CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Airasia Untung Rm26.466 Juta, Airasia X Rugi Rm224.45 Juta

21-11-2014 04:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12751| Komen: 72

Description: Pendapatan Meningkat Tiga Peratus Kepada Rm1.316 Bilion Berbanding Rm1.280 Bilion Yang Dicatat Setahun Lalu, Disokong Oleh Peningkatan 0.5 Peratus Jumlah Penumpang Dan Penambahan Tiga Peratus Hasil Da ...
Airasia Untung Rm26.466 Juta,  Airasia X  Rugi Rm224.45 Juta


KUALA LUMPUR: Untung sebelum cukai AirAsia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 September 2014 meningkat kepada RM26.466 juta berbanding RM25.111 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan meningkat tiga peratus kepada RM1.316 bilion berbanding RM1.280 bilion yang dicatat setahun lalu, disokong oleh peningkatan 0.5 peratus jumlah penumpang dan penambahan tiga peratus hasil dalam unit penumpang, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai prospek, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata bagi pasaran Malaysia, ia mencatat pemulihan dalam asas tambang berbanding tahun sebelumnya, yang mencerminkan disiplin harga dalam pasaran.

Sementara itu, AirAsia X Bhd pula mencatat kerugian lebih tinggi, RM224.45 juta dalam suku ketiga daripada RM18.94 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Syarikat penerbangan jarak jauh itu bagaimanapun mencatat pendapatan lebih tinggi, RM698.76 juta dalam tempoh dikaji berbanding RM601.49 juta dalam tempoh sama 2013. - BERNAMA

2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzeko 20-11-2014 12:29 AM
Betul ke untung ni? Tony Fernandez dah abandoned dia punya Caterham F1 team.. skrg dengar2 citer staff AirAsia pun ada yg dah start tak dapat gaji..
Quote MelahJanda 20-11-2014 12:53 AM
adik kelana pilot air asia x
heol dapat gaji ke dok
Quote Kittie 20-11-2014 01:23 AM
Air Asia X rugi rupanya, patutla harga tiket promo pun dah mahal.
Salu akhirnya pilih MAS wlau dah ala2 ke jahanam nampaknya skrg.
Quote mbhcsf 20-11-2014 01:25 AM
who cares really.
Quote CiliPadiSedap 20-11-2014 01:33 AM
Air asia pramugari xlawa. Naik mas lawa
Quote bluemenx 20-11-2014 01:44 AM
CiliPadiSedap posted on 20-11-2014 01:33 AM
Air asia pramugari xlawa. Naik mas lawa

lawa la





Quote net_level 20-11-2014 01:47 AM
Ekceli apa beza Air Asia dengan Air Asia X?
Quote kelana36 20-11-2014 01:49 AM
Selama ni pun AAX memang kena support by AA..., so nothing new.
so far so good la, tak ada la sampai tak bayar gaji..

Capacity memang reduced since MH370 and MH17, less people travelling but Sept onward sudah ada positive improvement. Harga minyak pun dah turun. Kapalterbang baru so far dah 8 kalau tak silap baru sampai, ini akan dijual balik dan lease back,Thai AAX dan Indonesia AAX yang baru beroperasi dijangka akan bagi positive growth in 2015.

AAX baru masuk tahun ke 7, baru nak berjalan laju.. sebelum berlari kencang.
Quote CiliPadiSedap 20-11-2014 01:54 AM
bluemenx posted on 20-11-2014 01:44 AM
lawa la

Tu thailand mmg lah
Quote Kittie 20-11-2014 01:59 AM
net_level posted on 20-11-2014 01:47 AM
Ekceli apa beza Air Asia dengan Air Asia X?

X utk long-haul. Nagoya, Tokyo, Osaka, Seoul, Busan, Taipei, Xian, Beijing, Hangzhou, Chengdu, Shanghai, Colombo, Kathmandu, Sydney, Melbourne, Perth, Adelaide, Gold Coast, Jeddah.
Quote Kittie 20-11-2014 02:05 AM
kelana36 posted on 20-11-2014 01:49 AM
Selama ni pun AAX memang kena support by AA..., so nothing new.
so far so good la, tak ada la sam ...

Nih betul ke?

"AirAsia X Bhd will freeze domestic capacity expansion and cut flights to Australia next year"
"...reduce the number of flights to Australia, but boost frequencies to North Asia and other regions."

North Asia utk AAX apa? Kawasan2 kat China?
Quote kelana36 20-11-2014 02:21 AM
Kittie posted on 19-11-2014 10:05 PM
Nih betul ke?

"AirAsia X Bhd will freeze domestic capacity expansion and cut flights to Austral ...

Yup, the frequency to Australia will be reduced, tapi tak banyak la.. sebab nak ke destination baru such as Ulan Bator, Sapporo dan Honolulu, planes tak bertambah, kira tak cukup la walaupun few new one will be joining tapi kena supplement kat Thai AAX dan Indon AAX..

Marketing dah kira langkah ni lagi berbaloi so dia orang akan implement la..
Quote mbhcsf 20-11-2014 02:24 AM
kelana36 posted on 20-11-2014 02:21 AM
Yup, the frequency to Australia will be reduced, tapi tak banyak la.. sebab nak ke destination bar ...

why choosing  Mongolia of all the destinations?

Quote kelana36 20-11-2014 02:40 AM
mbhcsf posted on 19-11-2014 10:24 PM
why choosing  Mongolia of all the destinations?

who cares really.

Quote Kittie 20-11-2014 02:41 AM
kelana36 posted on 20-11-2014 02:21 AM
Yup, the frequency to Australia will be reduced, tapi tak banyak la.. sebab nak ke destination bar ...

Sapporo???

Betul nih???

Ramalanku benar belaka!

Leh quote ke board travel tak nih?

Honolulu tuh mmg wise decision sbb org Jepun suka pegi sana.
Quote mbhcsf 20-11-2014 03:44 AM
kelana36 posted on 20-11-2014 02:40 AM

well...i dont think the CEO  can say that , but well it would be cool though  if the current ceo could say this

but yeah who bloody cares really , eh ?

Last edited by mbhcsf on 20-11-2014 05:20 AM

Quote mbhcsf 20-11-2014 05:18 AM
kelana36 posted on 20-11-2014 02:40 AM

by the way ouch ..lupa plak

Quote Al-Patih 20-11-2014 06:13 AM
nanti betui betui in red...keno bail out....
Quote MissNigga 20-11-2014 06:59 AM
kelana36 posted on 20-11-2014 02:40 AM

... terbaek....

ye ye yeeeee... tak sabo nak pi Ulan Bator....
buka ar laluan ke Asia Tengah jugak.. teringin nak pi Kazakh ...

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.096668 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top