CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
CARI Malay Forums Main Gosip View content

Trend percutian bersama selebriti

3-6-2013 10:19 AM|Author: ahkiluz|Views: 4291| Comments: 48

Summary: Dah lama perasan, travel agency sekarang ni mmg suka buat tour sekali ngan selebriti... Antara yang iols perasan: Iqram Dinzly - tour ke Korea tahun lepas Dr Sheikh Muszaphar Shukor - cruis . ...

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Dah lama perasan, travel agency sekarang ni mmg suka buat tour sekali ngan selebriti...

Antara yang iols perasan:

Iqram Dinzly - tour ke Korea tahun lepas


Dr Sheikh Muszaphar Shukor - cruise ke Phuket (tahun lepas juga)



Didie Alias - jom melancong bersama didie alias (various destinations - Korea, Istanbul, HK etc.)



yang tahun ni:

Izzue Islam - tour ke HK


Hazama - ke Bali




Gossipnya... nak tanya sikit, best ke bercuti bersama selebriti? Harga pakej tour tu still sama ke dgn pakej tanpa selebriti? Sape yg pernah join, boleh share... sape yg rajin, tambah lagi info tour2 bersama selebriti ni.




View Comment Views: 4291   Comments: 48 Click To Reply

Share to:

Previous : JoZan dah tak relevan jadi pengacara rajalawak?

Next       : Anak Andy (Flop Poppy) Bercinta Dengan Wanita 13 Tahun Lebih Tua

Comment

Latest Comments

Quote lina21 31-5-2013 12:39 PM
ish, iqram ni melaram semacam
Quote ahkiluz 31-5-2013 12:44 PM
Sheikh Muszaphar lagi:

Artikel Utusan 8/3/2013
Jejak Baitulmaqdis dengan angkasawan
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
Gambar NASIRRUDDIN YAZID dan FAKHARUDDIN ABU HASSAN



Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (duduk) menandatangani plak pada Majlis Jejak Sejarah Islam di Baitulmaqdis sambil diperhatikan oleh Pengarah Urusan Gotz Travel & Tours Sdn. Bhd., Syed Salim Syed Ahmad (tiga dari kanan) di Restoran Rawsha, Jalan Kampung Pandan baru-baru ini.


MAHA suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Isra: 1)

Firman Allah SWT itu sebenarnya untuk menjelaskan Masjid Aqsa yang menjadi saksi terhadap peristiwa Israk Mikraj dengan diceritakan kisah perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk menuju ke langit lalu bertemu Allah SWT.

Selain menjadi saksi kebenaran tersebut, Masjid Aqsa merupakan tempat suci ketiga bagi umat Islam selepas Masjid Haram dan Masjid Madinah.

Hal demikian berdasarkan sebuah hadis bermaksud: "Solat di Masjid Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat manakala solat di masjidku (Masjid Madinah) adalah sama dengan solat 1,000 kali dan solat di Baitulmaqdis adalah sama dengan 500 kali solat."

Bagi memperoleh keberkatan Masjid Aqsa, sebuah pengembaraan eksklusif Jejak Sejarah Islam Baitulmaqdis bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukur akan diadakan selama 10 hari bermula pada 29 April sehingga 8 Mei ini.

Pakej eksklusif itu diadakan dengan kerjasama Gotz Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Angkasawan Communications akan membawa 32 orang peminat bersama-sama angkasawan pertama negara itu melawat tempat bersejarah dan ketamadunan Islam yang antara lain bertujuan mengajak masyarakat mengenali lebih dekat tempat suci tersebut sambil beribadat.

Menurut Sheikh Muszaphar, pengembaraan selama 10 hari itu bermula perjalanan ke Amman, Jordan dan lalu dibawa ke Baitulmaqdis.

Ujar beliau, Baitulmaqdis merupakan kemuncak pengembaraan jejak sejarah tersebut.

Kata beliau, di samping berpeluang melawat tempat-tempat menarik sekitar Amman, Jordan kemudiannya Baitulmaqdis, para peminat yang mengikuti lawatan itu bebas melakukan amal ibadah di Masjid Aqsa tanpa sebarang sekatan.

"Oleh demikian saya mengajak para peminat dan orang ramai untuk menyertai pengembaraan ini dan ini merupakan program bercuti bersama peminat untuk kali kedua selepas diadakan pada tahun lalu.

"Jadikan Jejak Sejarah Islam Baitulmaqdis sebagai langkah untuk mengenali lebih dekat lagi tempat suci umat Islam sambil beribadat yang akhirnya mendapat ganjaran pahala besar daripada Allah," kata beliau pada sidang akhbar Jejak Sejarah Islam Baitulmaqdis bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukur di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Sheikh Muszaphar, pengembaraan demikian merupakan peluang jarang-jarang didapati kerana bukan mudah menuju ke Baitulmaqdis kerana ia merupakan bumi Palestin yang menjadi rebutan Israel.

Bagaimanapun, ujar beliau perancangan teliti dan rapi telah dibuat oleh Gotz Travel & Tours Sdn. Bhd. bagi memastikan percutian itu berjalan lancar.

Orang ramai berminat untuk merebut peluang pahala 500 solat di Masjid Aqsa, boleh menghubungi wakil agen Gotz Travel & Tours Sdn. Bhd. menerusi nombor talian 03-7727 0585, 03-7727 8564 dan 012-301 9935 atau e-mel mygotz@yahoo.com.sg.

