CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mengejutkan (Ramai Penghidap Sakit Jiwa Di Malaysia)

21-11-2014 03:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10289| Komen: 82

Description: “Dari Segi Mental, Perokok Mempunyai Masalah Kerana Mereka Tidak Boleh Jika Tidak Menghisap Rokok. Ketagihannya Berada Pada Kadar Yang Tinggi Walaupun Sedar Bahawa Rokok Itu Membahayakan Kesihatan.
Mengejutkan Ramai Penghidap Sakit Jiwa Di Malaysia

Gambar hiasan


IPOH 19 Nov. - Golongan perokok disifatkan sebagai berada dalam kalangan kelompok pesakit mental yang perlu diberikan rawatan.

Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Pahang, Prof. Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamed berkata, hal itu kerana golongan perokok mempunyai masalah ketagihan yang sangat tinggi.

Beliau juga menyifatkan bahawa perokok mengalami penyakit ketagihan berpanjangan yang berulang.

“Dari segi mental, perokok mempunyai masalah kerana mereka tidak boleh jika tidak menghisap rokok. Ketagihannya berada pada kadar yang tinggi walaupun sedar bahawa rokok itu membahayakan kesihatan.

"Berdasarkan kajian, golongan perokok juga adalah yang paling ramai mendapatkan khidmat kesihatan, sama ada di hospital kerajaan atau pun swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi bertajuk 'Rokok Pemusnah Ummah' dalam Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2014 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng dekat sini semalam.


Menurut Mohamad Haniki, kajian terbaru menunjukkan terdapat kira-kira 7,000 bahan kimia berbahaya terkandung dalam rokok yang 70 daripadanya merupakan bahan penyebab kanser.
Katanya, enam daripada lapan penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kanser dan strok boleh disebabkan oleh tabiat merokok.

“Selain itu, sebagai seorang Islam, kita juga perlu sedar bahawa hasil kajian pada 2010 menunjukkan penggunaan darah bab1 dalam penghasilan rokok,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia, Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar pula menjelaskan bahawa terdapat beberapa sebab kukuh mengapa rokok difatwakan haram.

“Rokok bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi orang sekeliling termasuk keluarga kita dan Islam mencegah kita melakukan kemudaratan.

“Menghisap rokok juga merupakan pembaziran kerana duit yang kita gunakan bukanlah untuk kebaikan, tetapi kemudaratan. Rokok juga membawa kemudaratan kepada Islam kerana membantu menguatkan musuh kita iaitu Israel,” kata beliau.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabbath_shalom 19-11-2014 11:15 AM
Banyakkan makan buah...mcm buah tembikai dan pisang.
Quote annehuda 19-11-2014 11:16 AM
Oh yg aku tau lelaki hisap rokok ni senang mati pucuk
Quote amiraira 19-11-2014 12:10 PM
bkn semua perokok tegar mcm tu kan ...
Quote ResellerMaxis 19-11-2014 12:12 PM
annehuda posted on 19-11-2014 11:16 AM
Oh yg aku tau lelaki hisap rokok ni senang mati pucuk

amik minyak sudan..ok lah tu..ummah kembali perkasa..
Quote annehuda 19-11-2014 12:15 PM
ResellerMaxis posted on 19-11-2014 12:12 PM
amik minyak sudan..ok lah tu..ummah kembali perkasa..

Dhle bakar duit beli rokok, mati pucuk, pastu habis duit beli minyak sudan.
Quote rospinki 19-11-2014 12:17 PM
sabbath_shalom posted on 19-11-2014 11:15 AM
Banyakkan makan buah...mcm buah tembikai dan pisang.

