CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anak Andy (Flop Poppy) Bercinta Dengan Wanita 13 Tahun Lebih Tua

3-6-2013 03:17 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 28880| Komen: 124

Description: PETALING JAYA: Anak kepada penyanyi Andy (Flop Poppy) iaitu Dan Azreen mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pereka fesyen yang 13 tahun lebih tua daripadanya sejak tujuh bulan lal ...
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Daniel mengakui lebih selesa berkawan dengan wanita yang lebih berusia.

PETALING JAYA:
Anak kepada penyanyi Andy (Flop Poppy) iaitu Dan Azreen mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pereka fesyen yang 13 tahun lebih tua daripadanya sejak tujuh bulan lalu.

Dan atau nama sebenarnya Megat Daniel Azreen, 21, berkata, perbezaan usianya dengan Asimareen, 34, itu tidak menjadi penghalang untuk dia memilih wanita berkenaan sebagai kekasih dan seterusnya bergelar isteri jika ada jodoh.

"Keluarga dan kenalan rapat saya tahu yang saya memang tidak sukakan wanita yang bersikap kebudak-budakan. Saya lebih selesa berkawan dengan wanita yang lebih dewasa.

"Usia bukan penghalang kepada cinta kami kerana paling penting kami selesa dan memahami antara satu sama lain," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.


Dan dan Asimareen telah menjalinkan hubungan cinta sejak tujuh bulan lalu.

Dan yang juga vokalis kumpulan Loka mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan wanita berkenaan berikutan banyak koleksi gambar mereka dimuat naik ke laman sosial Facebook dan Instagram milik mereka.

Dalam pada itu, Dan berkata, dia tidak kisah dengan tanggapan masyarakat mengenai hubungan itu kerana apa yang penting bapanya serta ahli keluarga yang lain tidak mengalang hubungan berkenaan.

Malah katanya, hubungan mereka juga saling melengkapi antara satu sama lain.

"Paling penting hubungan kami mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan orang boleh berkata apa sahaja yang mereka suka," katanya.

Dan turut memberitahu mengenali Asimareen menerusi kenalan kepada ibunya pada tahun lalu.


Andy merestui hubungan anaknya itu.

Pada mulanya keluarga tidak mengetahui tentang hubungan tersebut tetapi ia dapat dihidu oleh ibunya yang juga kenalan kepada Asimareen.

"Keluarga saya sangat menyokong dan selesa dengan kehadiran Asimareen sebagai kekasih saya malah kami sering keluar bersama-sama jika ada masa terluang," ujarnya yang berharap hubungan itu akan berkekalan dengan sebuah perkahwinan.

Dalam perkembangan lain, Dan berkata, kumpulan Loka telah muncul dengan single berjudul Jangan Pergi dan mereka baharu sahaja selesai merakamkan muzik video lagu berkenaan.

"Asimareen turut terlibat sebagai model dalam muzik video berkenaan dan saya juga ada mencipta sebuah lagu berjudul Demi Kita khas buatnya dan berhasrat untuk mengeluarkan lagu itu sebagai single," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukulangau 3-6-2013 03:13 PM
ok jangan lagi 5-6 tahun bila minah ko dah 40 ko gilakan budak 18 tahun lak
Quote ellZack 3-6-2013 03:14 PM
how old is andy flop poppy and his wife btw?
Quote khailya 3-6-2013 03:16 PM
itu ke gf die?
nampak mcm sebaye jer...cunnnn..
Quote wookiehoney 3-6-2013 03:17 PM
kelihatan beza dalam 5-6 tahun aje
Quote miawpink 3-6-2013 03:18 PM
Quote miawpink 3-6-2013 03:20 PM
Quote miawpink 3-6-2013 03:20 PM
Quote miawpink 3-6-2013 03:20 PM


Quote miawpink 3-6-2013 03:21 PM
Quote cantleyi 3-6-2013 03:23 PM
bapaknye umo brape ni??
Quote atreyu05 3-6-2013 03:24 PM
gambo mekapless nmpk mcm sebaya
bila gambo mekap mmg nmpk tua nya
Quote achik2009 3-6-2013 03:26 PM
miawpink posted on 3-6-2013 03:21 PM

TQ @miawpink
Quote ayu_midori 3-6-2013 03:26 PM
Nmpk sebaya jah..tp betollah gambo bermekap tuh nmpk tua sikit...
Quote khailya 3-6-2013 03:26 PM
gambo yg pakai baju pink tu nampak gak la yg die berusia..hehehehe
Quote miawpink 3-6-2013 03:29 PM
achik2009 posted on 3-6-2013 03:26 PM
TQ @miawpink

same same
Quote bottombikini 3-6-2013 03:30 PM
budak ni masa masuk idola kecil pakai rayban manjang.. mak ai nampak hensem. pas kena tegur juri dia perform tak pakai spek langsung ai jadi tak kagum dah..
Quote flarengirl 3-6-2013 03:31 PM
uu suweeettttttttttttttttttt!
Quote jaketbiru 3-6-2013 03:31 PM
Bapaknya open-minded, bertindik bagai, tak kesahla anak bujangnya nak buat apa pun...
Quote achik2009 3-6-2013 03:31 PM
ellZack posted on 3-6-2013 03:14 PM
how old is andy flop poppy and his wife btw?

rasa2nya umur dorg dlm 40's kot?....both kawin masa remaja lagi....andy masa kawin umo dia 20 thn...isteri dia baru 19 thn masa tu....

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.077112 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top