CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mencuri Lembu Akhirnya Di Tembak Tuan Lembu

21-11-2014 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9096| Komen: 47

Description: Seorang Lagi Suspek Di Bahagian Penumpang Telah Menuju Kearah Pemilik Lembu Dengan Sebilah Parang Dan Melibaskan Parangnya Beberapa Kali Ke Arah Pemilik Lembu Terbabit Menyebabkan Dia Melepaskan Sat ...
Pencuri lembu maut ditembak pemilik

Pencuri lembu maut ditembak pemilik

GUA MUSANG: Seorang pencuri lembu  bernasib malang apabila dia maut selepas terkena tembakan rambang dari salah  seorang pemilik lembu yang membuat rondaan di lading kelapa sawit, Sungai Terah,  Gua Musang jam  6.05 pagi tadi.

Mangsa yang ditembak mati dikenali  sebagai Mohd. Khairul Anuar Abd. Ghani berumur 33 tahun dan berasal dari RKT  Kesedar Paloh 2.

Sementara itu, seekor lembu yang telah mati dalam  keadaan kaki terikat dipercayai disuntik bahan pelali turut dijumpai dalam  kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai milik mangsa.

Ketua Polis  Daerah, Superintendan Saifulbahri Abdullah berkata, pada jam 2.00 pagi tadi  pemilik lembu yang juga seorang anggota Rela berusia 48 tahun telah membuat  rondaan bersama penduduk kampung ternampak sebuah kenderaan pacuan empat roda  memasuki kawasan ladang ternakan lembu.

Pada jam 6.05 pagi pula, dia  sekali lagi terserempak dengan suspek di tengah jalan ladang kelapa sawit  tersebut.

Pemilik lembu terbabit telah keluar dari kenderaannya dan  menahan kenderaan suspek menyebabkan pemandu itu membuat pusingan 'U' untuk  melarikan diri.

Anggota Rela terbabit  telah mengejar suspek dan  apabila tiba di satu selekoh kenderaan suspek telah terbabas dan  pemandunya  melarikan  diri ke dalam ladang kelapa sawit.

 Seorang lagi suspek di bahagian penumpang telah menuju kearah pemilik lembu  dengan sebilah parang dan melibaskan parangnya beberapa kali ke arah pemilik  lembu terbabit menyebabkan dia melepaskan satu das tembakan rambang ke arah  suspek.

Tambah Saifulbahri, suspek mempunyai 3 rekod jenayah narkotik  dan dia juga sedang diburu kerana kegiatan mencuri lembu di sekitar Gua  Musang.

Pemilik lembu yang mempunyai lesen menggunakan senapang telah  ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun  Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang  pemilik lembu yang pernah menjadi mangsa kecurian lembu, Raja Azmi Ramli,  berkata kejadian curi lembu yang kerap kali berlaku di ladang ini menyebabkan  penduduk kampung berpakat untuk menyiasat siapa dalangnya.

Mayat suspek  kini ditempatkan di Hospital Gua Musang, manakala rakan suspek berjaya melarikan  diri dan pihak polis sedang giat memburu suspek berkenaan.            


7

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 20-11-2014 11:53 AM
selayaknya,,
Quote asher 20-11-2014 12:04 PM
nk cakap apa lagi..sendirik cari pasal...
Quote Esmiria 20-11-2014 12:08 PM
Lembuku Neb.
Quote amyainsamad 20-11-2014 12:10 PM
pemilik lembu ada kena tindakan apa2 x??
Quote annehuda 20-11-2014 12:11 PM
amyainsamad posted on 20-11-2014 12:10 PM
pemilik lembu ada kena tindakan apa2 x??

ade

Pemilik lembu yang mempunyai lesen menggunakan senapang telah  ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun  Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Quote makneng 20-11-2014 12:14 PM
it wasn't lucky day for the thief but cows ....ahahahaha
Quote leylapple 20-11-2014 12:22 PM
selayaknya ditembak mati sahaja.. pencuri NFC pun selayak ditembak jua...
Quote Badut.Sarkas 20-11-2014 12:25 PM
kot ye pun nak curi lembu, curi la dari orang kaya.. curi lembu kondo ke..
Quote fifie_olin 20-11-2014 12:29 PM
main tembak jek skg...padulik kan..sape soh mencuri...sia2 je mati
Quote jofizo 20-11-2014 12:30 PM
lembu tuh dh mati....??? sblm nih ntah berapa ekor dah dia jual bangkai kat org islam sana...... lapah2 sapa tau.......
Quote ffbeauties 20-11-2014 12:46 PM
Kaya jugak pencuri mampu pakai 4wd hasil mencurik eh
Quote protonpersona 20-11-2014 12:49 PM
Tapi ada orang simpan lembu di kondo x kena tangkap lagi apa cerita deeeyyyy
Quote jengkoil 20-11-2014 01:01 PM
amyainsamad posted on 20-11-2014 12:10 PM
pemilik lembu ada kena tindakan apa2 x??

Dari repot tu..pencuri libas
Quote prettyuglybabe 20-11-2014 01:01 PM
padan muka..

Quote lkick2113 20-11-2014 02:08 PM
kalau kes ni, aku nak tanya la.....salah ke pemilik lembu tu tembak org ni (mempertahankan diri)....or boleh tak kita tembak penjenayah (perompak, pencuri) yg nak pecah rumah kita?????
Quote niceghost2005 20-11-2014 02:54 PM
leylapple posted on 20-11-2014 12:22 PM
selayaknya ditembak mati sahaja.. pencuri NFC pun selayak ditembak jua...

Ishhh.................kejam nya ngko.

Tauke NFC tu ada isteri n anak anak.
Nanti jadi yatim depa plak.

Lagi pung, depa x curi aih.
Depa labur jer $$$ tu.

Business pung x menjadi.
Dah x ada rejeki.

Kan kan kan
Quote Al-Patih 20-11-2014 09:44 PM
oreng kato mati katak...yang ni mati....???
Quote ultra78 20-11-2014 09:48 PM
alhamdulillah...mampus seekor binatang
Quote Risma 20-11-2014 09:50 PM
selayaknye lah...............

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.226879 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top