CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ameng Spring: Hikmah Dari Penjara

25-11-2014 10:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7065| Komen: 21

Description: "Saya Sendiri Tidak Lari Daripada Sifat Itu Tapi Saya Kena Berani Menghadapi Kenyataan. Jangan Lari Daripada Masalah Kerana Ini Adalah Putaran Hidup Kita. Alhamdulillah, Keluarga Juga Boleh Terima S ...
Ameng Spring: Hikmah Dari Penjara


Bergelar penghuni tirai besi serta berdepan pandangan serong masyarakat terhadapnya langsung tidak mematahkan semangat Wan Aminuddin Wan Ismail, 46, atau Ameng Spring untuk menghasilkan album terbaru berjudul 3 Penjuru.


Menariknya, Ameng juga mencipta sejarah tersendiri apabila album yang memuatkan enam lagu ciptaannya di bawah label Orange Music ini dirakam sepenuhnya di Penjara Kluang dan bakal disenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

"Saya dapat kerjasama penuh daripada Jabatan Penjara yang menyediakan tempat yang sesuai untuk dijadikan studio sementara. Peralatan pula dibawa daripada Kuala Lumpur," katanya ditemui ketika muncul sebagai artis undangan Program Sayembara Genta Puisi 2014 anjuran Jabatan Penjara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Album terbitan Lan Laga ini mengambil masa rakaman selama sebulan. Ia turut diterbitkan dalam bentuk VCD karaoke yang diarahkan Roslan Ramli.


"Lagu-lagu ini ialah Jalan Pulang, Musnah, Inilah Rahsia Dia, Kasih Yang Tersurat, Tirai Keinsafan dan sebuah lagu campuran bahasa Melayu dan Inggeris berjudul We Are For You.

"Saya beruntung kerana Jabatan Penjara memberikan kerjasama yang baik kerana kata mereka ini adalah salah satu daripada aspek pemulihan bersesuaian untuk banduan.

"Lagu yang ditampilkan pula bermesej keinsafan. Saya tak dikenakan syarat tertentu sebaliknya diberikan sokongan penuh untuk
menghasilkan album ini. 

"Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar, Mat Rashid dan Mahathir dari Seksyen Pemulihan dan Rawatan Penjara Kluang serta seluruh kakitangan Penjara Kluang kerana membantu saya mencapai impian ini," katanya.

Jadi pakar motivasi 

Ameng yang popular menerusi lagu Sampai Hati dan Bourgenvilla ini sudah menjalani hukuman penjara tiga tahun daripada tempoh sebenar lapan tahun yang akan tamat pada 14 Julai 2016.

Ameng yang kelihatan semakin berisi berkata, dia kini bertemu kerjaya baru iaitu menyampaikan mesej dari penjara kepada pelawat yang melawat mereka serta menyampaikan ceramah berkenaan bahaya dadah.

"Selain itu saya juga menyampaikan mesej kepada sekolah dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Boleh dikatakan saya sekarang belajar jadi pakar motivasi.

"Saya kerap diundang ke sekolah terutama pada musim cuti sekolah. Apa yang dibuat adalah ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Saya berkongsi pengalaman dilalui dan boleh dikatakan semua yang hadir berpuas hati.

"Dengan status sebagai artis sebelum ini dan pengalaman yang dilalui, senanglah sikit untuk tarik masyarakat mendengar apa yang disampaikan. Saya pernah diundang untuk berkongsi pengalaman dalam sebuah program bual bicara di TV3 tetapi malangnya tak berpeluang kerana ada jemputan lain," katanya yang tetap ramah seperti dulu.

Reda menerima ketentuan Allah terhadapnya, Ameng mengakui mendapat beberapa kelebihan yang sukar diperolehi di luar apabila menjalani pemulihan di dalam penjara.

"Yang pertamanya saya dapat mencipta lagu sendiri dan berjaya menghasilkan lebih 30 lagu setakat ini. Saya ada banyak masa untuk itu. Keduanya saya dapat memperbetulkan semula bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang sudah lama terabai tanpa sebarang gangguan.

"Ketiga insya-Allah apabila keluar dari penjara nanti saya berhasrat nak beralih arah kepada bidang motivasi selain menyanyi. Saya akan ceritakan semua pengalaman awal saya bagaimana boleh terjebak dengan dadah.

