CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Buah-Buahan Yang Termahal Di Dunia

26-11-2014 05:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18665| Komen: 36

Description: Seorang Petani Telah Berjaya Menarik Perhatian Orang Ramai Atas Apa Yang Telah Ia Miliki. Gao Xianzhang Mempunyai Ladang Buah Pear Yang Sangat Unik Danluar Biasa. Bagaimana Tidaknya, Seperti Yang Dila ...
Yubari King Melons






Dianggap buah diraja kerana rasanya yang manis dan sempurna. Buah ini hasil kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari, Jepun. Dari buah kampung, kini tembikai Yubari King diiktiraf di peringkat antarabangsa sehingga pernah dilelong pada harga USD23,000 (RM74,266).

Anggur Ruby Roman



Saiz buahnya yang besar berbanding anggur biasa dan pernah dilelong pada harga USD6,400 (RM20,665) segugus, iaitu kira-kira 25 biji anggur.

Densuke Black Watermelon





Tembikai Dansuke, adalah sejenis tembikai hitam yang hanya tumbuh di pulau utara Jepun, Hokkaido, yang mana diberi sebagai hadiah atas sifat jarang yang luarbiasa. Ia adalah hanya berjumlah 65 biji untuk tuaian pertama setiap musim. Keunikan tembikai ini adalah kerana kulitnya yang berwarna hitam. Buah ini hanya dijual di Hokkaido, Jepun dengan harga USD 6,100 (RM20,342) sebiji.

Mangga Taiyo No Tamago





Sepasang mangga ditanam di selatan Jepun yang dijual dalam acara lelongan USD3,000 (RM9,687). Dianggap “Egg of Sun”, diterbangkan dari Miyazaki jauh di selatan Jepun ke Fukuoka untuk dijual. Layak dipanggil sebagai “Taiyo No Tamago”, berat setiap buah mesti sekurang-kurangnya 350 gram (12 oz) dan mempunyai kandungan gula yang tinggi, menurut Persekutuan Ekonomi Pertanian Miyazaki.

Nenas Alaska

Boleh ke nenas tumbuh di Alaska? Sebenarnya, nenas ini dianggap mahal dan ‘rare’ kerana kos menghasilkannya yang luar biasa. Ia perlu ditanam di bawah timbunan jerami untuk menikmati keenakannya. Harga sebiji ialah USD1,600 (RM5,166).

Square Watermelon





Mungkin tidak semahal Densuke Black Melon namun harga bagi sebiji tembikai petak ini berharga USD212 (RM685). Masih dianggap mahal juga untuk sebiji tembikai!

Strawberi Sembikiya




Saiz buah yang dianggap sempurna bagi setiap dozen dan jarang didapati dijual pada harga USD85 (RM275).

Dekopon Citrus





Dihasilkan secara hibrid antara limau Kiyomi dan Ponkan pada tahun 1972. Buah oren bersaiz besar, sangat manis dan tidak berbiji ini dijual pada harga USD79 (RM255) bagi setengah dozen.


Epal Sekai-ichi





Rasanya manis seperti disaluti madu menjadikan buah epal ini berada di kategori premium dan dijual pada harga USD21 (RM67) sebiji.

Buddha Shape Pear





Seorang petani telah berjaya menarik perhatian orang ramai atas apa yang telah ia miliki. Gao Xianzhang mempunyai ladang buah pear yang sangat unik danluar biasa. Bagaimana tidaknya, seperti yang dilaporkan oleh dailymail, buah pear miliknya mempunyai bentuk yang tidak sama dengan buah pear pada size normal. Bahkan beberapa buah pear ini mempunyai wajah dan bentuk tubuh seperti patung Budha! Hal ini tentu menjadi sebuah berita yang sangat mengejutkan.Buah pear yang menyerupai patung mini Buddha yang dijual pada harga USD9 (RM29) sebiji.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idadzira 25-11-2014 09:34 AM
mangga tu kalau makan sure kena kencing manis
Quote supernaturalee 25-11-2014 09:36 AM
ingatkan buah buahan ape tadi


nyum nyum
Quote chinta89 25-11-2014 09:57 AM
takpe la x beli pun.. mahal bebenor...
Quote xtw 25-11-2014 09:58 AM
mkn buah biasa2 sudah..
nak spent beli buah tu pun pkai minyak, minyak mahaiii
Quote iman_aly 25-11-2014 10:08 AM
sedapnyaaaaaaaa.....
Quote tinkiwinki 25-11-2014 10:59 AM
unik gila square watermelon tu
Quote sapeka 25-11-2014 11:28 AM
wow..semua nampak sangat lazat
nampak manis dan berjus
nyum2
Quote makneng 25-11-2014 01:01 PM
yg bentuk buddha tu
Quote DayangKirana 25-11-2014 02:22 PM
mangga tu looks super delicious..yummy!

~~kalau aku kayaaaa~~
Quote ajuDK 25-11-2014 02:46 PM
Yummylicious
Quote buzzin_urban 25-11-2014 03:08 PM
buah2an kat Jepun ke, Hong Kong ke memang mahal kot....
Quote Ipo 25-11-2014 03:51 PM
perghhhhhh..mahal nya mak ai...

tapi memang terliur la tengok
Quote maja07 25-11-2014 04:14 PM
Banyak dari Jepun jer..
Quote jarikuku 25-11-2014 04:31 PM
nak rasa yg melon tu.. tapi mahaiiii bebenor.. kalaulah aku kayooo
Quote syue86 25-11-2014 06:28 PM
mostly produk jepun
maheinyaaaa
Quote Artemesiaa 25-11-2014 09:19 PM
Buah-buahan kat Jepun semuanya mahal
Quote hanamunir 25-11-2014 10:53 PM
yang anggur tu,
makan sebiji,abis rm 1000..
sedap nye mango tu..
Quote moon2103 26-11-2014 10:43 AM
tima kasih jela...mahe bebeno....
Quote ice98 26-11-2014 01:36 PM
buah pear bentuk patung buddha tu mmg menakjubkan...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.115069 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top