CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Yatt Terkilan Ilham Shawl Diciplak

25-11-2014 05:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10124| Komen: 35

Description: "Sudah Banyak Kali Saya Menghubungi Mereka Dan Memberi Amaran Jangan Menggunakan Nama Saya Untuk Melariskan Perniagaan Mereka, Tetapi Mereka Degil. Awal Tahun Ini, Ramai Betul Yang Buat Shawl Pal ...
Yatt Terkilan Ilham Shawl Diciplak


Kecewa dan terkilan apabila ilhamnya menghasilkan shawl corak bendera Palestin- hitam, merah, putih dan hijau ditiru peniaga lain. Namun, Yatt Hamzah tidak berhasrat mahu menyaman sesiapa kerana baginya selagi dia berbuat sesuatu dengan ikhlas kerana Allah SWT, pasti Dia akan membantu dan melindunginya.

Cerita Yatt, idea untuk menghasilkan shawl Palestin tercetus sekembalinya daripada lawatan ke negara itu pada Mac 2013. Bertujuan untuk mencari dana bagi membantu penduduk di negara itu, dia mengilhamkan shawl itu yang sambutannya amat baik sekali. Kali pertama dia keluarkan 70 helai sebagai percubaan dan dalam masa tiga hari habis dijual.

"Sebahagian daripada hasil jualan daripada shawl itu saya masukkan ke dalam Tabung Palestin. Berikutan sambutan yang hebat, saya terus menambah jumlah shawl sehingga ribuan helai. Bukan saja dibeli orang persendirian, malah syarikat korporat turut menjadi pelanggan saya. Selagi ada yang membeli, selagi itulah saya terus menyumbang untuk Tabung Palestin.


"Melihat sambutan yang bagus, ada pula yang meniru idea saya itu dengan menjual pada harga murah dengan kualiti kain yang amat rendah. Lebih berani lagi, ada peniaga 'online' meletakkan gambar dan 'menjual' nama saya untuk melariskan perniagaan mereka.

"Sudah banyak kali saya menghubungi mereka dan memberi amaran   jangan menggunakan nama saya untuk melariskan perniagaan mereka, tetapi mereka degil. Awal tahun ini,

ramai betul yang buat shawl Palestin itu dan saya boleh tahu mereka yang memakainya beli saya punya atau daripada peniaga lain berdasarkan kualiti kain dan jahitan," katanya.

Bukan itu saja, kata Yatt atau pemilik nama sebenar Haryati Hamzah, jubah rekaannya juga ditiru peniaga lain dan lebih mengecewakannya, rakannya sendiri yang meniru dan menjualnya.

"Bersusah payah saya mencari ilham, alih-alih mereka tiru macam itu saja. Saya hubungi terus rakan yang meniru itu dan alasan yang diberi dia tak perasan dan tak sengaja. Ada juga yang mengaku kononnya rekaannya sendiri. Kalau betul pun ilhamnya sendiri, takkanlah 99 peratus sama dengan saya punya," katanya.

Guna Facebook, Instagram Jelas Yatt lagi, biasanya sebelum dia menjual produk tudung atau jubah, dia buat contoh yang digayakannya sendiri dalam Instagram atau Facebook untuk melihat sambutan pengikut dan peminatnya.

"Dari situlah saya boleh tahu mereka suka corak yang mana. Namun selepas rakan yang berniaga jubah ini melihatnya, terus mereka meniru rekaan saya itu. Sebelum saya sendiri sempat membuat dan menjualnya, mereka sudah menjualnya dulu," katanya.

Bagaimanapun, tegas Yatt yang berniaga kerana Allah SWT, walaupun semangatnya hampir luntur, namun dia akan terus memacu perniagaannya dan dia bakal membuka butik
di Seksyen 7, Shah Alam dan Johor Bahru, tahun depan.

"Pelanggan saya bukan saja dari negara ini, tetapi dari Indonesia,Singapura dan Brunei yang mana mereka sentiasa melayari Instagram dan Facebook saya," katanya.

Yatt membuka perniagaan pakaian Muslimah dan shawl di bawah label Suci by Yatt Hamzah lebih setahun lalu yang mana nama perniagaan itu sempena nama anak perempuan tunggalnya, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib, 5.


