CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Noor Farhan Che Bakar Sudah Bersedia Untuk Menjadi Pelakon?

22-12-2014 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32651| Komen: 258

Description: "Selepas Bercerai Ada Juga Yang Risik Dan Tawarkan Saya Untuk Berlakon Tetapi Saya Tolak Kerana Rasa Tidak Bersedia Lagi Mungkin Faktor Badan Saya.
Noor Farhan Che Bakar Sudah Bersedia Untuk Menjadi Pelakon?


PETALING JAYA:
Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan.

Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Jumaat.



Gambar kenangan Abby bersama Farhan ketika masih menjadi suami isteri.

Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia.

Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.

Sementara itu,  sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan.

"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai," ujarnya.


Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut.


Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu.

"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya.

Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37,  bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.

1

Bagus
2

Marah

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 19-12-2014 03:30 PM
Ina Naim 2.0 ?
Quote sayangkid 19-12-2014 03:31 PM
gile glamor la tu..nnt da jd plakon jgn lupe byr hutang kak bakyah..
Quote msarra 19-12-2014 03:32 PM
berlakun..biar betul dia ni.
Quote mat_arof 19-12-2014 03:33 PM
Hahahaha haha
Wakakakakakka
Nk gelak aku baca ptg2 Jumaat Ni
Quote leezzaliza 19-12-2014 03:34 PM
Skrg ni senang dah x yah pk ape2 ye... :lol
Quote MissMamamia75 19-12-2014 03:35 PM
"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.


lawak pulak statement nih...hmm...ada hati nak jd pelakon...gud luck la..
Quote watie79 19-12-2014 03:37 PM
berbakat ke kau ni pon ? sudah sudahlaaaa.......haishhhh
Quote nh83 19-12-2014 03:38 PM
adeii..nk lawan kesadoan abg norman ngan zul ripin nmpaknya..
Quote kanan_kiri 19-12-2014 03:40 PM
berkahwin dengan artis bukan bermakne boleh jadi pelakon..
Quote miss_baby 19-12-2014 03:42 PM
kecek bau budu nanti
Quote Suchi 19-12-2014 03:44 PM
so dah tough lah skrg ni paan
sbb dah sedia..

inilah kelebihan kontroversi dan publisiti
sesiapa pun blh jd artis
Quote tapirbiru 19-12-2014 03:45 PM
miss_baby posted on 19-12-2014 03:42 PM
kecek bau budu nanti

kah kah kah...fizo omar tu pun bertahun nak hilangkan bau budu... lidah keras je...skang pun ade lagi uols
Quote mohdael 19-12-2014 03:45 PM
Sengal la ko..kawen nk popular je ke
Quote pichee 19-12-2014 03:47 PM
eh..die kan pelakon..klu x..xkn blh uat drama ckp kne cakar ngn si abby kt muka sume kt paper...

ok la..blh la nk berlakon...dh ko tu pemalas nk mati...sume bini tanggung...
Quote msarra 19-12-2014 03:47 PM
suka hati kau la paan.
Quote Bm7add9 19-12-2014 03:50 PM
Bior le die nak blakon...leh wat bayor hutang abby... korang bebising ni ade nak tolong dia bayar hutang ker...
Quote zameyla 19-12-2014 03:51 PM
gila glemer jugak yek....
Quote kaklehot 19-12-2014 03:52 PM
haha...mesti paan bakal mng award pelakon lelaki kayu terbaik...
Quote ais_kosong 19-12-2014 03:52 PM
gigih ko dik

Lihat semua komen(258)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.063903 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top