CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Norman Hakim Berasa Marah Tidak Ke Gim

12-12-2014 10:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13988| Komen: 21

Description: Tambah Norman, Isterinya Pelakon Memey Suhaiza Memahami Situasi Itu Dan Sentiasa Memberi Sokongan Terhadap Apa Sahaja Yang Dilakukannya.
Norman akui tidak pernah gagal ke gim

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim memberitahu dia tidak pernah gagal walaupun sehari untuk melakukan senaman di gim bagi mengekalkan bentuk badan sasa.


Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 38, berkata, dia menjadikan perkara tersebut sebagai rutin harian yang diamalkan sejak lima tahun lalu.

"Dulu saya pergi gim untuk buang sifat negatif dan bina otot, namun semakin lama saya jadi ketagih sehingga menjadi rutin harian saya.

"Kalau terlalu sibuk sekalipun saya akan curi masa untuk buat 'kardio' asalkan dapat mengeluarkan peluh," ujarnya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Norman mengakui emosinya boleh terganggu dan perasaan mudah marah apabila tidak dapat bersenam di gim.

Tambah Norman, isterinya pelakon Memey Suhaiza memahami situasi itu dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja yang dilakukannya.

"Saya punya ketagih untuk ke gim boleh diibaratkan kalau ada orang bayar supaya saya tidak bersenam sekalipun... saya tolak.

"Susah nak cakap perasaannya, kalau saya tidak pergi saya rasa mudah berasa marah," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang lakonan, Norman kini lebih mengutamakan watak ringan berbanding watak yang terlalu mencabar dan antagonis.

Katanya, pada usia sebegini dia lebih selesa membawa watak sebagai seorang bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

"Akhir-akhir ini saya ambil watak yang ringan dan mudah sahaja kerana tidak perlu terlalu menjiwainya.

"Watak-watak yang saya ambil selalunya memang ada kena mengena dengan saya dan mudah untuk dilakonkan," katanya.

Norman bakal keluar dengan drama 3 Campur 2 yang akan bersiaran bermula 13 Disember ini, setiap Sabtu, pukul 11 pagi di Astro Ceria,  Prima dan Maya HD.




Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 12-12-2014 10:31 AM
kalo leh ke gim setiap hari, leh tak ke masjid setiap hari? LOLOLOL!

camni rupanya rasa jd ostaz ostajah porem.
Quote enchikfitz 12-12-2014 10:36 AM
blackred99 posted on 12-12-2014 10:31 AM
kalo leh ke gim setiap hari, leh tak ke masjid setiap hari? LOLOLOL!

camni rupanya rasa jd ostaz  ...

sentipppppppp
Quote cik_tonggek 12-12-2014 10:45 AM
lazatnye body heolssssss
Quote qqOfficial 12-12-2014 11:05 AM
meols igt lagi dulu2 masa dia ni mula2 masuk industri seni...selalu beranggapan norman ni rogayah hamzah...  heheee...and bila dia kawin ngan arbaayah ...semua kata nak cover line...  
Quote putehkundor 12-12-2014 11:16 AM
qqOfficial posted on 12-12-2014 11:05 AM
meols igt lagi dulu2 masa dia ni mula2 masuk industri seni...selalu beranggapan norman ni rogayah ha ...

Mak teh pernah taste kat beliau dahulu...
Tgk pic dia bergandingan dgn azie...tahun 96.
Masa tu beliau baharu 20 tahun....anak hekan Sgt...
Quote sepitsiput 12-12-2014 11:21 AM
putehkundor posted on 12-12-2014 11:16 AM
Mak teh pernah taste kat beliau dahulu...
Tgk pic dia bergandingan dgn azie...tahun 96.
Masa tu  ...

apa pendapat kak teh mengenai isu ruqayyah hamzah yang kian berleluasa kini?
Quote qqOfficial 12-12-2014 11:27 AM
putehkundor posted on 12-12-2014 11:16 AM
Mak teh pernah taste kat beliau dahulu...
Tgk pic dia bergandingan dgn azie...tahun 96.
Masa tu  ...



