CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Bunyi Guli Di Ruang Tamu

14-11-2014 03:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19822| Komen: 44

Description: Aku Pun Sudah Mula Rasa Seram Gila! Memandangkan Waktu Yang Sama Aku Tengah Tengok Tv Siara Langsung Af Ahad Lalu Tetapi Tiada Pula Bunyi, Hanya Buka Je Tv Sebab Taknak Rasa Seram Sangat. Aku Pun Teru ...
Bunyi Guli Di Ruang Tamu

Gambar hiasan



Kejadian ini baru sahaja terjadi pada diri aku pada........

Ahad minggu lepas aku balik ke rumah orang tua aku, sebab hendak kena jaga rumah, orang tua aku pergi rumah kakak di Terengganu. Rumah bujang aku pula berdekatan sahaja dengan rumah orang tua aku, lebih kurang 15km jadi memang senang untuk aku ulang alik.

Ceritanya bermula pada malam aku berseorangan ditemani cahaya ruamg tamu sebab memang aku suka pasang lampu yang malap.Pada waktu lebih kurang selepas Maghrib, lebih kurang pukul 8.00-8.30 tengah sedap-sedap aku bermain POOL LIVE TOUR di 'Facebook' tiba-tiba aku terdengar bunyi budak-budak berlari dari tingkat atas rumah aku, diikuti dengan bunyi orang mengalihkan perabot.

Aku pun malas hendak fikir yang bukan-bukan. Sampailah tiba-tiba bunyi guli tengah berdentam-dentum berulang kali dari lantai. Aku pun bertindak bangun dari komputer terus menuju ke ruang tamu. Aku pasti bunyi itu datang dari arah almari sudut ruang tamu rumah orang tua aku.


Aku teringat 'thread' lama dalam forum ini bunyi guli itu tandanya ada mahkluk jin dlaam rumah.

Sebelum saintis2 CARI.COM nak tunjuk pandai cakap rumah kondominium memang akan menghasilkan bunyi guli blah3, rumah orang tua aku ini bukan rumah kondo atau flat pprt. Rumah diorang rumah teres dua tingkat. Dan aku pasti tu first time bunyi guli datang dari dalam rumah orang tua aku.

Aku pun sudah mula rasa seram gila! memandangkan waktu yang sama aku tengah tengok TV siara langsung AF ahad lalu tetapi tiada pula bunyi, hanya buka je TV sebab taknak rasa seram sangat. Aku pun terus kuat kan 'Volume' TV aku.Sebenarnyer dalam masa yang sama, aku nak bukak YOUTUBE nak pasang ayat Ruqyah, offkan TV.

Tetapi aku ini jenis kalau rasa seram, aku memang tak berani nak dengar bacaan ayat suci, lagi rela pasang lagu pop kuat-kuat. Bukan apa takut bertambah seram. Aku pernah jin islam ini uska bacaan ayat suci ini. Makin kuat aku pasang, makin kuat bunyi guli itu dan makin laju hentamnya.

Lagi sekali aku pergi jengok ke ruang tamu tapi masih tiada apa-apa. Seram punya pasal aku terus pergi tandas mandi bersiap-siap nak pergi kerja.

Semasa lepas mandi bunyi itu sudah tiada. Hujan pun masih lebat.

Sudah tiga berlalu selepas kejadian dekat rumah orang tua aku tempoh hari.

Hari ini mak aku pula cerita , malam semalam waktu maghrib ada bunyi guli kat sekitar almari sudut ruang tamu, sama macam aku tempoh hari. Mak aku siap kata dia kalau ada guli dekat situ, dia nak campak balik dekat almari itu kasi senyap sikit.

Yang paling seram, lepas mak aku cakap 'udah-udahlah main guli tu...." terus ada benda berdentum kuat kat atas almari itu.

Bunyi macam ade makhluk yang lompat atas almari itu, lebih kurang la. Mak aku tidak takut sangat sebab bapak aku ade waktu tu.Kalau nak ikut cerita seram kat umah aku ni, memang banyak tapi itu semua cerita lama sahaja.

