CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umno Sudah Bukan Lagi Harapan Masa Depan Malaysia

27-11-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8053| Komen: 52

Description: Umno Sudah Bukan Lagi Harapan Masa Depan Malaysia, Apabila Khairy Jamaluddin Pun Sudah Bermain Politik Perkauman Dan Agama Bagi Membisukan Suara-Suara Memohon Bantuan Kewangan Dengan Menakut-Nakutkan ...
Umno sudah bukan lagi harapan masa depan Malaysia



Kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 26 November 2014.


Umno sudah bukan lagi harapan masa depan Malaysia, apabila Khairy Jamaluddin pun sudah bermain politik perkauman dan agama bagi membisukan suara-suara memohon bantuan kewangan dengan menakut-nakutkan mereka bahawa kehilangan kedudukan istimewa mereka adalah lebih buruk daripada menjadi miskin.


Umno sudah bukan lagi harapan masa depan Malaysia, apabila Khairy Jamaluddin pun sudah bermain politik perkauman dan agama bagi membisukan suara-suara memohon bantuan kewangan dengan menakut-nakutkan mereka bahawa kehilangan kedudukan istimewa mereka adalah lebih buruk daripada menjadi miskin. Khairy Jamaluddin selama ini dilihat sebagai suara waras di tengah kegilaan kebencian agama dan kaum yang menjadi darah daging Umno.


Bagaimanapun beliau telah nampaknya memilih jalan gelap yang sebelum ini ditelusuri oleh para ekstremis seperti Perkasa dan Ibrahim Ali, apabila beliau menggunakan ucapan dasarnya di Perhimpunan Pemuda Umno untuk menyalahkan orang bukan Melayu kerana mempersoalkan status raja-raja Melayu, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan rasmi Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Tindakan menyalahkan orang bukan Melayu adalah suatu pengkhianatan dan politik jahat oleh Khairy kerana ia ternyata dusta dan berniat jahat untuk menyatakan orang bukan Melayu mempersoalkan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Malah Umno sendiri pernah mempertikai kedudukan dan hak Raja-raja Melayu di awal 90’an. Beliau yang datang daripada parti perkauman seperti Umno yang hanya terbuka kepada Melayu/Bumiputera dan tidak kepada bukan Melayu, Khairy menggelarkan DAP ‘parti cauvinis’ berikutan kejayaan DAP menarik minat dan keahlian anak muda Melayu untuk menyertai DAP. Bukankah kejayaan DAP menarik minat anak muda Melayu suatu isyarat positif bahawa DAP bukanlah cauvinis mahupun perkauman tetapi sebuah parti politik berbilang kaum yang berjuang demi seluruh rakyat Malaysia?


Adakah Khairy sedang membangkitkan momok perkauman lantaran pendedahan terbaru dalam Laporan Pembangunan Manusia 2013 bahawa 53% isi rumah Malaysia tidak memiliki aset kewangan manakala satu dalam setiap tiga warga Malaysia tidak mempunyai sebarang jenis akaun bank? Isi rumah luar bandar mencatat angka tertinggi di kalangan mereka yang tidak mempunyai aset kewangan (63%)  berbanding 45% isi rumah bandar. Mengikut pecahan etnik, sekitar 57% Bumiputera bukan Melayu dan 55% Melayu tidak mempunyai aset kewangan, manakala angka bagi kaum Cina dan India masing-masing 45% dan 44%.


Memetik angka daripada Bancian Pendapatan Isi Rumah, laporan tersebut juga menyatakan bahawa hampir 90% dan 86% isi rumah luar bandar, masing-masing, tidak mempunyai simpanan, sementara majoriti isi rumah pada kadar 88% tidak memperolehi pendapatan daripada simpanan mereka. Data daripada simpanan KWSP setakat 2013 menunjukkan bahawa 90% rakyat Malaysia yang menghampiri usia pencen tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengekalkan gaya hidup asas untuk lebih daripada takat lima tahun.


Simpanan rendah KWSP adalah akibat daripada hakikat bahawa majoriti rakyat Malaysia mendapat gaji rendah. Agihan gaji bulanan daripada KWSP menunjukkan bahawa pada 2013, satu per-tiga atau 2.1 juta ahli aktif memperolehi kurang daripada RM1,000, sementara lebih kurang tiga suku (76.8%) memperolehi kurang daripada RM3,000 dan sekitar 90% digaji kurang daripada RM5,000 sebulan.


Kenapa Khairy tidak berucap mengenai laporan ini yang ditaja oleh Jabatan Perdana Menteri, yang memberi kesan langsung kepada masa depan ekonomi rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda termasuk Melayu dan Bumiputera? Jelas sekali beliau telah mengambil jalan mudah dengan menggunakan sentimen perkauman, kerana beliau tidak mempunyai sebarang jawapan dan juga sedar bahawa Umno bukanlah sebahagian daripada penyelesaian kepada masalah ini, malah sebenarnya Umno lah masalahnya.

8

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 26-11-2014 06:18 PM
Apa kata perwakilan Umno?
Quote GuaAnakMelaka 26-11-2014 06:48 PM
bagus..

jom undi partai Zahar Jirus menjimak video seks .....

Quote Johnyblaze87 26-11-2014 06:53 PM
Yawn. Mengantuk. Perhimpunan Umno xde lain, pum pang pum pang racist sana sini.
Cina pendatang, anwar liwat, bumiputera etc, umno kalah melayu jadi singapore, blah3.

