawa hukuman kepada 10 tahun penjara, atau denda atau sebatan,” katanya.

Sehubungan itu, Azmi menasihatkan kepada masyarakat khususnya ahli keluarga supaya bertindak agresif dengan melaporkan kes sedemikian kepada pihak polis.

4

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 6-11-2014 11:28 AM
tua nak mampos pun nak wat onar lagi...bawak2 lah sujud atas sejadah...
Quote menjad 6-11-2014 11:34 AM
dah gilo buang tebiat ker atuk nie... puiii
Quote FanTasyCreaTioN 6-11-2014 11:37 AM
Sungguhpun begitu, mangsa pernah mengadu kepada nenek dan keluarganya berkenaan perbuatan datuknya itu, tetapi mereka tidak percayainya malah cuba menyembunyikannya
sakit hati tol ler bacer ayat ni
tak cayer pun bawak2 ler selidik

keji sangat2 perangai
kesian budak tu

Quote fifie_olin 6-11-2014 11:43 AM
bila bdk tu bg tau...x pecaya pulak....sialannn skg ni dh tgk dpn mata br report....nsb x mengandung bdk tu di buatnya...
Quote HaifaHanna 6-11-2014 11:47 AM
tak tau la nk komen ape..
dh tua pon nafsu membuak-buak lg.
Quote puteri_impian 6-11-2014 11:51 AM
“Suspek kini diberi jaminan setelah siasatan selesai dan jaminan dilakukan oleh ahli keluarga. Kes ini akan dirujuk kepada Ketua Unit Perundangan Negeri Sembilan untuk mendapatkan arahan pertuduhan kerana kes masih dalam siasatan.


kenapa boleh jamin org macam ni masuk je la duk lokap jgn bgi kuar2 dah

bgus btul tindakan mak ayah budak ni&nenek nya juga bgi kerjasama......
Quote lindarafee 6-11-2014 11:53 AM
Allah nak tunjuk. nenek nampak sendiri kan. sebelum ni x nak percaya dgn cucu tu. kita kene ada rase curiga walau sikitpun. lepas tu siasat. jgn in denial sangat.
Quote clarizsa 6-11-2014 12:04 PM
sakit hati...

like i always said, harap manusia celaka bangsat buruk perangai cmni dihukum bunuh...
Quote chinta89 6-11-2014 12:06 PM
FanTasyCreaTioN posted on 6-11-2014 11:37 AM
sakit hati tol ler bacer ayat ni
tak cayer pun bawak2 ler selidik

semata2 nak jaga maruah keluarga??
Quote prettyuglybabe 6-11-2014 12:09 PM
tak guna punya datuk..
yang family pun jamin buat apa
patutnya biar si tua tu mereput dalam lokap
dah tua pun bodoh
Quote epis 6-11-2014 12:12 PM
cucu sendiri???????? tergamaknya nak rosakkan masa depan darah daging... apatah lagi kalau budak yg xde kene mengene, huhu....
Quote FanTasyCreaTioN 6-11-2014 12:14 PM
chinta89 posted on 6-11-2014 12:06 PM
semata2 nak jaga maruah keluarga??

kan .. kan ..
geram giler bacer

12tahun tu ..
perlu perlindungan keluarga
mengharap perlindungan keluarga

tak sanggup nak bayangkan andai nenek tu tak nengok sendiri



Quote evengelista 6-11-2014 12:16 PM
Tengok cucu sendiri pun boleh stimm..nenek di bilik di biarkan keseorangan
Bertuah punya atukk
Quote PulutDereyan 6-11-2014 12:18 PM
kerja je yang dia bersara..
kottey xpernah bersara
Quote BotakChinPeng 6-11-2014 12:20 PM
Ayoyyooooo
Quote shernazz 6-11-2014 02:57 PM
Samdol punya atok..
Kok ye pon bini lanjut..bawak bawak la berzikir..baca quran ke
Budak kecik pon ko bernafsu..cucu plak tu
Quote hanamunir 6-11-2014 02:57 PM
tengok..tak percaya dengan apa yang budak tu cakap..
nasib baik masa nampak tu masih dalam cubaan,
kalu betul2, meroyan la ko nenekk..

mesti trauma budak tu tiap2 kali nak gi umah atuk nenek dia..
bongok la atuk pun..
tak sedar diri..
Quote Badut.Sarkas 6-11-2014 03:09 PM
kalau bab rogol or cabul anak sendiri, cucu sendiri, mak or akak or adik pompuan sendiri, dah bole tau la ummah mana yang terer dah ada lam genetik agaknya
Quote nurul_akmar 6-11-2014 03:12 PM
bodo giler. budak 12 tahun pon terliur

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060338 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top