Aku pun pelik macam mana ada jin balik dalam rumah ini. Aku periksa juga almari itu tadi, tiadalah nak kata ade barang lama apa-apa pun, cuma sekeping gambar lama atuk aku sahaja pusaka lain ade je dalam stor tapi tiada pula stor itu berhantu huhu. Rasanya jin tu datang dari gambar lama itu ke?

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uhuStic 31-10-2014 02:56 PM
rumah family dulu pun kena juga macam ni
tapi dah hilang.. mungkin jin pun dah penat main guli tak ada orang layan
Quote Jagendas 31-10-2014 03:34 PM
aku duk apartment slalu kena mcm ni
masa mula2 masuk rumah lagi la
la ni dah kurang sikit la..
tp rasa takut tu dah takde sbb dah lali
siap jiran sebelah dgn bwh rumah pon kena
yg jiran bwh tu tanye
anak hang tido lambat ka.. pukui 2 pagi pon main guli lagi.
aku gelak je la
Quote nourahfey 31-10-2014 04:33 PM
Jagendas posted on 31-10-2014 03:34 PM
aku duk apartment slalu kena mcm ni
masa mula2 masuk rumah lagi la
la ni dah kurang sikit la..

anto memang suka main guli ke?,,pnh alami dulu,menyirap gak darah
Quote waheedatul 31-10-2014 04:33 PM
same la ..umah ai pon ada bunyik gitu gak..
bkn stakat guli je,bunyi perabut dialih,bunyik ketukan2 di dinding selalu dgr dah.
aku abaikan je even anak aku pon slalu ckp ada ghost kat penjuru pintu nak masuk umah..

bagi aku,selagi ko x kacau aku anak beranak,ko dok lah skali ,xpe fhm je sbb mgkin ada sudut2 tertentu dlm umah aku ni mmg umah ko..

baru smlm kot,aku baring kat ruang tamu smbil main2 dgn anak aku, pastu aku perasan mcm ada bayang kaki dr bawah pintu ( pemahaman ; aku baring dekat dgn pintu nk masuk tu,kan kite bole nmpk dari ruang bawah pintu if ada org di sebalik nye)
aku ingat laki aku balik,mmg time ni rembang2 maghrib..anak sulong aku pon tegur, cakap ada org..tapi dia x ckp pon ayah dia... aku abaikan gak sbb mmg assume laki aku,tapi x masuk2 umah.. kepelikkan di situ.

aku bangun terus bukak pintu n jengah.. da da daaa...sepi kosong xde org,siap aku jenguk ke ruang lift kot la ada org ke..tapi ke hampaan.

nasib la aku ni semangat kental...
klu x,mmg aku angkut anak2 p umah pgasuh..
Quote uori 31-10-2014 05:01 PM
seram2  
Quote d_alighieri 31-10-2014 05:47 PM
Terlanjur baca kisah tt ni, saya pun nak share juga pengalaman saya mengenai bab bunyi-bunyian yang tak tau mana asal-usulnya ni.

Berdasarkan teori rekaan saya sendiri, bunyi-bunyian yang menunjukkan ada unsur kehadiran/penempatan jin ni unik, berlainan ikut tempat, iklim, negara, kepercayaan dll.

Sepanjang 34 tahun hidup ni, saya selalu berpindah-randah banyak tempat, waktu kecil duduk di kampung rumah papan, atap zink, jadi bunyi orang ketuk paku di dinding dan bunyi guli bergulir dari atap zink tu dah biasa sangat terutama masuk waktu maghrib dan tengah malam, memang real.

Pernah duduk rumah flat, bunyi orang menggiling cili pakai penggiling batu dan bunyi orang menumbuk sambal dari atas rumah padahal rumah saya waktu tu paling atas sekali tingkat 16, pelik ke idok? Dan macam biasa bunyi tu akan didengari waktu maghrib dan waktu tengah malam juga!