Benda ni pun nk wat perhimpunan.
Quote bangcak 26-11-2014 07:03 PM
Macam piring hitam dok putar kisah dari perhimpunan lepas.

Bumiputra tgh terhimpit beban gst, hutang ptptn, dorang buat buta je.
Quote berun 27-11-2014 09:35 AM
GuaAnakMelaka posted on 26-11-2014 10:48 AM
bagus..

jom undi partai Zahar Jirus menjimak video seks .....

aku ada tengok video ini, gila dasyat wei
Quote bambimo 27-11-2014 09:39 AM
semua dok pertahan konon umno mngekalkn hak keistimewaan org melayu...
tiada makba hak istimewa jika rumah mampu tengok, ekonomi semua dkuasai org bkn melayu..
Quote kenarikelabu 27-11-2014 10:06 AM
Makcik Syukur tahun ni tak pegi perhimpunan Umnok ke?
Quote Simunggu 27-11-2014 10:14 AM
dah memang kenyataan DAP parti cauvinis ...perkauman...memainkan api perkauman...
Quote din_atos 27-11-2014 10:17 AM
bangcak posted on 26-11-2014 07:03 PM
Macam piring hitam dok putar kisah dari perhimpunan lepas.

Bumiputra tgh terhimpit beban gst, hut ...

Kaum cina mmg camtu. Diorg hanya pk kepentingan bangsa sndiri shj. Kita shj beri muka dr berzaman. Bila la nk ada pemimpin yg tegas. Busan da idup mcm ni
Quote slapler 27-11-2014 10:32 AM
din_atos posted on 27-11-2014 10:17 AM
Kaum cina mmg camtu. Diorg hanya pk kepentingan bangsa sndiri shj. Kita shj beri muka dr berzaman. ...

bumi ini hak siapa!!!
bumi ini milik melayo....


Quote creep_bite 27-11-2014 10:37 AM
nama asal tanah melayu...tp tuan punya tanah byk yg bukan melayu....terus berjuang umno...
Quote CiliPadiSedap 27-11-2014 10:37 AM
GuaAnakMelaka posted on 26-11-2014 06:48 PM
bagus..

jom undi partai Zahar Jirus menjimak video seks .....

Kau pun pengemis bodoh duk belajar ilmu dengan puan ainon. Bukan forumer lain tak tahu sejarah kau. Kasihan sadis
Quote bangcak 27-11-2014 02:11 PM
creep_bite posted on 27-11-2014 10:37 AM
nama asal tanah melayu...tp tuan punya tanah byk yg bukan melayu....terus berjuang umno...

agenda utama perhimpunan
1. tukar nama jalan
2. bagi anak2 motor buat merempit (skim kenderaan pertamaku)

agenda wanita umngok
“I umur 60, you umur 60 mari kita challenge siapa lagi kuat. Tak payah pakai gamat atau minyak pelincir”  
Quote zach2008 27-11-2014 02:31 PM
Kat Malaysia  ni pelik sikit.
Kalau DAP, PAS, PKR (pembangkang) buat perhimpunan agung Umno/BN lak yg lbh2 nak komen.
Begitu jugak sebaliknya. Dia org ni macam marah2 sayang.

Kalau betul Umno bukan harapan, sepatutnya LGE tak payah sibuk2 nak kata apa2. Biar je la. Kan baik utk PR. Ni dok komen mcm tu, umno akan tau kesilapan dia org dan punya masa utk betulkan.

Ataupun nak main politik persepsi seperti kebiasaan...   
Quote GuaAnakMelaka 27-11-2014 03:22 PM
CiliPadiSedap posted on 27-11-2014 10:37 AM
Kau pun pengemis bodoh duk belajar ilmu dengan puan ainon. Bukan forumer lain tak tahu sejarah kau ...

nick Adambilonaire dah mampus?

nick ni bila nk mampus ?

xda keje ke buat byk2 multinik ?

aku nak belajar dgn sape,hak aku.bukan hak mak ko .....

x ingin aku belajr dgn pelacur ....



Quote CiliPadiSedap 27-11-2014 03:33 PM
GuaAnakMelaka posted on 27-11-2014 03:22 PM
nick Adambilonaire dah mampus?

nick ni bila nk mampus ?

Kasihan badigol umno xpandai niaga. Pandai kutuk2 dlm cari forum lepas tu hipokrit. Pengemis ilmu. Kasihan.. Nasib baiklah puan ainon terima kau.
Quote GuaAnakMelaka 27-11-2014 05:39 PM
CiliPadiSedap posted on 27-11-2014 03:33 PM
Kasihan badigol umno xpandai niaga. Pandai kutuk2 dlm cari forum lepas tu hipokrit. Pengemis ilmu. ...

Pn Ainon tu bagus..byk ILMU..bukan cam mak ko.....

mak ko tu pelacur ke smpi anak bangang sgt?



Quote Mary_jane 27-11-2014 05:50 PM
Ketuanan melayu lgk? Baik tuan!
Quote CiliPadiSedap 27-11-2014 07:38 PM
GuaAnakMelaka posted on 27-11-2014 05:39 PM
Pn Ainon tu bagus..byk ILMU..bukan cam mak ko.....

mak ko tu pelacur ke smpi anak bangang sgt?
...

Dh print screen hantar kt group ainon . habislah kau. Busuk punya orang. Kuat mencarut. Kasihan macai umno

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.118429 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top