Pakej eksklusif itu berharga RM7,230 (dewasa) dan RM6,790 (kanak-kanak) iaitu untuk bayaran penerbangan Royal Jordan Airlines, penginapan, serta makan dan minum.

Lawatan itu juga mendapat sokongan daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Restoran al-Rawsha, Empire Furniture Classic dan Kekabu House of Wedding.



[youtube]BAwLaifnnMQ[/youtube]
Quote lotionmilo 31-5-2013 12:48 PM
tak berminat aku.sebab diorang pergi free.lols
Quote leylapple 31-5-2013 01:06 PM
ai baru dapat catalogue dari sair travel nie...melancong bersama issue...buat per nak melanong dgn dia nie??dahla pakej mahal bebenor...

baik lagi arrange sendiri without retis nie...
Quote miawpink 31-5-2013 01:08 PM
leylapple posted on 31-5-2013 01:06 PM
ai baru dapat catalogue dari sair travel nie...melancong bersama issue...buat per nak melanong dgn d ...

lg mahal pakej ngan artis ye?


Quote leylapple 31-5-2013 01:09 PM
miawpink posted on 31-5-2013 01:08 PM
lg mahal pakej ngan artis ye?

ha'ah..sebab kene cover sekali dgn retis tu kekdahnya....
Quote jarikuku 31-5-2013 01:10 PM
perlu ke nak holiday bersama retizz????
Quote miawpink 31-5-2013 01:11 PM
leylapple posted on 31-5-2013 01:09 PM
ha'ah..sebab kene cover sekali dgn retis tu kekdahnya....

kira artis tu travel guna duit kita la ea?
ngat kn artis kaya sangat
Quote leylapple 31-5-2013 01:17 PM
miawpink posted on 31-5-2013 01:11 PM
kira artis tu travel guna duit kita la ea?
ngat kn artis kaya sangat

bukan setakat kira utk travel dia..upah dia bersama kita pun kita kene cover lagi...cas kepada travel agency lagi...

kalo retis tu kaya, takder dia nak buat mcm nie...bagik dia yang taja kita bercuti bersama dia!

btw, mmg tak berbaloi lah bercuti bersama retis suam2 kuku...unless kalo org tu berkepentingan ker...cth : pegi mengerjakan umrah bersama ustaz harun din...maybe ramai yang nak kut

kalo macam nie, only die hard fan jer yang nak...
Quote miawpink 31-5-2013 01:19 PM
leylapple posted on 31-5-2013 01:17 PM
bukan setakat kira utk travel dia..upah dia bersama kita pun kita kene cover lagi...cas kepada tra ...

tq atas pencerahan
x berbaloi travel ngan artis ni
Quote leylapple 31-5-2013 01:23 PM
miawpink posted on 31-5-2013 01:19 PM
tq atas pencerahan
x berbaloi travel ngan artis ni

maybe utk kita nie yang bukan jenis kejar retis mmg lah rasa tak berbaloi...

bayangkan kalo diorang lantik ct nurhaliza...mestilah die hard fan ct berlumba2 nak beli package nie...-->dikira marketing strategy = untung syarikat!
Quote miawpink 31-5-2013 01:26 PM
leylapple posted on 31-5-2013 01:23 PM
maybe utk kita nie yang bukan jenis kejar retis mmg lah rasa tak berbaloi...

bayangkan kalo dio ...

betul juga tu
peminat kipas susah mati je yg rasa berbaloi tuk g travel ngan artis ni
Quote bbalik 31-5-2013 01:41 PM
apa fungsi retis tu semasa travel?
Quote jerukkedondong 31-5-2013 02:06 PM
holiday package bersama normiang xde ke..
dia kn suka yg  free saja...
Quote zafira 31-5-2013 02:41 PM
jerukkedondong posted on 31-5-2013 02:06 PM
holiday package bersama normiang xde ke..
dia kn suka yg  free saja...

hahaha... aku suka statement ni....
Quote jerukkedondong 31-5-2013 02:44 PM
zafira posted on 31-5-2013 02:41 PM
hahaha... aku suka statement ni....

ala tomey tomey..
kalau ada uols nk join tak...


Quote mycute 31-5-2013 02:52 PM
leylapple posted on 31-5-2013 01:09 PM
ha'ah..sebab kene cover sekali dgn retis tu kekdahnya....


mcm kna byr utk artis sekali ek.

Quote harquahala 31-5-2013 02:53 PM
mahalnya pakej melancong ke hong kong dgn izzue tu..aku pegi HK tak sampai 2k pon utk 6 hari jugak...2k tu dah termasuk hasil shopping aku...giler mahal sampai 2 kali ganda harganya..tak berbaloi lansung
Quote ahkiluz 31-5-2013 04:20 PM
leylapple posted on 31-5-2013 01:17 PM
bukan setakat kira utk travel dia..upah dia bersama kita pun kita kene cover lagi...cas kepada tra ...

oh camtu ek? kiranya retis2 ni bekerja la eh pi travel tu.... wah! boleh pi cuti pastu duit masyuk... untung la travel agency... ada je kipas susah mati yg sanggup berhabis

All Comments(48)

For more features and services, register now to become a member of CARI!

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 25-4-2014 07:50 AM , Processed in 0.209647 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top