Form 1 saya duk asrama harian, dapat duk dorm hujung sekali dekat dengan tangga, dengar bunyi kasut baby yang berbunyi bila jalan tu, pret pret pret pret pret tak tau cam mana nak explain harap korang faham jenis kasut ni. Bunyi tu mengelilingi katil saya kongsi dengan kawan, double decker, saya atas dia bawah. Tak tau lah berapa pusingan "dia" duk mengelilingi katil kitorang, tension betul. Sampai member saya goncang katil kitorang marah benda tu, suh tolong berhenti dia nak tidur esok sekolah. Hahaha kelakar pun ada bila ingat balik, tapi time tu dari seram memang jadi tension dibuatnya. Tapi yang kelakarnya lepas kena marah dengan member, elok je "dia" berhenti mengelilingi katil kitorang, yang tak tahannya "dia" sambung main guli pula, bawah katil member saya, jadi atas lantai lah, melantun-lantun ke arah locker/almari besi kitorang. Serius gila! Tapi benda ni pandai pilih orang dia nak kacau, malam ni katil kitorang malam esok katil orang lain pula dia kacau. Biasanya paling kuat terjadi waktu time kitorang nak exam, memang lagi stress!

Naik form 4 saya tukar sekolah asrama lain, dekat kawasan india estate, ladang getah dan ada kuil dekat dengan asrama ni. Kat sini gangguan lain pesen pula, tiap maghrib dan malam ada timing nya, mesti bunyi gelang kaki loceng india duk menari-nari menghentak-hentakkan kaki. Aduhai... sakit hati pun ada. Dan out of nowhere mesti terdengar-dengar bunyi loceng india sembahyang tu, padahal jarak antara hostel dengan tempat tinggal orang memang jauh. No explanation and conclusion.  Habis.

Pernah study di europe, duk student apartment yang ada 3 tingkat, rumah saya tingkat atas sekali. Yang ni lagi real dan best, tak berlaku hari-hari tapi seminggu 2 kali kot, mesti dengar bunyi kuda sedang berlari-lari dari atas rumah. Hamik... reallll bunyi kuda gedeguk gedegak ihiiiikkk sampai ke pagi lah jawabnya kalau dah terdengar tu. Macam tengah berlumba gitu. Setiap kali dengar ni, saya selalu nyanyi "kudaku lari gagah berani"... uhuhu just nak hilangkan keseraman.

tapi pernah dengar ada cerita, kata tanah tempat rumah student tu memang dulu tempat lumba kuda gitu...

Masa pi makan angin di jepun dulu, kat bilik hotel asyik duk terdengar bunyi orang duk ketuk kayu tung tung tung macam buddhist sembahyang tu. Tapi yang peliknya bunyi tu memang jelas dari bilik kitorang. Siapa kan?

Setakat ini yang ingat
Tapi so far dengar macam ni je, kalau kita tension dan suh "derang" stop, biasanya memang "derang" stop.
Quote CrowneGlory 31-10-2014 10:02 PM
Dorg ni mmg suka kat sudut kan... Rumah lama pun ada ..duk kat sudut bilik tido aku.. Ada masa main pelan2 ...ada masa angin dia x betul dibaling2 nya guli tu.. Mcm geram sgt
Quote CrowneGlory 31-10-2014 10:09 PM
d_alighieri posted on 31-10-2014 05:47 PM
Terlanjur baca kisah tt ni, saya pun nak share juga pengalaman saya mengenai bab bunyi-bunyian yang  ...

Yerla even hantu pun ikut pemakaian ugama dan cara dorg... Kalau Pon dan Poc tu mesti Islam sbb gaya kain kapan.. Kalau hantu cina pulak selalunya org jumpa mesti pakai baju cheongsam atau baju2 biasa..mcm gak hantu luar negara..kalau tgk cite ghost adventure zac bagan tu pnh trtgkp dlm video dia hantu tu pakai topi koboi lg..
Quote kucino 31-10-2014 11:38 PM
nk cite sal golek2 gak ah... aku dulu mase study diploma kire first time dok hostel, aku dgn roomate aku same je firsttimer dok hostel. mase tu aku xbape arif sgt sal mistik bistik ni, kire dok hostel mase diploma spjg 3 tahun mmg byk mengajar aku pasal alam angker, patut aku dpt diploma kejuruteraan mistik skali huhuhuhu...

