CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Awal Ashaari Jadi Pengacara Mentor

25-11-2014 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9388| Komen: 35

Description: Jelasnya, Pemilihannya Sebagai Pengacara Kali Ini Dibuat Oleh Pihak Stesen Televisyen Tersebut Dan Tiada Istilah Merampas Tugasan Ally Iskandar Yang Mengendalikan Rancangan Itu Selama Enam Musim Sebel ...
Awal Ashaari Jadi Pengacara Mentor 

Awal Ashaari mengacara rancangan realiti Mentor Legend.



PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari memberitahu lega apabila diumum sebagai pengacara rancangan Mentor Legend yang bakal  membuka pentas pada 30 November di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Awal berkata, dia menerima tawaran program realiti tersebut sebelum kontroversi tentang dirinya merajuk apabila tidak dipilih mengendalikan program realiti nyanyianAkademi Fantasia 2014 lalu.

"Saya lega apabila diumum sebagai pengacara Mentor Legend yang mana sekali gus ia menamatkan desas-desus bahawa saya masih merajuk dengan rancangan realiti AF 2014.

"Pihak TV3 tawarkan program ini sebelum anak saya lahir lagi kira-kira Julai Lalu. Ketika kontroversi yang mengatakan saya merajuk itu pun sebenarnya saya sudah terima tawaran ini.

"Tetapi saya tidak boleh beritahu kepada media tentang itu. Jadi sekarang saya lega bila semuanya sudah terjawab bila saya akan mengendalikan rancangan Mentor Legend," ujarnya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Awal berkata, dia gembira apabila tugas sebagai pengacara rancangan tersebut diserahkan sendiri oleh pengacara Mentor lalu iaitu Ally Iskandar.


Jelasnya, pemilihannya sebagai pengacara kali ini dibuat oleh pihak stesen televisyen tersebut dan tiada istilah merampas tugasan Ally Iskandar yang mengendalikan rancangan itu selama enam musim sebelum ini.

"Mula-mula takut juga dikatakan merampas tugas Ally sebab dia sudah jadi pengacara Mentor selama enam musim. Namun bila saya jumpa Ally dia menerimanya dengan hati terbuka," ujarnya.

Rancangan Mentor Legend yang akan menyaksikan enam penyanyi iaitu Dayang Nurfaizah, Ajai, Mas Idayu, Ella, Zainal Abidin dan Amy Search mendidik protege yang telah dipilih dalam satu sesi ujibakat.

Pentas utama Mentor Legend akan bermula pada 30 November ini di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Selain Awal, Zuan Azmi dan Shiha Mentor turut menjadi pengacara bersama dan Jurnal Mentor Legend.
10

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 24-11-2014 11:54 AM
bagus .. komited dan professionl
Quote tomet05 24-11-2014 11:54 AM
bagus .. komited dan professionl
Quote buzzin_urban 24-11-2014 12:02 PM
so rumusannya, memang betul lah dia merajuk tak dapat jadi pengacara AF 2014.... sekian wassalam...
Quote LembingDayanti 24-11-2014 12:05 PM
oh pls la pengacara malaysia tade muka lain ke mmg tak berkembang la
Quote izat123 24-11-2014 12:05 PM
buzzin_urban posted on 24-11-2014 12:02 PM
so rumusannya, memang betul lah dia merajuk tak dapat jadi pengacara AF 2014.... sekian wassalam...

Rumusannya takde isu pun dia merajuk dengan af sebab dia dah accept offer ni before af lagi.
Quote af_mania 24-11-2014 12:07 PM
Kalau x silap mentor musim satu ezlynn & jfk yg hos. Repurter ni x buat homework ka hapa suka siku jah tulis ally buat 6 musim.

Baru tau awal rupenya hos yg merajuk itu
Quote raby87 24-11-2014 12:10 PM
LembingDayanti posted on 24-11-2014 12:05 PM
oh pls la pengacara malaysia tade muka lain ke mmg tak berkembang la

tau xpe..x die...bini die...x bini die,,die...haish...rmai lg yg berbakat tv3 oooi
Quote enchikfitz 24-11-2014 12:18 PM
af_mania posted on 24-11-2014 12:07 PM
Kalau x silap mentor musim satu ezlynn & jfk yg hos. Repurter ni x buat homework ka hapa suka siku j ...

Mentor satu - ezlynn & JFK
Musim kedua - ezlyn & Ashraff Sinclai
Next baru Ally Iskandar pegang..sampai mentor 6, FBI yg pegang..ke aku yg silap?
Quote beta_carotene 24-11-2014 12:32 PM
enchikfitz posted on 24-11-2014 11:18 AM
Mentor satu - ezlynn & JFK
Musim kedua - ezlyn & Ashraff Sinclai
Next baru Ally Iskandar pegang. ...

Ezlynn pernah jadi host rupanya?? Terkesima kejap..
Quote enchikfitz 24-11-2014 12:35 PM
beta_carotene posted on 24-11-2014 12:32 PM
Ezlynn pernah jadi host rupanya?? Terkesima kejap..

pernah jadi fav tv3 jap utk jadi host, dia pernah jadi host bersama Muzik2 dgn Cheryl Samad dulu. Masa tu karier nyanyian dia dah start nak sendu. Jadi dia byk ambil job mengacara dgn tv3. Skrg menghilang terus
Quote pichee 24-11-2014 01:34 PM
chop..perlu ke ckp yg die terima offer ni b4 anak die lahir lg...nper die ckp jz bulan je..xyah mention psl anak tu lahir ble...
Quote supernaturalee 24-11-2014 01:44 PM
xbest la

aku rimas dengar die komen utk episod audition
ponden sangat
Quote supernaturalee 24-11-2014 01:45 PM
enchikfitz posted on 24-11-2014 12:18 PM
Mentor satu - ezlynn & JFK
Musim kedua - ezlyn & Ashraff Sinclai
Next baru Ally Iskandar pegang. ...

yg faizal tahir jd mc tu utk program ape eh?
gangstarz ke ape


Quote setokinpurple 24-11-2014 01:58 PM
Ok jugak dia mengacara..goodluck laa
Quote enchikfitz 24-11-2014 03:11 PM
supernaturalee posted on 24-11-2014 01:45 PM
yg faizal tahir jd mc tu utk program ape eh?
gangstarz ke ape

Betullah tu
Quote doubleA 24-11-2014 03:50 PM
awal dan merajuk umpama isi dengan kuku

olthebest!
Quote sekel 24-11-2014 04:06 PM
boring ngk dia nie mengacara
Quote Blueberri 24-11-2014 04:34 PM
bini mengacara muzik2, suami mengacara mentor...elok sangatlah tuh...
Quote Suchi 24-11-2014 10:39 PM
knp ally dah xjd pengacara mentor

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.096650 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top