teringat kat arwah someone..dia selalu pesan kat kengkawan lain makanla nenas selalu utk cuci dada/paru2 perokok..nikotine yg terprangkap dalam paru2 lama lama dapat dibersihkan dgn memakan nenas..cicah garam skit..nak letak asam pun bole..kalau aku tumbuk cili api, buh gula garam kicap..makan ngan nenas..ehh kesitu plak
Quote rospinki 19-11-2014 12:19 PM
bro..berita dh ada , modnge dah bukak de~
Quote FOTHER-MUCKER 19-11-2014 12:20 PM
Mana tak sakit jiwa. Bangsa melayu fikir nak kawin 4 tapi tak mampu. Cina nak bugatti lambo ferarri Bentley tapi tak mampu. Indian nak apa aku tak tau.
Quote Mary_jane 19-11-2014 12:22 PM
Bulan puasa boleh je perokok tegar tahan ketagihan tu. Skt mental sbb stres la kot, harga rokok asik naik
Quote Loxlaxman 19-11-2014 12:28 PM
Aku tengok kat luar tu mana ade orang gila isap rokok ... bodoh punya kajian!
Quote FOTHER-MUCKER 19-11-2014 12:33 PM
Loxlaxman posted on 19-11-2014 12:28 PM
Aku tengok kat luar tu mana ade orang gila isap rokok ... bodoh punya kajian!

Aku rasa yang buat kajian tu sakit jiwa!
Quote Loxlaxman 19-11-2014 12:35 PM
FOTHER-MUCKER posted on 19-11-2014 12:33 PM
Aku rasa yang buat kajian tu sakit jiwa!

Aku rasa si pengkaji tu yang gila bila tuduh orang gila isap rokok .. orang gila mana ada duit nak beli rokok..dia gila...gila mana buleh keje..kalau tak keje camner nak dapat gaji..kalau tak de duit camner nak beli rokok ..


Quote nolya 19-11-2014 01:55 PM
FOTHER-MUCKER posted on 19-11-2014 12:20 PM
Mana tak sakit jiwa. Bangsa melayu fikir nak kawin 4 tapi tak mampu. Cina nak bugatti lambo ferarri  ...

Ya lah kan.  Manusia suka berangan2 kpd yg tak termampu.  Aku pun selalu berangan2 kalau boleh jadi bini vvip, dpt naik jet keluling dunia, dpt shopping kat Dubai, ada rumah bak istana, ada tukang masak best.  Tapi angan2ku taklah sampai nak jadi pesakit jiwa.  Syukur apa yg ada, Alhamdulillah...........
Quote lavasalmon 19-11-2014 02:01 PM
rospinki posted on 19-11-2014 12:17 PM
teringat kat arwah someone..dia selalu pesan kat kengkawan lain makanla nenas selalu utk cuci dada ...

kena sengkuang lagi syiukkkk...







Quote rospinki 19-11-2014 02:05 PM
lavasalmon posted on 19-11-2014 02:01 PM
kena sengkuang lagi syiukkkk...

uiii..sedap ni..memang bagi sejuk, tpi fungsi nanas tu membersih.

nih sengkuang dlm rojak mamak aku punya bekal harini
Quote magnus 19-11-2014 02:10 PM
Gila ke tak gila ke..berentila merokok...tak bagus utk kesihatan diri dan org lain....benci perokok kat tempat awam..bodo...puiiiiiiii
Quote lavasalmon 19-11-2014 02:11 PM
magnus posted on 19-11-2014 02:10 PM
Gila ke tak gila ke..berentila merokok...tak bagus utk kesihatan diri dan org lain....benci perokok  ...

orang citer pasal sengkuang...

lu citer pasal rokok..




Quote magnus 19-11-2014 02:14 PM
lavasalmon posted on 19-11-2014 02:11 PM
orang citer pasal sengkuang...

lu citer pasal rokok..

sengkuang ya?...sedap jugak mkn dgn kuah rojak buah....selalu jugak org buat kosmetik kan..yg disebut sebut likoris tu sengkuang la rasanya...tenyeh kat muka sengkuang ni mesti ai tambah jelita..muahahahaha...
Quote lavasalmon 19-11-2014 02:19 PM
magnus posted on 19-11-2014 02:14 PM
sengkuang ya?...sedap jugak mkn dgn kuah rojak buah....selalu jugak org buat kosmetik kan..yg dise ...

dgn kuah rojak tak best...

dgn kuah merah tambah kacang n gula...

perghhhh....sebijik boleh habis..






Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.210216 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top