CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bagaimana dapatkan kentut nyah bau

1-12-2014 02:42 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2920| Komen: 0|Location: Sumber

Description: Meskipun kentut merupakan reaksi semulajadi tubuh, tapi kentut yang terlalu kerap dan berbau tentunya membuat sesorang akan berasa malu.

Oleh Fyruz


Meskipun kentut merupakan reaksi semulajadi tubuh, tapi kentut yang terlalu kerap dan berbau tentunya membuat sesorang akan berasa malu. Agar kentut boleh normal dan tak berbau busuk ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Apa pun jua... Menurut American College of Gastroenterology, rata-rata kentut 10 hingga 20 kali sehari masih dianggap normal yang tak kentut pastinya tidak normal. Dalam frekuensi normal, kentut merupakan perkara yang sihat kerana menandakan sistem pencernaan khususnya gerakan peristaltik usus hingga anus berjalan dengan normal.


Selain membuat ketidakselesaan sosial, kentut yang berbau busuk boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di perut. Perubahan pola makan dan gaya hidup dapat membantu mengurangkan jumlah gas dalam tubuh. Dilaporkan Livestrong, Berikut adalah beberapa cara mengatasi agar kentut tak berbau busuk:


1. Minum Teh Herba
Minum teh herba selepas makan dapat mencegah terbentuknya gas di usus. Breastcancer.org mengesyorkan teh chamomile atau peppermint, yang dapat membantu tubuh anda mencernamakanan dengan betul sehingga mencegah kentut berbau. Teh hijau juga boleh membantu.

2. Hadkan makanan yang mencetuskan gas di perut
Terlalu banyak makan makanan yang tinggi serat seperti kacang-kacangan dan ubi-ubi boleh mencetuskan gas di perut. Hadkan sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, kecambahdan kembang kol bila anda sedang mengalami perut kembung. Alkohol dan minuman bersoda juga boleh membuat anda lebih sering kentut dan berbau. Tidak kurang jika anda pengamal ulam-ulaman seperti petai, jering dan sebagainya perkara pasti bila memakan makan tersebut kadar kentut berbau agak tinggi juga

3. Perhatikan pengambilan produk susu
Perhatikan apakah gas dalam perut anda meningkat ketika mengambil produk susu seperti susu, keju dan yogurt, kerana boleh jadi anda tidak toleran terhadap laktosa, yang boleh membuat anda lebih sering kentut dengan bau yang busuk.

4. Tetap aktiviti sukan
Menurut MayoClinic.com teratur melakuan aktiviti sukan boleh membantu meringankan chronic intestinal gas (kentut yang berlebihan) yang menyebabkan kentut berbau busuk. Pilih latihan yang ringan seperti berjalan kaki dan senaman ringkas, yang dapat membantu sistem pencernaan yang sihat sehingga tidak menghasilkan gas yang berlebihan.

5. Tukar kebiasaan makan
Tukar kebiasaan makan anda untuk membantu tubuh mencerna makanan dengan betul dan mengurangkan udara yang masuk ke perut semasa makan. Kunyahlah makanan dengan perlahan,mulut tertutup, tidak dengan gigitan besar dan tidak bicara semasa mengambil makanan. Jangan gunakan sedutan semasa minum dan elakkan gula-gula getah untuk mencegah lebih banyak udara masuk ke perut.

5

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061282 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top