so bulan2 pertama, masih lagi baru dkt sana, baru2 nk kenal jiran bilik sblh kiri kanan depan atas dan bawah. aku dgn roomate aku agak rimas dgn budak bilik atas, sbb slalu sgt beralih kerusi, pas2 suke golek2 mende berat, mcm dumb bell xpn bola boling. alih kerusi tu normal la, die stadi ke ape ke. yg mende berat tu ape ntah, pas2 mesti tgh mlm. kire mate tgh nk shut down lalok2 nk lelap, tbe bergolek2 bunyi die.

bilik aku aras 1, so no die 106, bilik atas aras 2, kire 206 la. kebetulan mase dah kenal ramai org n kawan skelas, kebetulan plak classmate aku dok bilik 206. roomate aku tanye la, korang main dumbbell ke kt bilik? kwn aku ni cakap xde, kenapa? kitorg cite la bilik kau slalu dgr mcm golek dumb bell tgh2 malam. pas2 kwn aku ni ckp la xde, dumb bell xde, apetah lg bola boling, bola jaring, bola sepak dlm bilik tu.

terpinga pinga dgn penafian kwn aku ni, aku dgn roomate buat kesimpulan sendiri mgkn bilik jiran die kot, gemaan dari lantai tingkat atas kedengaran ke bilik aku.
Quote daiman 1-11-2014 09:49 AM
umah aku ni apprmnt atas skali. start mula pindah sampai ari ni hari2 memang dengar bunyi guli, alihkan perabot la,bunyi orang hentak2 kaki, jentik2 almari. dah biasa sangat. penah skali tu pukul 2 pagi aku borak2 ngan hubby dengar bunyi alih2 perabot. aku pun sajela gurau cakap ngan hubby " agaknyala kan orang atas umah kita ni umah dia mesti dah cantek gila sebab hari2 tukar alih perabot ". lepas tu trus stop bunyi tu senyap sepi. esoknya tu bertambah kuat bunyinya.

pasal pasang surah ruqyah. benda tu bukan saja dok alih2 barang n main guli tapi dia tunjuk dirinya skali kat anak2 aku. bila datang perangai dia ganggu anak2 aku jawabnya hari2 aku akan pasang surah ruqyah. penah beberapa kali surah ruqyah tu stop dengan sendirinya. la ni dah 8 tahun aku dok berkongsi house mate dengan makhluk tu.

bila kitorang tak de umah lebih 3 ari bila balik je mesti rasa sesuatu. time tu nak kena pasang ruqyah n mengaji balik..
Quote mamaezah 1-11-2014 01:38 PM
daiman posted on 1-11-2014 09:49 AM
umah aku ni apprmnt atas skali. start mula pindah sampai ari ni hari2 memang dengar bunyi guli, alih ...

Ni lagi hebat jahatnya! Calling@hantukiller yg budiman...bgi pendapat sket.....boleh zass tak si jahat ni,
Quote phiyya 1-11-2014 06:00 PM
Baru pagi tadi kena bunyi bunyian ni kat rumah abah. Bila phiyya perasan dan cuba nak detect bunyi datang dari mana, makin meriah dan rancak bunyi2 guli tu. Lepas subuh baru senyap. Nasib baik bunyi je
Quote elnor_81 2-11-2014 05:59 PM
Zaman aku blaja di u di melaka...

Aku dok asrama yg mne asrama tu jenis apartmen.aku dok atas skali.biasa siang aku ngan member aku klas kul 10pg.ble sume org g kuliah,tgglkan kitorg 2 org.slalu la dgr main seret2 kerusi..main guli kt ruang tamu.smpikan satu hari aku geram..mse bunyi tu,aku bukak pintu bilik,elok je kerusi bersusun.xde bunyi2an.last2,aku bukak je pintu bilik..mmg nampak trus ruang tamu.mmg semenjak tu xde la bunyian.klo ad pun waktu mlm ble semua org tutup pintu bilik.

