CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

[AKAN DATANG] AUTUMN DIHATI KU ~ HANEZ SURAYA & KIM JIN SUNG - 20 JUN 2013

3-6-2013 03:40 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 38266| Komen: 72

Description: Media Prima akan bakal menayangkan sebuah drama romantik komedi yang bertajuk AUTUMN DIHATIKU. Dengar tajuknya tentu saja akan mengingatkan peminat kpop dengan drama tahun 2000 iaitu Autumn In My Hear ...



Media Prima akan bakal menayangkan sebuah drama romantik komedi yang bertajuk AUTUMN DIHATIKU. Dengar tajuknya tentu saja akan mengingatkan peminat kpop dengan drama tahun 2000 iaitu Autumn In My Heart tapi jangan tersalah sangka semua ianya tiada berkait langsung. Semua pengambaran drama dijalankan di Malaysia. Mari kita baca sinopsisnya oke..

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis manis dan happy go luck bernama Nina (lakonan Hanez Suraya) yang berkerja di kedai roti. Akibat landakan Hallyu Wave Korea yang melanda Malaysia, Nina juga tidak ketinggalan, dia adalah seorang peminat K-pop yang fanatik. Kehidupannya segala-galanya mesti bersangkut paut dengan Kpop dari pakaian sampailah sanggup belajar bahasa Korea. Bersama dengan Jaja (Ezzaty Abdullah) adalah kawan paling karib dia adalah juga peminat drama Korea, dan tentu saja bila bertemu cuma bergosip dan bercerita hanya tentang drama Korea apa yg terbaru dan apa yang berlaku dalam drama tersebut.

Nah...satu hari seorang pemuda Korea singgah dikedai roti tempat Nina berkerja. Jatuh cinta pandang pertama itu yang terjadi pada Nina ketika melihat Park Au Tum (Kim Jin Sung) yang  tentu saja menepati segala citarasa impian Nina.  Autumn (nick yang diberi Nina) datang ke Malaysia untuk urusan perniagaan kurang fasih berbahasa english manakala Nina pula seorang yang pemalu dengan lelaki.

Zidick (Aiman Hakim) adalah merupakan rakan sekerja Nina yang fasih berbahasa Korea kerana dia pernah tinggal di Korea, kini menjadi guru bahasa Korea Nina kerana Nina memaksanya mengajar bahasa Korea semata-mata ingin mendekati dan menarik perhatian Autumn. Zidick pula memang menyukai Nina sudah sekian lama tanpa disedari oleh Nina.

Nina dan Jaja pula selalu menghadapi masalah dengan Kai (Anas Ridzuan) anak tuan rumah yang disewa oleh Nina dan Jaja. Satu hari Kai  mempermainkan untuk tujuan memalukan mereka berdua memberitahu mereka telah memenangi pakej percutian ke Korea. Kai sebenarnya dalam dalam diam menaruh hati pada Jaja.

Apakah berlaku kepada mereka? Dapatkah Nina memikat Autumn? Apakah Park Autumn tahu bahawa seorang gadis Malaysia telah jatuh cinta kepadanya? Bagaimana pula helah Zai tentang pakej melancong ke Korea itu? Apakah Nina menyedari yang Zidick mencintai dia secara diam? Dapatkah Zai menarik hati Jaja yang membenci dia atas segala perkara yang menyakitkan hati dilakukan Zai kepada Jaja dan Nina?

Semuanya akan terjawab nanti bila drama ini akan disiarkan hanya melalui www.tonton.com.my pada pertengahan bulan Jun ini dengan membawakan sebanyak 20 episode.

gambar diatas kredit diberikan kepada Hanez Suraya.
dan untuk mengikuti segala perkembangan drama yang sedang didalam pengambaran ini melalui

Instagram mereka

@hanezsuraya
@js_lucete
#autumndihatiku


5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isabel 1-6-2013 08:32 AM
reserved untuk details pelakon Autumn DiHatiKu



KIM JIN Sung (sebagai Park Au Tum)

Serba sedikit berkenan dengan latarbelakang beliau.

Berasal dari Korea dan beliau adalah seorang model sepenuh masa di Korea dan banyak berlakon dalam iklan terbitan Korea. Penglibatan pertamanya didalam drama adalah melalui drama IRIS pada tahun 2009 sebagai pelakon tambahan. Dan ini Autumn Di Hatiku adalah drama pertamanya diluar Korea dan sebagai watak utama.
Last edited by isabel on 1-6-2013 08:49 AM

Quote isabel 1-6-2013 08:32 AM
save for more details
Quote rukiaichigo 1-6-2013 09:04 AM
Park Au Tum... mcmaner la ejaan in hangul ek. gigih dok godek2 hangul keyboard mcmaner nk type nama namja tu... mcm nama org thailand pun ada!! LOL
Quote midori_katana 1-6-2013 10:39 AM
Bestnyer... malang tul aku tak bleh daftar tonton sampai skrg... harap2 ada la yg upload citer ni kat mana2....
Quote tiewa 1-6-2013 11:41 AM
aiman hakim? korea? tonton.my? hmmmm...
Quote tiewa 1-6-2013 11:46 AM
patutlah nampak ni dlm ig aiman..



Quote pakweneelofa 1-6-2013 12:48 PM
autumn in my heart ni bukan tahun 2002 ke..apa plak 2007?
Quote isabel 1-6-2013 01:08 PM
pakweneelofa posted on 1-6-2013 12:48 PM
autumn in my heart ni bukan tahun 2002 ke..apa plak 2007?

makasih kerna tlg ingatkan..
bel dah betulkan ianya pada tahun 2000

Quote AdamBillionaire 1-6-2013 01:25 PM
gila seyh semua nak di koreankan. haram jadah... tak lama lg semua nak di banglasiakan
Quote mrsrezza 1-6-2013 02:32 PM
ala asal tyg kat tonron??
Quote Putri_Icha 1-6-2013 02:45 PM
tajuk dah lebih kurang sama ngan citer autunm in my heart...tp jalan citer tak sama...macam best tp knpa harus tayang kat tonton? hmmmmm
Quote suffiya.aziera 1-6-2013 08:11 PM
tiewa posted on 1-6-2013 11:46 AM
patutlah nampak ni dlm ig aiman..

eman bakon? jd cikgu bahasa korea? ptt la tgk rambut eman skrg ni ala-ala kpop jah
Quote shiraloveyou 1-6-2013 08:40 PM
apesal buruk sgt nama park au tum
Quote shiraloveyou 1-6-2013 08:41 PM
x bestnye la klau tayang kt tonton je..mmg x tgk la aku
Quote dauswq 2-6-2013 12:54 AM
motif haney suraya?
Quote honeynuyun 2-6-2013 08:35 AM
shiraloveyou posted on 1-6-2013 08:41 PM
x bestnye la klau tayang kt tonton je..mmg x tgk la aku

wlaupu peminat tegar citer korea.tp klau tgk kt tonton.memng taklah kan..knp xmasuk astro ke..
Quote mycute 2-6-2013 03:14 PM
shiraloveyou posted on 1-6-2013 08:40 PM
apesal buruk sgt nama park au tum

kan...
letak musim bunga pun ok...

bg la pelakon wanita yg muda belia yg gila kpop ni...
mcm x kena je hanez...
Quote tiewa 2-6-2013 05:42 PM
owh eman, anda nampak sgt berisi sekarang!





credit : IG hanez Last edited by tiewa on 2-6-2013 05:43 PM

Quote tiewa 2-6-2013 05:50 PM
giler kpop sgt!




IG hanez




Last edited by tiewa on 2-6-2013 05:51 PM

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.290438 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top