Nahh utk mak teh @putehkundor ... heheeee...
Last edited by qqOfficial on 12-12-2014 11:29 AM

Quote putehkundor 12-12-2014 11:41 AM
sepitsiput posted on 12-12-2014 11:21 AM
apa pendapat kak teh mengenai isu ruqayyah hamzah yang kian berleluasa kini?

Bersempena hari jum'at yg molia....mak teh nasihat agar depa bertobat seblom terlambat....

Kalau tak boleh melawan hawa nafsu....talipon mak teh untuk khidmat nasihat....
Quote suterabiru123 12-12-2014 11:42 AM
blackred99 posted on 12-12-2014 10:31 AM
kalo leh ke gim setiap hari, leh tak ke masjid setiap hari? LOLOLOL!

camni rupanya rasa jd ostaz  ...

Hahaha ada bakat dah..kihkih
Quote putehkundor 12-12-2014 11:43 AM
qqOfficial posted on 12-12-2014 11:27 AM
Nahh utk mak teh @putehkundor ... heheeee...

Heshe top 3 hero remaja kan....
Time tu yg menang rasanya ESMA Daniel....
Esma Daniel masa muda Dulu merembes...skrg dah hauk.
Quote adekhairz 12-12-2014 12:09 PM
Ayoo..kalo tak g masjid rasa apa plak ye..
Quote zuraidah1 12-12-2014 12:10 PM
aku nmpak dia kt jusco wngsa maju...bdn ketul2 sasa
Quote xanderz 12-12-2014 12:16 PM
putehkundor posted on 12-12-2014 11:43 AM
Heshe top 3 hero remaja kan....
Time tu yg menang rasanya ESMA Daniel....
Esma Daniel masa muda  ...

bukan heols lain batch ker dengan esma daniel?



Quote user2012 12-12-2014 12:27 PM
cik_tonggek posted on 12-12-2014 10:45 AM
lazatnye body heolssssss

Hamboii down girl
Quote sepitsiput 12-12-2014 01:16 PM
xanderz posted on 12-12-2014 12:16 PM
bukan heols lain batch ker dengan esma daniel?

lain... norman hakim batch2 sblm ashrraf sinclair
Antara nama-nama selebriti & pemenang yang pernah dilahirkan melalui pertandingan ini ialah Azhar Sulaiman (tempat ketiga 1990/91), Badrul Muhayat (naib juara 1990/91), Esma Daniel (juara 1990/91), Norman Hakim (juara 1993/94) ,Eizlan Yusof, Zed Zaidi (juara 1997/98),Zawen Anwar (juara 2004/05), Wan Shahlim , Kamal Adli (juara 2007/08), Wan Hafizol Wan Omar (naib Juara 2007/08), Yeo Keong Lee (tempat ketiga 2007/08), Muhammad Idris Abdul Ghafar(Hero Cool/Hero Macho 2007/08), Khairul Amilin Abdullah Sukor(Hero Favourite Pacmee 2007/08), Abdul Fattah Mohd Amin (juara 2011/12), Mohd Syafiq Syamim Abdul Razak (naib Juara 2011/12) & Shahrul Ridzwan Hashim (tempat ketiga 2011/12).


meols google ini hasilnya



Quote cik_tonggek 12-12-2014 02:19 PM
more pic plis for rembes2an
Quote tomet05 14-12-2014 09:36 PM
wau .. tak m issed eh
Quote Dark_Vampire 15-12-2014 01:22 PM
blackred99: kalo leh ke gim setiap hari, leh tak ke masjid setiap hari? LOLOLOL!camni rupanya rasa jd ostaz ostajah porem.


terbakorrrrrrrrrr nanti wehhhhhhhhh
Quote Gospodinkvic 17-12-2014 11:28 AM
"emosinya boleh terganggu dan perasaan mudah marah apabila tidak dapat bersenam di gim"
perghh...macam tengah menagih dadah plak ni boleh tukar2 emosi

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.074772 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top