Nak dijadikan cerita..pd suatu hari..aku g lepak umah member aku.dorg dok tgkt 3.dorg pun ckp.."weh..korg ni bwk lesung batu ke?rajin tul setiap ari tumbuk smbl.". Utk pengetahuan korg,umah aku ad 4 buah kt floor tu.hya 3buah umah je berpenghuni.sblh umah aku tu kosong.pelik gak aku nape dorg kosongkan.

Jd ble kwn aku tya..aku n the gang berpandangan sesama sendri..sbbnya rumah lain pun mne ad lesung batu.aku ni lak laser..trus jwb "weh..xde makna nk bwk lesung batu.mne ad la..." dh pucat member yg tya tu.pastu dia ckp,abis korg dok main guli nape? Ble mse plak la kitorg nak main guli...lps tu kitorg mmg x berckp lg mengenai bunyian tu.

Lps peristiwa kwn aku tya..semenjak tu semakin kerap kena kaco.bygkn kul 1 pg,blh dgr suara bdk2 bergelak ketawa main.mne ad bdk dok situ...last2 risik ngan pok guard.rupanya..pok guard ckp..situ adlah kwsn perkampungan bunian.pok guard tu sendri slalu nampak bdk kecik main bola,ad org berjalan2..ble pggil ilang..
Quote hantukiller 3-11-2014 10:23 AM
mamaezah posted on 1-11-2014 01:38 PM
Ni lagi hebat jahatnya! Calling@hantukiller yg budiman...bgi pendapat sket.....boleh zass tak si j ...

Alah, bunyi guli tu perkara biasa bagi pemilik saka, bukan pasal rumah dsb, sebab bunyi tu dalam telinga sendiri






Kalau bunyi bom ke, bunyi kereta aksident ke, tu barulah kene cari aku
Quote woddy 3-11-2014 12:17 PM
hantukiller posted on 3-11-2014 10:23 AM
Alah, bunyi guli tu perkara biasa bagi pemilik saka, bukan pasal rumah dsb, sebab bunyi tu da ...

@check pm....
Quote Jagendas 3-11-2014 12:32 PM
daiman posted on 1-11-2014 09:49 AM
umah aku ni apprmnt atas skali. start mula pindah sampai ari ni hari2 memang dengar bunyi guli, alih ...

biasa la tu
3 hari keluar .. ade la tetamu..
apetah lagi kalau rumah yg berbulan bulan ditinggal
Quote ajurina 3-11-2014 02:47 PM
rumah saya pun mmg ada dgr mcm2 bunyi. ada sekali tu...tepat pukul 3 pagi, saya dgn husband tgh tgk tv. tiba2 dgr budak berlari laju kt tingkat atas and hempas pintu. Kuat gile dia hempas pintu tu....saya pun pandang husband saya...n husband saya ckp 'percaya dh apa yg saya ckp?'...mmg jadi setiap tepat pukul 3 pagi...hurmmm...
Quote beldandy 3-11-2014 04:45 PM
dulu masa jiran lama masih ada mmg sgt kerap dgn org main kerusi dan bunyi terhantuk2 kat dinding
boleh kata setiap hari
tp lpes dia dh pindah...bunyi2 tu pun xde dah...
Quote makkenits 4-11-2014 08:52 AM
aku plak dah 3 tahun dok share umah aku dgn "free loaders" ni... memula mmg risau sbb aku ada anak2 kecik.. tp skrg dah mcm lali dah.. plus setakat ni xde la dia tunjuk rupa.. cuma bab bunyi tu je yg x ilang2... time main dia - maghrib n tgh mlm.. anak sulung aku dah mcm lali dgn bunyi guli tu.. cuma anak pompuan aku yg nak masuk 3 tahun ni still takut lagi... mcm semalam, bila dgr je bunyi guli kat tingkat atas umah kitorg ni (rumah teres 2 tingkat) time maghrib , terus melalak berlari ke dapur.. pas tu dok ckp "mak, adik takut".. kekwn aku suruh panggil org ubatkan umah tu... tp husband aku kata ok je ni...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056128 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top