CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Neng Koma

18-12-2014 05:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12639| Komen: 44

Description: Neng Yatimah Atau Nama Sebenarnya, Buntat Ahmad, Membintangi Beberapa Filem Seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Rachun Dunia, Seri Mersing Dan Laila Majnun Serta Pernah Membintangi Filem Ibu Bersama S ...
Mak Neng Koma

Kuala Lumpur: Primadona veteran, Neng Yatimah, 91, ibu mentua Allahyarham Datuk Mustapha Maarof dilaporkan koma di Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura, sebentar tadi.

Pelakon era 1940-an dan 1950-an itu dikatakan mengalami sesak nafas serta tekanan darah rendah setibanya di Johor Bahru dan dikejarkan ke hospital, lewat petang tadi.

Neng berada di Kuala Lumpur, Isnin lalu, bagi menghadiri upacara pengebumian menantunya diikuti majlis tahlil, malam semalam.

Azlynna yang juga anak Allahyarham Mustapha berkata, neneknya mengadu sakit dan dikejarkan ke hospital sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Neng Yatimah atau nama sebenarnya, Buntat Ahmad, membintangi beberapa filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Rachun Dunia, Seri Mersing dan Laila Majnun serta pernah membintangi filem Ibu bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

5

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 18-12-2014 11:42 AM
Contoh seorang menantu yg baik . Allahyarham Mutaffa Maakrof jaga ibu mertua sampai ke ujung hayat. Ada berapa byk menantu lelaki mcm ni sekarang
Quote nalis 18-12-2014 11:44 AM
Igtkan mal neng sinar fm
Quote missyqaldina 18-12-2014 11:44 AM
die sedeh kot menantu die pergi...alfatihah untuk allahyarham datuk mustaffa mahrof..
Quote prettyuglybabe 18-12-2014 11:54 AM
takziah.. anak menantu pun dah pergi dulu
Quote batmana 18-12-2014 11:56 AM
Boleh ke menantu laki peluk bahu mak mentua?
Quote rayonronie 18-12-2014 11:57 AM
moga mak neng cepat sedar

suka mak neng berlakon

pnh jumpa ms ffm thn 2013
kuat lagi die berjalan
Quote scorpionkiki 18-12-2014 12:01 PM
batmana posted on 18-12-2014 11:56 AM
Boleh ke menantu laki peluk bahu mak mentua?

Bukan ker kalau anak bercerai dgn menantu pun still aurat mcm anak jugak
Quote nolya 18-12-2014 12:06 PM
batmana posted on 18-12-2014 11:56 AM
Boleh ke menantu laki peluk bahu mak mentua?

kenapa tak boleh pulak?  wuduk lagikan tak batal lah wei....
Quote cikkut 18-12-2014 12:07 PM
mak mertua walaupun dah bercerai masih lagi mahram.
Quote Artemesiaa 18-12-2014 12:08 PM
Harap keluarganya bertabah menghadapi dugaan berganda
Quote Munnalicious 18-12-2014 12:09 PM
cikkut posted on 18-12-2014 12:07 PM
mak mertua walaupun dah bercerai masih lagi mahram.

Mustafa Maarof ngn isteri dia yg merupakan anak neng yatimah ni dah bercerai ke?
Quote rawahah 18-12-2014 12:12 PM
batmana posted on 18-12-2014 11:56 AM
Boleh ke menantu laki peluk bahu mak mentua?

mertua adalah mahram kekal walaupun dah bercerai.. boleh salam dan tak aurat;

walaubagaimanapun, hukum dalam islam ni boleh berubah; contohnya mertua umor 45, tp body mcm nora danish, menantu pulak umo 50, bernafsu gila kat mak mertua (bini umo 21, tp body mcm umo 60 ).kat situ kalau salam mertua pun boleh jadi haram..
Quote miss_qasehs 18-12-2014 12:17 PM
mungkin dia sedih sbb menantu yg pergi dulu...
Quote didactic 18-12-2014 12:22 PM
Munnalicious posted on 18-12-2014 12:09 PM
Mustafa Maarof ngn isteri dia yg merupakan anak neng yatimah ni dah bercerai ke?

Allahyarhamah Rose Yatimah (anak Mak Neng) meninggal sakit Kanser tahun 1987. Berpisah mati...bukan bercerai.. Allahyarham Dato Mustapha Maarof tak kawin2 dah lepas tu
Quote liyamariska 18-12-2014 12:26 PM
panjang umur Neng Yatimah nih...

ai rasa mungkin pemergian arwah memberi kesan pada Mak Neng sbb Datuk Mustapha merupakan menantu kesayangannya kalu apa yg ai tau dari cerita org...
Quote cikkut 18-12-2014 01:19 PM
Munnalicious posted on 18-12-2014 12:09 PM
Mustafa Maarof ngn isteri dia yg merupakan anak neng yatimah ni dah bercerai ke?

cerai yg ditulis tu bukan merujuk hubungan allahyarham dan arwah isterinya ...contoh shj.nak menjawap persoalan diatas.walaupun cerai hidup..mahram tu masih kekal...general statement.
Quote vandergooh 18-12-2014 01:44 PM
Primadona ratu air mata filem klasik melayu.. buat sedih jer automatik trus boleh menangis.. akak kagum sangat dengan nek ning...
Quote Modngengade 18-12-2014 01:46 PM
nalis posted on 18-12-2014 11:44 AM
Igtkan mal neng sinar fm

kat CI pun ada mak neng uoul.....

Quote Munnalicious 18-12-2014 01:46 PM
didactic posted on 18-12-2014 12:22 PM
Allahyarhamah Rose Yatimah (anak Mak Neng) meninggal sakit Kanser tahun 1987. Berpisah mati...buka ...

Ooo... Baiklah uolls. Mekaseh di atas peneranganmu.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.227137 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top