CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Kontrak Sherry Alhadad dan Zulin Aziz 'Melodi' Ditamatkan

30-12-2014 12:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35216| Komen: 176

Description: "Sepanjang mereka mengendalikan Melodi rating sama seperti sebelum ini iaitu ada naik dan turun. Tentang penonton suka dan tidak itu adalah perkara biasa bagi semua pengacara Melodi, ada yang suka a ...
Kontrak Sherry Alhadad dan Zulin Aziz 'Melodi' Ditamatkan


PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 tidak menyambung kontrak pengacara Sherry Alhadad dan Zulin Aziz untuk mengendalikan rancangan hiburan Melodi pada tahun 2015 bukan kerana gagal mempertahankan rating program itu.

Penerbitnya, Michelle Wee, 30 berkata, keputusan tersebut dibuat oleh pihak pengurusan yang mahu memberi pembaharuan kepada rancangan tersebut pada tahun hadapan.
"Pihak pengurusan hanya mengekalkan Awal Ashaari sebagai pengacara utama dalam rancangan tersebut, ini kerana kami masih peringkat perbincangan untuk memberi pengisian baru buat Melodi tahun 2015.

"Kedua-dua mereka sudah tamat kontrak pada Disember 2014 iaitu selama enam bulan sahaja dan ia tiada kena mengena dengan rating atau masalah disiplin sepanjang mereka bersama Melodi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin


Michelle berkata demikian ketika ditanya mengenai kedua-dua wanita berkenan yang diumumkan meninggalkan rancangan tersebut dalam Melodi, Ahad lalu.
Terdahulu mereka ditawarkan menjadi pengacara rancangan itu pada 6 Julai lalu bagi mengantikan pengacara Zizan Razak.

Melodi  keudara secara langsung di TV3 pada setiap Ahad selama sejam bermula pukul 12.30 tengah hari.

Sementara itu, tambah Michelle, sepanjang enam bulan pengacara tersebut mengendalikan Melodi, rating program tersebut masih sama seperti sebelum ini.

"Sepanjang mereka mengendalikan Melodi rating sama seperti sebelum ini iaitu ada naik dan turun. Tentang penonton suka dan tidak itu adalah perkara biasa bagi semua pengacara Melodi, ada yang suka ada yang tidak," katanya.

Dalam pada itu katanya, rancangan hiburan tersebut bakal membuat banyak pembaharuan bagi bersaing dengan rancangan hiburan lain pada tahun 2015.

"Sekarang masih diperingkat perbincangan lagi dan yang pasti kita akan buat banyak perubahan dalam Melodi. Ia termasuk mengenai pengacara.

"Namun, buat masa ini Awal akan bergandingan dengan tetamu jemputan daripada kalangan artis yang dipilih sebelum sebarang keputusan dibuat," ujarnya.

Sementara itu, Sherry dan Zulin berkata, mereka bersyukur kerana diberi peluang untuk mengacarakan rancangan tersebut selama enam bulan.

Bagaimanapun, mereka akan muncul bergandingan menerusi program terbaharu berjudul Diva di TV9 bermula 17 Januari depan.

"Memang kontrak kami selama enam bulan sahaja dan sepanjang tempoh itu, kami bersyukur kerana diberi peluang untuk sama-sama bergandingan dengan Awal Ashaari.

"Banyak yang kami pelajari sepanjang tempoh itu dan terima kasih kepada semua pihak sentiasa menyokong kami," kata Sherry.

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zila_hakimie 30-12-2014 01:11 AM
Xbest le tu,
Cer klu best
Xkan xsmbung
Quote cikokui 30-12-2014 01:12 AM
TERBAIKLA. si gemuk syok sendiri ni dah takde. boleh la aku tgk melodi balik
Quote chaintea 30-12-2014 01:18 AM
alasan je tu
pdhal
Quote CrowneGlory 30-12-2014 01:21 AM
Media prima makin sengkek...drama2 kurun ke berapa..asyik ulang berkali2.. Yg heran drama yindon bole pulak beli
Quote reenaz 30-12-2014 02:14 AM
Ala.. Tukar la Awal skali..boringg
Quote espri6006 30-12-2014 05:48 AM
tak best pun...kadang kadang Nampak macam mengada mengada pon ada. Melodi ni kena pengacara yang berpasangan seperti Meletop dan Hlive baru ada seri sikit. Tapi kalau 3 org mcm tu macam bingit pulak apa lagi kalau pengacara yang ntah apa apa ntah.
Quote Amina_Mirza 30-12-2014 05:50 AM
reenaz replied at 30-12-2014 02:14 AM
Ala.. Tukar la Awal skali..boringg

I concur with u. I x suka awal, syok sendirik,most of the time hover, yikes!
Quote klobot 30-12-2014 06:18 AM
yg zulin tu dlm ig nmpk kurus. Dlm tv beso nau nampak
Quote makton 30-12-2014 07:42 AM
patut tamatkan ketiga2 kontrak tu.. aku dah lama x tgk melodi. sbb naik muak tgk pengacara ntah apa2.
Quote misskitty 30-12-2014 08:00 AM
nasibla johor keje ahad.. jadi takde masa nak tengok..
Quote aminsaniah 30-12-2014 08:21 AM
mintak tukar awal sekali..boring lah tgk dia...
Quote alieyrina 30-12-2014 08:27 AM
Suma pun xbest...dgn rncgn2 skali la tamat kontrak deyy  

duk ulang yg galaksi punya jahh..nama rncgn ja len  
Quote offwhite 30-12-2014 08:31 AM
awal fonen tu dikekalkan...apa la...tp kalo awal x dikekalkan makanya xde fulus masyuk....
Quote naninana 30-12-2014 08:49 AM
Bagusla.. Dah lama boikot melodi sejak ada dua owang tu... Meluat tengok...
Quote cicicumel 30-12-2014 08:49 AM
Selayaknya..x selera nk tgk 2 org ni
Quote nonarona 30-12-2014 09:09 AM
ckp je la rating turun sbb diaorg membosankan,    mcm takde camestry satu sama lain.....better zizan  ngan Johan ok gak...awal lagi la kayu...
Quote gekkou 30-12-2014 09:15 AM
rating x bagus
so buang pengacara
ayat cover line jek michelle kenkonon sbb format baru
Quote hayrin86 30-12-2014 09:15 AM
Tetap tak tgk punya. Baik baca di Internet saja cukup.
Quote kejoraria 30-12-2014 09:15 AM
semoga muka barulah pulak handle melodi next year....muak tgk muka sama aja

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.064623 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top