CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Azri Iskandar Sukar Terima Hakikat Sudah Tua

9-12-2014 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8130| Komen: 9

Description: Kualiti Lakonannya Tidak Pernah Mengecewakan Penonton. Berilah Apa Sahaja Watak Kepadanya, Pasti Digalas Sebaik Mungkin.
Azri Iskandar Sukar Terima Hakikat Sudah Tua


Kredibiliti Azri Iskandar, 46, sebagai aktor tidak perlu dipertikaikan sama ada di kaca televisyen, layar perak dan juga pentas teater.
Kualiti lakonannya tidak pernah mengecewakan penonton. Berilah apa sahaja watak kepadanya, pasti digalas sebaik mungkin.

Bertemu dengannya di sesi latihan teater Takhta 3 Ratu di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini, Azri menegaskan beliau bukanlah pelakon popular justeru cukup segan apabila ditemu bual pihak media.


Bukan itu sahaja, Azri yang merupakan suami kepada aktres dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty juga sempat berkongsi rasa yang beliau pernah berada dalam fasa yang paling kritikal sebagai pelakon pada usia awal 40-an.

Katanya waktu itu, beliau sukar menerima hakikat bahawa usianya sudah semakin lanjut dan beliau bukan lagi tumpuan penerbit serta pengarah untuk watak utama. Bergelut dengan emosi dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, Azri bersyukur memiliki Ellie Suriaty sebagai isteri kerana wanita itu banyak membantunya dalam fasa peralihan usia tersebut.

KOSMO! : Apa khabar Azri? Bagaimanakah dengan perjalanan kerjaya anda sekarang?
Azri: Alhamdulillah, walaupun tidak terlalu sibuk, saya masih mempunyai rezeki dalam bidang seni. Selain berlakon drama dan teater, saya juga sedang sibuk dengan syarikat produksi sendiri yang dibuka bersama isteri iaitu Timang Tinggi Prictures.

Sejak kebelakangan ini nampaknya kerjaya lakonan anda semakin perlahan?
Ya, saya mengaku perkara itu. Sejujurnya, saya tidak memilih tetapi mungkin faktor usia menyebabkan tawaran itu semakin kurang. Dalam usia 46 tahun, tidak mungkin saya akan memegang watak hero lagi kerana sekarang ramai pelakon baharu yang berbakat. Walaupun perlahan, saya bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki.
Adakah anda sukar terima hakikat yang anda kini sudah berusia?

Jujurnya, ya. Waktu peralihan usia pada awal 40-an saya sukar terima hakikat yang saya sudah tua. Pelbagai emosi bermain dalam diri ketika itu, kecewa kerana tawaran lakonan kurang dan rasa tidak percaya bahawa zaman saya sudah habis menyebabkan saya lebih banyak duduk di rumah sahaja. Alhamdulillah, saya berkahwin dengan wanita bernama Ellie Suriaty, selain berlakon, dia mempunyai pelbagai kemahiran seperti mengarah dan menulis skrip. Dia sangat membantu dan membimbing saya bukan sahaja dalam lakonan tetapi juga dalam kehidupan. Sekarang pada usia 46 tahun, saya sudah dapat terima hakikat yang saya sudah tua (ketawa).

Anda mengatakan Ellie merupakan guru dan kekuatan anda untuk bertahan dalam dunia lakonan. Adakah anda perlu mendapat kebenaran daripada Ellie terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran lakonan?
Tidaklah begitu. Dia memang guru dan kekuatan saya tetapi saya juga mempunyai fikiran tentang hala tuju kerjaya sendiri. Rasanya sebagai suami isteri tidak salah berbincang sebelum menerima sebarang tawaran lakonan. Seperti dalam teater Taktha 3 Ratu, Ellie merupakan guru lakonan saya, tanpa dia, saya tidak punyai kekuatan untuk membawa watak Sultan Mansur Syah.
Bagaimanakah pengalaman anda sepanjang terlibat dalam latihan teater Takhta 3 Ratu?

Sebenarnya sudah enam tahun saya tidak berlakon teater. Gugup dan gementar itu ada, ditambah dengan barisan pelakon yang hebat. Saya bukan bimbang pelakon lain lebih popular tetapi saya bimbang adakah saya mampu membawa watak sultan itu dengan baik. Saya sedar harapan tinggi penonton dalam setiap teater arahan Erma Fatima, jadi saya mahu beri yang terbaik.
Apakah perbezaan watak Sultan Mansur Syah dalam telefilem Takhta 3 Ratu yang akan ditayangkan di Astro First pada 25 Disember depan dengan teater Takhta 3 Ratu yang akan dipentaskan pada 13 hingga 22 Disember ini di Istana Budaya?

Wataknya sama sahaja cuma dalam teater jiwa saya lebih besar kerana cara lakonan untuk televisyen dan teater sangat berbeza. Selain itu, watak sultan dalam teater lebih beremosi. Sebenarnya watak ini sangat sukar untuk saya, seorang sultan yang dikelilingi tiga orang ratu. Saya dan barisan pelakon lain memberi yang terbaik dan saya harap penonton hadir untuk memberi sokongan kepada kami semua.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reenr 12-12-2014 10:32 AM
takkan lah makin muda kan?
Quote sepitsiput 13-12-2014 10:08 PM
Dia start berlakon pun bukan masa muda remaja... dlm late 20s baru blakon. Sblm tu modelling je
Quote Gospodinkvic 17-12-2014 11:05 AM
muka memang ganas....
Quote nakkomenjugak 19-12-2014 12:43 PM
tua2 pun masih meletopss paras wajahnya..  
Quote bibirmerah 20-12-2014 11:20 PM
Wah sultan mansur syah.minat lakonan dia
Quote anno_miss 21-12-2014 09:56 AM
Azri n Elli saling support each other..
Quote bibirmerah 23-12-2014 12:14 PM
Suka tengok mereka berdua
Quote adekhairz 29-12-2014 01:04 PM
Pelakod Gred A..
Quote fadbulous 3-3-2015 09:45 AM
Muka ensem tp nmpk selekeh..busok...n grooming pun teruk! Do something with your image la bro...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.069188 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top