CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Paris Hilton Halau Amanda Bynes Pergi Jauh Dari Mejanya?

21-11-2014 05:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5771| Komen: 7

Description: Tiba-Tiba Amanda Telah Datang Ke Meja Paris Dan Duduk Di Situ Dengan Muka Yang Selamba Serta Tidak Tahu Malu. Bengang Dengan Tindakan Amanda, Paris Bukan Saja Terus Naik Hantu Tetapi Terus Menghalau A ...
Paris Hilton Halau Amanda Bynes Pergi Jauh Dari Mejanya?


NEW YORK, 20 NOV 2014: Jangan cuba cari pasal dengan Paris Hilton. Jika tidak, sosialis terkemuka itu mempunyai seribu satu cara untuk mengenakan orang yang tidak disukainya.


Itulah yang berlaku terhadap aktres yang sedang bermasalah iaitu Amanda Bynes. Dalam sebuah kelab hiburan di Los Angeles, Amanda Bynes dilaporkan telah mencetuskan masalah dengan pewaris empayar Hilton itu.

Apa tidaknya, sedang Paris Hilton berseronok dengan kawan-kawannya di kelab hiburan tersebut, datang si Amanda Bynes di kawasan tempat duduk VIP yang memang menjadi 'port' Paris Hilton dan kawan-kawannya.

Tiba-tiba Amanda telah datang ke meja Paris dan duduk di situ dengan muka yang selamba serta tidak tahu malu. Bengang dengan tindakan Amanda, Paris bukan saja terus naik hantu tetapi terus menghalau Amanda pergui jauh dari mejanya.


"Amanda cuba untuk duduk di meja yang diduduki Paris serta kawan Paris iaitu Brandon Davis. Paris dan kawannnya memang tidak happy langsung dengan tindakan Amanda itu.

"Apa lagi, mereka pun bertengkarlah. Macan-macam perkataan yang tidak enak didengar yang keluar. Akhirnya mereka halau dia (Amanda) pergi dari situ.

"Amanda tidak minum (alkohol) dan tidak mabuk. Tapi, sikapnya nampak cukup pelik. Dia kemudian berdiri di tengah-tengah kelab itu bersama rakannya. Memang dia nampak pelik," kata satu sumber memberitahu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote olaoli 27-11-2014 09:37 AM
Amanda byines ni bukan ke mmg ada masalah jiwa sket. Aku suka dia belakon cite she's the man dulu, sayangnye. Wayar putuih
Quote JohnDeSouza 27-11-2014 01:01 PM
apa x kena ngan amanda bynes skang
Quote siti_kus 27-11-2014 03:14 PM
nak berbaik2 kot. sekali kena kalau plk.
Quote Knowlee 27-11-2014 03:27 PM
Tidak minum alkohol, tidak mabuk. Tapi high sebab ambil dadah. Sebab tu la bengong semacam.
Quote Mary_jane 27-11-2014 04:02 PM
Pelakon popular Hollywood Amanda Bynes merempat di pusat beli-belah kerana pokai?



Aktres bermasalah Hollywood, Amanda Bynes baru-baru initelah dihimpit kontroversi terbaru apabila gambarnya tidur di atas sofa disebuah pusat membeli-belah Beverly Centre di Los Angeles, California dirakamoleh paparazi.

Sejurus berita tersebut tersebar meluas di Internet,bintang "Harispray" telah memuat naik status di laman sosial Twittermendakwa dia tidak mempunyai wang untuk menyewa bilik hotel.



"Saya tidak diberi wang untuk menginap di hotel, jaditerpaksa tinggal dengan rakan. Disebabkan tidak cukup tidur, saya tertidur disofa Beverly Centre dan paparazi telah merakam gambar saya," katanya yangdipetik dari Kosmo!

Pada masa sama, Amanda turut menyelar kedua ibu bapanya kerana gagalmemberikannya wang kerana mereka adalah pemegang akaun kewangan Amanda.
"Saya benci ibu dan bapa kerana mereka tidak memberiwang untuk membayar penginapan di hotel. Apa masalah mereka?

"Sekarang, peguam saya sedang berusaha untuk mengeluarkan nama merekasebagai pemegang akaun kerana mereka tidak ada hak untuk mengawal kewangansaya.

"Kehidupan mereka sendiri pun bermasalah dan saya akan tuntut hak ke ataswang saya sendiri."

-baratwood.blogspot

*Selayaknyalah paris hilton boh layan je kt dia.



Last edited by Mary_jane on 27-11-2014 04:04 PM

Quote liyamariska 28-11-2014 09:38 PM
ai rasa Amanda ni dah takde job tu yg sampai jadi camni... kesian lak baca cite dia dihalau oleh Paris...
Quote lalalabukon 30-11-2014 10:54 PM
paris ni gah sebab nama family je. eh kejap. double tree by hilton tu kerabat dia punya gak ke?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060468 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top