CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Pesta Mayat Kanak-Kanak

17-12-2014 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8211| Komen: 14

Description: Di Dalam Sebuah Bilik Pula, Dapat Dilihat Wajah Mayat Kanak-Kanak Perempuan, Dibalut Dengan Kain Kuning Air Cerah Dan Dapat Didengar Pada Rakaman Video Tersebut Menyatakan Patung Ini Diperbuat Daripad ...
Ahli Sejarawan Anjur Pesta Untuk 29 Mayat Kanak-Kanak





Moscow - Seorang Ahli Sejarawan menggali 150 kubur untuk mengambil mayat supaya dia boleh memakaikan mayat-mayat tersebut dengan pelbagai fesyen untuk pesta ulang tahun.

Warga Rusia itu, Anatoly Moskvin mengeluarkan lebih kurang 29 mayat kanak-kanak perempuan yang berusia antara 3 hingga 12 untuk memenuhi fantasi pelik beliau.


Dia kemudiannya membawa mayat itu pulang untuk dikumpul dalam koleksi mumia yang mengerikan. Mayat tersebut yang ada daripadanya hanya tinggal rangka dipakaikan dengan stoking dan pakaian, dan ada daripadanya yang dihiaskan seperti sebuah boneka.

Anatoly Moskvin yang boleh bercakap dalam 13 bahasa dan digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai 'genius', juga turut memberikan nama-nama setiap daripada mayat yang 'menghadiri' majlis hari jadi yang dianjurkan untuk mereka.

Di dalam sebuah bilik pula, dapat dilihat wajah mayat kanak-kanak perempuan, dibalut dengan kain kuning air cerah dan dapat didengar pada rakaman video tersebut menyatakan Patung ini diperbuat daripada mayat manusia."

Polis berkata, Anatoly juga mengumpulkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai kisah hidup setiap budak perempuan yang digalinya dan mencetak cara bagaimana menghasilkan patung daripada mayat manusia.

Obsesinya yang mengerunkan itu terbongkar apabila ibu bapanya melawatnya selepas pulang dari bercuti.

Lelaki berusia 46 tahun dari bandar Nizhni Novgorod di tengah Rusia itu ditahan pada 2011, tetapi kini timbul cerita dia tidak akan dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan jenayahnya.

Jurucakap Pihak Pendakwaan berkata: "Setelah tiga tahun pemantauan terhadapnya di klinik psikiatri, Moskvin masih belum boleh dibicarakan kerana masalah mental. Dia akan diletakkan disini untuk rawatan psikiatri."










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote puanlina 16-12-2014 02:52 PM
biar betul..........
Quote zilaila 16-12-2014 05:38 PM
sakit jiwa ni...
Quote MissMamamia75 16-12-2014 06:22 PM
Scarynya...
Quote zameyla 17-12-2014 09:39 AM
giler btuii....
Quote Knowlee 18-12-2014 09:13 AM
sometimes, aku rasa orang yg sakit mental ni kena isolate ke satu tempat yg jauh drpd orang ramai. kesian, tapi, berapa banyak kes yg terjadi sbb org sakit mental ni bebas ke sana sini. yg buat rawatan, kalo terlupa makan ubat, naik syeikh, terus bunuh org. ingat lagi kes kepala bapak kena sembelih dulu.
Quote kekcawan 18-12-2014 11:55 AM
aduiiii...seram
Quote melissa~~ 18-12-2014 03:35 PM
seram....
Quote berrygurl 20-12-2014 11:02 PM
Knowlee posted on 18-12-2014 09:13 AM
sometimes, aku rasa orang yg sakit mental ni kena isolate ke satu tempat yg jauh drpd orang ramai. k ...

betul tu psyhco sgt
Quote crazecousa 21-12-2014 11:08 PM
perghhh yang gambar last tu pn mayat ke? mcm patung je aku tgk
Quote PongKang 22-12-2014 02:50 AM
nape dia x kene kaco? sian mayat kanak2 tu semua
Quote shanshero 22-12-2014 07:46 AM
Kreatif juga tapi jijik. Buat kat anak patung ok gak
Quote fifie_olin 22-12-2014 10:35 AM
pe kena la pokcik ni...
Quote ecahaha 5-1-2015 10:12 AM
macam2 la yg pelik2...
Quote lucassim 8-1-2015 10:37 AM
sakit mental org tu gali kubur org

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.208506 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top