"Impian saya apabila dibebaskan ialah nak menghasilkan album nyanyian dan album bacaan al-Quran serta menerbitkan buku pengalaman saya daripada orang biasa sehinggalah bergelar artis dan melalui situasi ini," katanya.

Menurutnya, memang ramai banduan yang tidak berani berdepan khalayak ramai apabila dibebaskan kerana trauma dengan pandangan serong terhadap mereka.

"Saya sendiri tidak lari daripada sifat itu tapi saya kena berani menghadapi kenyataan. Jangan lari daripada masalah kerana ini adalah putaran hidup kita. Alhamdulillah, keluarga juga boleh terima saya kembali kerana ini kesalahan pertama dan jangan mengulanginya lagi.

"Saya juga gembira kerana dibenarkan menyertai pelbagai program anjuran Jabatan Penjara iaitu pertandingan mencipta puisi, tilawah al-Quran, lagu patriotik, lagu dan nasyid serta pernah beberapa kali memenangi pertandingan itu.

"Saya sudah ikuti semua program sejak 2011. Untuk Program Sayembara Genta Puisi 2014 saya tak dibenarkan ambil bahagian kerana ada syarat banduan yang sudah ada album tak dibenarkan bertanding," katanya bergurau.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraRosales 25-11-2014 09:19 AM
rajin ko bkk benang ek esmiria ?
Quote rospinki 25-11-2014 10:09 AM
alhamdulillah..moga baik2 aje
Quote CrowneGlory 25-11-2014 10:13 AM
Bagusla .. Dlm penjara kalau x berubah x tau la.. Dah dpt buat semua tanpa gangguan mcm kat luar ni..
Quote rozza 25-11-2014 10:17 AM
haaa..nampak? dlm penjara ada album.. ko ade?
Quote kenarihitam 25-11-2014 10:18 AM
Alhamdullilah..berubah menjadi makin positif..
Quote DayangKirana 25-11-2014 12:08 PM
Malaysia Book of Record tuh yer?

Album pertama dirakam sepenuhnya di penjara? ohh..lepas ni apa plak? Album duet retis2 yang pernah masuk penjara?
Quote tomet05 25-11-2014 12:26 PM
8 tahun sejak 2011 ke dia masuk ?
Quote enchikfitz 25-11-2014 12:55 PM
Lps ni ramai2 pulak matpit masuk jail produce album. Nak cipta record kekdahnya
Quote pakis_hutan 25-11-2014 02:35 PM
Penjara Idol
Quote carlis 25-11-2014 02:52 PM
pakis_hutan posted on 25-11-2014 02:35 PM
Penjara Idol

Lepas ni ezad exist pulak. Nanti kan.
Quote jamilah 25-11-2014 08:05 PM
Good for him
Quote si_wawa 25-11-2014 08:23 PM
wa kalau komen positif maleh nak baca...pasal memang benda positif
curious nak baca komen negatif aje...
ooo....gitu rupanya komen negatif kalau ada...
ooo..ooo....
Quote tanganbercakap 25-11-2014 10:54 PM
Tak susah nak terjebak benda tak elok ni..yang susah nak kluar n berubah..

cik es giat bergosip skang ye..
Quote tabasco 27-11-2014 02:04 AM
jika ada kesilapanku
maafkanlah diriku oh sayang
dan izinkan aku bertanya
mengapa kau berubah hati?
Quote kenarikelabu 27-11-2014 08:57 AM
Apsal tak tepek gambar sekali? Yg dengan ex-gitaris SyJ tuh, Zam...
Quote tinkiwinki 27-11-2014 09:03 AM
alhomdulillah
Quote 4cupcakes 2-12-2014 04:21 PM
konsepnya? nak launch album kat penjara jugek kah?
Quote julyangel 6-12-2014 12:31 AM
Mesti best album ni....
Quote delia_ni 6-12-2014 09:45 AM
masa buat program IPT di penjara 2 tahun lepas, ameng jadi artis undangan..
berisi dan nampak lebih bersemngat..  
tak sangka masa dia menyanyi tu ada student yg meleleh air mata..
sayu, syahdu gitu la.. tp suara masih menten...
moga2 apa yg dia dpt dan pelajari  sepanjang di penjara memberi 1001 keinsfan dan kesedaran kepada beliau...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.069502 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top