Buat masa ini, Yatt ada butik di tingkat empat dan tingkat dua di Bangunan Busana @ Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Dalam usahanya untuk melebarkan perniagaanya itu, baru-baru ini Yatt bertemu dan berbincang dengan Senator Shahanim Mohamad Yusoff yang berjanji membantu usahawan artis mendapat dana perniagaan.

"Saya amat berterima kasih apabila beliau sudi bertemu saya untuk mengetahui masalah artis yang berniaga terutama dalam usaha mendapatkan dana. Saya bercadang mengadakan janji temu dengannya pada masa terdekat ini bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.
5

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fizamn 21-11-2014 08:20 AM
sama la perasaan ko yattt dengan tokei fareeda bila tudung fareeda kena ciplak.
Quote ejans 21-11-2014 08:34 AM
Sebelom ke keluarkn tududng tu. Dah banyak aku nmpak org buat jubah,tudyng palestin

Ingt ko glemer ko.leh claim ko nye idea?? Piiraaahhh
Quote tipuware 21-11-2014 08:34 AM
cma confius statment dia.. pasrah tapi mengungkit... menderma tapi ada gak amik keuntungan
Quote Munnalicious 21-11-2014 08:42 AM
Iyele Yatt...
Quote batrishia 21-11-2014 08:46 AM
maleh nk komen.. nextttt!!
Quote j3m4h 21-11-2014 08:59 AM
Yok2 je idea dia 99%..dah dia xnk reg pattern..pastu nk terkilan bagai..sale shawl dia merosot ke sbb ramai dah Copycat?tp seriously yg suka suki gune pic retis wat promo product ni mmg x patot la..konon nk kasi terlajak laris bile ade gambo retis..kalo quality hazab xpasal2 retis  kne hencap..padahal xde kne mengena+dpt komisen pon..
Quote MissMamamia75 21-11-2014 09:20 AM
xper lah Yatt...redho je...ikhlas kan..
xrugi pun...yg penting niat utk beri kesedaran pada umat manusia
tragedi di Palestin tu tercapai..



Quote tomet05 21-11-2014 09:23 AM
kasi report sama la kan
Quote bracebintang 21-11-2014 09:26 AM
hahah agaknye ko jual tudung tu mahal sgt..tu yg ramai cari alternatif lain...iaitu beli kt tempat lain! hahah
Quote blackred99 21-11-2014 09:46 AM
mmg idea dia kot, mmg langsung takde org dlm dunia ni yg terfikir nak buat tudung camtu.
Quote no.20 21-11-2014 10:04 AM
pernah nampak dia kat halal fest dgn siti nordiana & geng2 retis berhijrah kononnya tu....diorg buat show kat situ....eewwww gedik nya geng2 tu....
Quote mamapea 21-11-2014 10:15 AM
jubah2 & tudung yatt mahal sgt...mmg x mampu nk beli..aku beli shawl palestine kt masjid india rm15 jer...kualiti pun ok..
Quote setokinpurple 26-11-2014 12:14 AM
Eklusif tahap mana sampai sng nk ditiru..
Quote olaoliolu 26-11-2014 12:34 AM
Errr cam banyak jee org lain Wat dulu
Sapa ciplak sapa ni. Nak derma derma je lah x pyh la claim mcm2
Quote munchkin 26-11-2014 12:57 AM
Patented ke?
Quote BuBuComey 26-11-2014 01:38 AM
rasanya sebelum dia start jual tudung tu..iols ada ternampak kat timeline fb, ada org juai dah. so maknanya idea ni bukan originally dari dia la..tp yg menjual guna gambo dia tu tp bukan agen dia, sah2 la salah..menipu namanya
Quote ffbeauties 26-11-2014 03:23 AM
Aku anti dengan pencuri idea, ilham, patern dll
Tapi dalam kes ni aku tgk cam mmg banyak je patern warna bendera palestine ni..
Tak silap aidijuma pon ada.
Satu lagi patern tu warna bendera kot... So no wonder la ramai yg buat
Cam bendera britain ramai yg guna untuk buat design t shirt.
Quote cmf_ummi 26-11-2014 03:54 AM
macamlah dia satu-satunya ummah yang design bundera pelesitin
Quote fadzyjemi 26-11-2014 04:54 AM
berangan lebihhh la ko yatt

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.086280 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top