CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zizan Nin Selar Retis Baru Gila Selfie

10-11-2014 02:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14245| Komen: 51

Description: Jelasnya, Pelakon-Pelakon Baharu Perlu Mengambil Peluang Untuk Menambah Ilmu Daripada Pelakon Senior Ketika Berada Di Lokasi Dariapda Sibuk Dengan Telefon Masing-Masing Untuk Merakamkan Gambar-Gambar ...
Zizan Nin Tegur Artis Baharu Gila 'Selfie'


Zizan bersama isterinya Fazilah Hani Harun.

PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin agak kurang senang dengan perangai segelintir pelakon-pelakon baharu yang gemar ‘berselfie’ ketika berada di lokasi penggambaran.

Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, 39, berkata, tindakan tersebut menganggu kosentrasi pelakon lain serta dilihat tidak menghormati pelakon-pelakon senior yang turut terlibat dalam sesebuah penggambaran.

"Saya gembira dengan kemunculan hero-hero baru dalam industri, namun ada segelintirnya yang saya tidak suka kerana kurang fokus ketika di lokasi.

"Pelakon lain sibuk menghayati watak tetapi segelintir pelakon lain pula suka sangat berselfie. Selalunya saya akan tegur sahaja perangai begitu supaya mereka jaga tingkah laku ketika di lokasi," ujarnya kepada mStar Online.



Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemunculan ramai pelakon-pelakon baharu dalam industri seni tanah air.

Jelasnya, pelakon-pelakon baharu perlu mengambil peluang untuk menambah ilmu daripada pelakon senior ketika berada di lokasi dariapda sibuk dengan telefon masing-masing untuk merakamkan gambar-gambar selfie.

Katanya, lebih memalukan apabila mereka gagal membawakan watak dengan baik sehingga menjejaskan jadual pelakon-pelakon lain.

"Ada segelintir pelakon yang suka main-main dan tidak berdisiplin. Bagi saya tidak guna wajah yang cantik dan tampan kalau tiada disiplin.

"Mereka seolah-olah tidak malu jika berlaku kesalahan atau gagal membawakan watak dengan baik dihadapan pelakon lama," ujarnya.


Sementara itu, Zizan yang merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Filem menerusi filem Tanda Putera pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) Jumaat lalu tidak menjangkakan kemenangan tersebut.

Katanya, biarpun filem tersebut kurang mendapat sambutan di pawagam, namun ia mempunyai nilai sebenar dalam tranformasi filem negara.

"Saya tidak sangka akan menang kerana mereka tidak beritahu tentang pencalonan akhir dan saya datang hanya untuk beri sokongan sahaja.

"Alhamdulillah, ini merupakan kali pertama saya ke atas pentas untuk ambil anugerah," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leezzaliza 10-11-2014 07:05 AM
Die ni yg syok sendiri dgn che ta dl tu kan...
Quote maxim 10-11-2014 07:07 AM
leezzaliza posted on 10-11-2014 07:05 AM
Die ni yg syok sendiri dgn che ta dl tu kan...

ade ke? xpenah dgr lak

bini die aku rasa lg cun dari cheta
Quote ais_kosong 10-11-2014 07:08 AM
kemas sikit pica nih
kalau tidak serabai je aku nengoknya dia nih


tahniah la zizan nih
Quote mizzmimi 10-11-2014 07:10 AM
siapa suka selfie?

Quote leezzaliza 10-11-2014 07:26 AM
maxim posted on 10-11-2014 07:07 AM
ade ke? xpenah dgr lak

bini die aku rasa lg cun dari cheta

Ade dl2 punye gosip.. Zaman majalah mangga uolls..siap zizan ni g beraya dgn che ta kat kedah nu haaa...
Quote mitnick 10-11-2014 07:42 AM
xkisahlaa kalau suka selfie tapi kat lokasi da prepare and masa kerja ada focus....
kalau jenis sefie manjang tapi focus hazab hasil sendu smpi nak susahkan pelakon lain, yg tue mmg layaklaa kne tegur..
Quote cicicumel 10-11-2014 07:49 AM
dia ni sendoo je kan..

muka Nabil H! LIVE tu mcm muka zizan nin ni waktu zaman keglameran heols berlakon iklan POND'S INSTITUTE dgn melissa maureen.. siap buat roadshow kt ipta2 seluruih negara...
Quote kemboja2020 10-11-2014 08:08 AM
Tok Ti kuat selfie hang tak nak selar jugak ke?
Quote Milah_tonggek 10-11-2014 08:12 AM
suka dia ni dulu2..

hensem..time tu sesuai sangat ngan melissa maureen..
Quote fifie_olin 10-11-2014 08:21 AM
aku x ske dia ni....xde aura klo belakon
Quote makneng 10-11-2014 08:29 AM
erm..aku dah semakin lupa kewujudan dia ni...siann
Quote kucen_miang 10-11-2014 08:50 AM
kemboja2020 posted on 10-11-2014 08:08 AM
Tok Ti kuat selfie hang tak nak selar jugak ke?

yang tu dah senja. bukan retis baru.
Quote chinta89 10-11-2014 09:00 AM
kucen_miang posted on 10-11-2014 08:50 AM
yang tu dah senja. bukan retis baru.

hahaha..kesian tok ti.
Quote RatuDunia94 10-11-2014 09:23 AM
zizan ni dulu stok rembesan gak.. x sangka dh busuk skrg ni!
Quote tinkiwinki 10-11-2014 09:28 AM
aku cm tak caya dia ni menang sbb dia cm suam2 kuku je kekdahnya
Quote cemolot 10-11-2014 09:37 AM
lakonan paling berkesan zizan ni pada meols adalah dalam cerita ibu mee segera, berlakon jadi adik2.. itu je yang acceptable
Quote kejoraria 10-11-2014 09:49 AM
selfie tu kan ker dah jd makanan org zaman skrg....sehari tak selfie tak keruan idup
Quote nolya 10-11-2014 10:13 AM
mitnick posted on 10-11-2014 07:42 AM
xkisahlaa kalau suka selfie tapi kat lokasi da prepare and masa kerja ada focus....
kalau jenis se ...

biasanya kalau orang berdisiplin,  bila kerja tidak berselfi, bila selfi jgn bekerja baru boleh fokus and get the best result.  Setuju tak?
Quote nolya 10-11-2014 10:26 AM
makneng posted on 10-11-2014 08:29 AM
erm..aku dah semakin lupa kewujudan dia ni...siann

Begitulah makneng.  Hidup ini tak ade yg hakiki.  Roda putaran hidup kita ada kalanya di atas, ada kalanya di tepi. Kalau terkebawah, ertinya kita diuji. Ada orang hilangnya dlm sanjungan dan ada pula orang hilang tak siapa pun perasan.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061656 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top