CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

"Hubungan Dengan Izara Aishah Terlalu Peribadi" - Adib Khalid

10-11-2014 06:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22558| Komen: 97

Description: Adib Atau Nama Sebenarnya, Muhammad Adib Khalid, 24, Bagaimanapun Tidak Menafikan Kenyataan Yang Dibuat Oleh Aktres Berkenaan Iaitu Mereka Sedang Dalam Proses Mengenali Hati Budi Masing-Masing.
"Hubungan Dengan Izara Aishah Terlalu Peribadi" - Adib Khalid

Adib Khalid, baharu sahaja dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios.



PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios iaitu Adib Khalid memberitahu kisah hubungannya dengan aktres Izara Aishah terlalu peribadi untuk dikongsi dengan orang ramai.

Adib atau nama sebenarnya, Muhammad Adib Khalid, 24, bagaimanapun tidak menafikan kenyataan yang dibuat oleh aktres berkenaan iaitu mereka sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Kenyataan yang Izara Aishah beri kepada media sebelum ini adalah benar dan kami memang saling mengenali.

"Cukuplah dia sahaja yang beri kenyataan bagi pihak saya kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan," ujarnya kepada mStar Online.

Adib yang juga anak anak kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ditemui pada sidang media sempena konsert Sky Blu Live In Kuala Lumpur, di Signature @ The Roof, Sky Lounge, di sini, Khamis.


Tune Studios terlibat membawa kumpulan muzik itu ke negara ini. Konsert berkenaan telah diadakan di The Play Club, di sini, malam Khamis.

Dalam pada itu Adib menetapkan tempoh masa antara tiga hingga empat tahun untuk memberi fokus kepada kerjayanya sebelum memikirkan soal berumah tangga.

Katanya, buat masa ini dia terlalu sibuk untuk mengatur perancangan syarikat   yang baru diterajuinya itu.

"Insya-Allah saya beri tempoh tiga hingga empat tahun untuk beri perhatian sepenuhnya kepada syarikat sebelum memikirkan soal peribadi atau berumah tangga.

"Buat masa sekarang ini belum masanya, kerana banyak perancangan dan strategi yang diatur untuk syarikat ini," ujarnya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 7-11-2014 12:53 AM
Mude lagi dh jadi ceo....well done
Quote bambimbom 7-11-2014 12:56 AM
Bagus adib.. bina kerjaya dulu.. disamping tu mane taw ade lg pompuan yg lg baik akan muncul.. lol

bunyinye mcm tak yakin je nk kawin dgn izara ni..
Quote bambimo 7-11-2014 01:10 AM
mcm ahmad izam omar muda2 dh jd ceo primeworks...
Tp ni muda sgt...
Klo izara tu boleh ubah dia apa salahnya..
Cuma nmpk gaya izara kena mantain cun smpai bila2 huhuhu
Quote munchkin 7-11-2014 01:45 AM
Moga berjalan lancar. Kalau tak nak tunggu lelama, then think about it. Hehehehe
Quote taikpekatt 7-11-2014 02:00 AM
heharap kesudahan x seperti kemaldi & intan
Quote iluma 7-11-2014 07:59 AM
untungla memuda dah jd ceo
masyuk
Quote fifie_olin 7-11-2014 08:05 AM
mcm dh bgs bdk ni...aku ske dia dgn izara..sesuaii..
Quote krukx 7-11-2014 08:09 AM
Lama lagi tu 4 tahun
Quote fuyupoktek 7-11-2014 08:13 AM
Ape skill adib ni smpai leh jd ceo umur staun corn
Quote blackred99 7-11-2014 08:15 AM
bestnya hidup tak pernah susah, muda dan kaya, awek senang lekat.
Quote kemboja2020 7-11-2014 08:21 AM
Semenggah sikit kot dengan Izara nak banding dgn ex beliau si Sophia Yasmin tu. hak tu makin ke laut tengok gaya hidupnya.
Quote kemboja2020 7-11-2014 08:22 AM
Btw, mudanya dah jadi CEO... harus umur belum 30 nanti da dapat Dato'
Quote sribayu 7-11-2014 08:33 AM
Tune studio ni belongs to Air Asia lah kan which belongs to Tony Fernandez. Kalau Tony boleh accept Adib tu run Tune Studio, Adib must have good credential.
Quote bulalof 7-11-2014 08:36 AM
tony fernandez is always looking for new blood that can run any business out of the ordinary, meaning far from the traditional ways.
Quote dondangdendang 7-11-2014 08:44 AM
ptt dia mula dulu dari bawah..ni terus jadi CEO....haishhh
Quote mizzmimi 7-11-2014 08:44 AM
pc pasal lain.. hal chenta jugak yang jadik tajuk berita..

uhuhu
Quote makneng 7-11-2014 08:45 AM
huntunglah ko dek muda2 dah jadik ceo..fokus kerjaya tu dulu..pompuan2 ni ko put aside dulu
Quote tagas 7-11-2014 08:50 AM
Awek putih gebus lazat mcm mix arab mat saleh yg ke hulur ke hilir meleset 24 jam tu dah clash ke..habis madu sepah dibuang kekdahnye.. sama la jgk nasib ixara ni nnti..
Quote cik_penguin 7-11-2014 08:50 AM
bambimbom posted on 7-11-2014 12:56 AM
Bagus adib.. bina kerjaya dulu.. disamping tu mane taw ade lg pompuan yg lg baik akan muncul..  ...

Hahaha motip? Izara tu comel kena dengan Adib. Tapi tak pasti dorg boleh bertahan ke tak. Macam ragu2 sikit

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.123014 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top