CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai

19-11-2014 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 96671| Komen: 464

Description: Semasa Sebutan Kes Itu Dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman Yang Mewakili Plaintif Memaklumkan Bahawa Pihaknya Telah Memfailkan Tiga Keterangan Saksi Plaintif ...
Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai


KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana  saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.

Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.

Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan  tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.





Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 18-11-2014 04:10 PM
tup tup CERAI...........jadik duda hot jugak lh Eizlan
Quote lil_honey 18-11-2014 04:11 PM
due kali jumpa eizlan kat area ikea n the curve bawak anak-anak without shantie..no wonder..
Quote lienaalin 18-11-2014 04:11 PM
Ituler... diam-diam tup-tup nak cerai... Anak2 dia comel2 belaka
Quote sesukaje 18-11-2014 04:11 PM
siannyela hai.. tgk cm bahagia je tp ........
Quote bungarose 18-11-2014 04:12 PM
ohmai kesiannya anak2 diorg yg comel2 itu
Quote kiyudi 18-11-2014 04:12 PM
X D SANGKA2
Quote jarikuku 18-11-2014 04:13 PM
Sayangnya.. Padahal dua2 serasi je.. Apa kan daya .. Tiada jodoh. Last edited by jarikuku on 18-11-2014 04:15 PM

Quote sheetRock 18-11-2014 04:13 PM
da kenapa pulak...da lama aku unfollow bini dia...sebelom nih follow bahagia sungguh hurm
Quote salmeah 18-11-2014 04:13 PM
Aku nak highlight nama real dia boleh
Quote cmf_premierleag 18-11-2014 04:15 PM
Diam2 je pastu nak cerai???
Means dh 2 kali la vie ni cerai
1st marriage rasanya ex hasben dia anak org kaya sabah gak
Quote aiskrimpelangi 18-11-2014 04:16 PM
Vie Santi ni baru 28 ke??????
Quote jlo 18-11-2014 04:17 PM
laaa... ingat kan happy jer..anak2 kemain la lawaa
Quote mesmerize 18-11-2014 04:18 PM
penah beratur sebelah vie shantie kat kedai alter baju kat lower ground IPC tu..dia marah2 n bising2 suruh tukang jahit tu buat baju dia cepat, kalau bole hari tu jugak siap.. tah pape.. sebab biasanya kalau hantar baju atau seluar utk alter kat situ mmg kena tunggu seminggu baru siap.. paling express pun esok baru leh pickup tu pun kena bayar extra
Quote KelisaOren 18-11-2014 04:18 PM
Eh nama sebenar dia idris rupanya
Quote toxicated 18-11-2014 04:18 PM
Duda hot la dato idris..sape la next datin
Quote mijaa 18-11-2014 04:24 PM
sayangnya, nampak bahagia pasangan ni
Quote ladyfree 18-11-2014 04:26 PM
jodoh xpanjang
Quote duniaku85 18-11-2014 04:27 PM
sayangnye..dah la wife dia lawa...
Quote siti_kus 18-11-2014 04:27 PM
leee idris jadi eizlan. jauh btl. sian anak2 kecik2 lg.

Lihat semua komen(464)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.081834 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top