CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Johan Nafi Cemburu Zizan Sertai Virus Di Mlm 2014

16-12-2014 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11698| Komen: 54

Description: Johan Ketika Dihubungi Astro Gempak Memberitahu, Jozan Tidak Pernah Berpecah Dan Tidak Pernah Berasa Cemburu Terhadap Zizan Apabila Sahabatnya Itu Bergabung Dengan Yus Dan Tauke Menjadi ‘Virus’ Dala ...
Johan Nafi Cemburu Zizan Sertai Virus Di MLM 2014

Umum mengetahui Johan tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) tetapi pasangannya  dari kumpulan Jozan, Zizan, bakal bersama Yus dan Tauke membentuk sebuah pasukan baru menggunakan nama ‘Virus’ .

Sehubungan itu ramai tertanya-tanya mengapa pelawak dan penyampai radio ERA fm itu tidak bersama Jozan dalam MLM kali ini.

Peminat kumpulan Jozan terutamanya, sangat kecewa apabila mengetahui pelawak kesayangan mereka itu tidak bersaing dengan pelawak lain di MLM2014.

Sehingga timbul spekulasi yang mendakwa Jozan sudah berpecah, termasuk Johan cemburukan Zizan bersama Virus.

Johan ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu, Jozan tidak pernah berpecah dan tidak pernah berasa cemburu terhadap Zizan apabila sahabatnya itu bergabung dengan Yus dan Tauke menjadi ‘Virus’ dalam MLM 2014.

“Tidak menyertai MLM kali ini bukan bermakna Jozan berpecah, kami masih bersama jika Jozan diperlukan.

“Mengenai rasa cemburu apabila Zizan bersama Yus dan Tauke, perasaan itu tidak pernah wujud malah saya akan menyokong sahabat saya itu,” katanya yang baru sahaja dinobatkan juara Super Spontan 2014.

Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, berkata ada dia ada alasan tersendiri mengapa tidak menyertai pertandingan realiti lawak itu pada tahun ini.

“Saya buat keputusan tak masuk MLM sebab mengambil kira faktor kesihatan dan komitmen kepada kerja dan keluarga.

“Julai lalu saya ada membuat pembedahan pada ligamen lutut dan memang doktor ada menasihatkan supaya saya tidak banyak bergerak. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan Super Spontan musim kali ini,” kata Johan.





Bagaimanapun tambah Johan, dia akan tetap menjadi penonton setia dan memberi sokongan penuh kepada rakan-rakan di pentas MLM 2014.

MLM 2014 akan mula menemui peminat lawak negara November nanti dan masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Datuk AC Mizal.

Selain kumpulan Virus, peserta lain yang menyertai MLM 2014 ialah Sepahtu, Shiro, SYJ, Nabil dan ramai lagi.

Oleh itu, jangan lupa nantikan MLM 2014 yang bakal bersiaran pada setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 15-12-2014 05:35 PM
ai tak rasa johan spisis mcm tuhh
Quote Parit.Hilton 15-12-2014 05:37 PM
apehal nak jeles pulak.

johan ada kelas tersendiri la jika nak dibanding zizan.
Quote enchikfitz 15-12-2014 05:43 PM
Masa MLM dh nak Mula, Johan x habis lg Super Spontan. Lg pun, dia br menang SS tu. Mst dia nk rehat. Haish
Quote sepitsiput 15-12-2014 05:43 PM
Johan bukan jenis retis kaki pulun job... dia buat satu2... skrg dia konsentret jd dj radio... klu x harus heols byk blakon film or menyanyi bagai.

Lg satu..perlu ke nk masuk MLM ulang2 nnt org jemu.. hancur career. MLM bukan level heols dah.
Quote matahari7001 15-12-2014 05:48 PM
Parit.Hilton posted on 15-12-2014 05:37 PM
apehal nak jeles pulak.

johan ada kelas tersendiri la jika nak dibanding zizan.

i agree!! in fact i lagi suker johan..zizan lelame mcm poyo jek haha

Quote ahmad_dhani91 15-12-2014 06:12 PM
iols boleh hadam masa zizan dalam raja lawak je k, masuk maharaja lawak dengan johan terus rasa macam heols ni overated. tak habis2 dengan dance goyang telur heols tew
Quote amiraira 15-12-2014 06:15 PM
ya ke??

leh percaya ke ??
Quote kodokemas 15-12-2014 06:22 PM
hate zizan
Quote cikSepiT 15-12-2014 07:00 PM
Ni cite bile ni
Bukan ozlyn dah beranak ke
Quote maxim 15-12-2014 07:22 PM
cikSepiT posted on 15-12-2014 07:00 PM
Ni cite bile ni
Bukan ozlyn dah beranak ke

artikel 2 bulan lepas. ape ntah motip si berun baru dok bukak thread ni

btw,

paio = berun
Quote atapnipah 15-12-2014 07:47 PM
ceh... zizan join jambu x berfungsi pun..!

syukurrr johan x masuk MLM dgn zizan..

iolls lebih suka dengar johan di Era jah
Quote cikSepiT 15-12-2014 07:49 PM
maxim posted on 15-12-2014 07:22 PM
artikel 2 bulan lepas. ape ntah motip si berun baru dok bukak thread ni

btw,

Haha

Jadi ape status jantina berun skg??
Quote Suchi 15-12-2014 08:09 PM
iols suke johan tp kurang gemor ngn cara bini dia post kt ig.
Quote datinamanda 15-12-2014 08:18 PM
Koserr sangat Johan nak jeles. Padahal orang lagi suka Johan. Silap Johan dah kawin jah. Zizan lepas kawin dengan Emma nanti tenggelam lah tu
Quote setokinpurple 15-12-2014 08:28 PM
Jozan hidup sebab johan. Tanpa zizan pon johan boleh berlawak... Xpelah simpan dulu ye johan. Baru nmpk ekslusif gitew
Quote bambimo 15-12-2014 08:30 PM
xpyh nk cemburu lah...
virus bkn nye best sgt pon...
Quote bambimbom 15-12-2014 08:40 PM
Setuju... johan tau cara2 nak jage exclusive dia.. lgpn baby girl dah ade kt umah, thrill sikit nk jage kan.. sblom ni sume laki je..

layan dia pagi2 je dah bile ubat rindu iols kt dia.. takat virus tu.. ceh ape ade hal.. baik aku layan zero masuk air tu lg best..
Quote cemolot 15-12-2014 09:17 PM
baguslah...lama2 nanti tepu... zizan tu tak sedar ke lawak dia tepu?
Quote nemo0309 15-12-2014 09:31 PM
ok la johan pokus kat kerja sekarang + famili. lawak zizan & virus x menjadi langsung. tu pun dpt pujian melambung.. heran betoi

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.220242 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top