CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Sahabat Maut Membabitkan Lima Kenderaan

18-12-2014 04:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8430| Komen: 71

Description: “Kereta Proton Saga Itu Terbalik Di Lorong Kanan Menyebabkan Pemandu Alza Mengelak Ke Kiri Dan Melanggar Sebuah Lagi Treler. Sebuah Lagi Kereta Nissan Almera Dipandu Seorang Lelaki Berusia 33 Tahun C ...
Dua Sahabat Maut Membabitkan Lima Kenderaan

Seremban: Dua sahabat maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 250, Lebuhraya PLUS, arah utara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa, Mastura Abd Karim, 35 dan Ahmad Azlan Zakaria, 25 meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-dua mangsa yang juga ejen insurans bersama dua lagi rakan mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menaiki Perodua Alza untuk bertemu pelanggan sebelum mengelak sebuah kereta Proton Saga FLX yang terbabit kemalangan dengan sebuah treler.

“Kereta Proton Saga itu terbalik di lorong kanan menyebabkan pemandu Alza mengelak ke kiri dan melanggar sebuah lagi treler. Sebuah lagi kereta Nissan Almera dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun cuba mengelak melanggar kenderaan berkenaan dan terbabas di tengah jalan.

“Akibat perlanggaran itu, dua penumpang Alza meninggal dunia, manakala pemandu dan seorang lagi penumpang cedera. Pemandu Proton Saga yang terbalik, parah, manakala pemandu Nissan Almera, cedera,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, di sini, untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyqaldina 18-12-2014 02:51 PM
mcm beg mk je..
Quote hanakikan 18-12-2014 02:52 PM
Mcm ori jer LV tu
Quote prettyuglybabe 18-12-2014 03:05 PM
nak mengelak mengelak mengelak terus kedabang kedebung sana sini
takziah je la..
Quote chinta89 18-12-2014 03:07 PM
cantiknya beg. dan..

takziah kpd mereka.
Quote riehan 18-12-2014 03:08 PM
arwah mastura karim sgt baik orgnye..xsngke die pergi begitu cpt..dh mmg ajal die..bkn salah die pun..tp dh mmg ajal kn...alfatihah utk mak usu mas...


sy rse..tajuk kat ats 2 ptt tukar...ptt kat dlm ni org sedekahkn alfatihah ker ape ker...bkn nk tnjukkn isu beg tu...sekian terima ksih....
Quote qronaldo7 18-12-2014 03:21 PM
beg yg difokusnya
Quote AMDTurion 18-12-2014 03:26 PM
Err tajuk x menepati peristiwa hanya kerana ada gambar beg LV di situ. Malah lebih terserlah dr kes kemalangan tersebut.
Quote riehan 18-12-2014 03:27 PM
AMDTurion posted on 18-12-2014 03:26 PM
Err tajuk x menepati peristiwa hanya kerana ada gambar beg LV di situ. Malah lebih terserlah dr kes  ...

kn...jge lah hati fmily org 2..aku pun trsentap sbb aku kenal dgn mngse....
Quote CrowneGlory 18-12-2014 03:27 PM
Ori ke fake..gred? A, AA, AAAAAA :lol
Quote suriamir 18-12-2014 03:31 PM
Tah apa-apa lah korang niiiiii...... Takziah untuk keluarga mangsa... semoga dipermudahkan semuanya.....
Quote kekcawan 18-12-2014 03:32 PM
takziah.............
Quote AMDTurion 18-12-2014 03:34 PM
Dahlah x payah nk buat lawak lak. Kalo nk sampaikan berita jgn nak sakitkan hati family mangsa. Kalo ada family dan kenalan diorg ko x rasa diorg terasa ke. Pelik betul dgn perangai org skrang yg suka buat lawak x brtempat. Apa hati ko dah hitam sampai xde belas kasihan pd org lain.
Quote riehan 18-12-2014 03:37 PM
AMDTurion posted on 18-12-2014 03:34 PM
Dahlah x payah nk buat lawak lak. Kalo nk sampaikan berita jgn nak sakitkan hati family mangsa. Kalo ...

org yg wat lawak ni sbb dh xde prasaan kesian..sbb xkne btg hidung sndiri bile org yg die knal mninggal org wat lawak sbb bnde bodo...xfhm dgn spesis org mcm ni..otak xtau letak mne...
Quote AMDTurion 18-12-2014 03:42 PM
riehan posted on 18-12-2014 03:37 PM
org yg wat lawak ni sbb dh xde prasaan kesian..sbb xkne btg hidung sndiri bile org yg die knal mni ...

Itulah yg buat hati ni geram. Agak2 lah kan bila nk berlawak pun. Ingat kita ni ada adik beradik, mak bapak, sahabat dan rakan. Lainlah org tu idup dlm dunia shj. Sentul punya org.
Quote riehan 18-12-2014 03:45 PM
AMDTurion posted on 18-12-2014 03:42 PM
Itulah yg buat hati ni geram. Agak2 lah kan bila nk berlawak pun. Ingat kita ni ada adik beradik,  ...

itu lah...aku ni mmg geram btol...aku pun sedih dgr arwah meninggal..cr gak kat sini..skali tgk tajuk mcm ape ntah...
Quote supernaturalee 18-12-2014 03:48 PM
tt dihencap
diam seribu bahasa




takziah buat yg pergi
alfatihah

awak sabar ya @riehan
Quote dodolgemok 18-12-2014 03:51 PM
bodohnya tajuk cacai. takde kena mengena dgan berita langsung. harap momod @perang_sivil ambil tindakan
Quote melia_star 18-12-2014 03:51 PM
TT bukak tred ni semata2 nk gebang tajuk pasal beg LV tu je kan....
Quote azimodin 18-12-2014 03:56 PM
Tajuk nonsense... Mohon TT jgn buat lawak kat berita kematian. Nanti takut terkena kat diri sendiri pulok.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.240762 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top