CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Persembahan Virus Masih Hambar, Salah Siapa?

7-1-2015 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3540| Komen: 6

Description: Namun Penantian Para Penonton Untuk Ketawa Terbahak-Bahak Sewaktu Melihat Persembahan Kumpulan Virus Seakan Tidak ‘Sampai’ Dek Kerana Persembahan Mendatar Yang Ditunjukkan Oleh Mereka Bertiga. Siapa ...
Persembahan Virus Masih Hambar, Salah Siapa?


Seperti ada yang tidak kena. Walaupun pentas program Maharajalawak Mega 2014 sudah masuk minggu ketujuh, persembahan kumpulan Virus yang dianggotai oleh Tauke, Yus dan Zizan Razak dilihat masih hambar sehingga tidak mampu menarik perhatian para penonton dan barisan pihak juri.

Apa yang mengecewakan, para penonton meletakkan harapan yang tinggi buat kumpulan Virus memandangkan gabungan tiga nama besar dalam bidang komedi tanah air ini pasti mantap dan bakal memberi saingain sengit buat kumpulan-kumpulan hebat seperti Shiro, Bocey, SYJ dan Sepahtu.

Namun penantian para penonton untuk ketawa terbahak-bahak sewaktu melihat persembahan kumpulan Virus seakan tidak ‘sampai’ dek kerana persembahan mendatar yang ditunjukkan oleh mereka bertiga. Siapa yang harus dipersalahkan?

Tidak dinafikan, bukan setiap minggu mereka tampil dengan persembahan yang hambar dan jika anda masih ingat persembahan sewaktu minggu Muzikal memberi sedikit keceriaan buat para peminat kumpulan Virus menerusi idea bijak mempertaruhkan lagu-lagu Hindustan untuk sketsa mereka.


Malah mereka menerima pujian oleh para penonton dan barisan pihak juri dan percaya bakal bangkit dan beri saingan hebat dan mencipta nama sebagai kumpulan yang berjaya diumum juara MLM 2014.

Apa yang mengejutkan keputusan di minggu ketujuh MLM 2014 apabila nama Virus dan Bocey turut diumum sebagai tiga kumpulan terbawah bersama kumpulan  Shake. Ianya memberi tamparan hebat buat Tauke, Yus dan Zizan yang seakan tidak lagi menjadi pilihan peminat dan penonton dek kerana persembahan kurang menyengat dari minggu ke minggu.

Persembahan kumpulan Bocey juga turut menjadi persoalan para peminat dan penonton MLM  2014 selepas semakin hambar dan seperti ketandusan idea. Berada di kelompok tiga terbawah bukanlah satu petanda baik buat Abam, Fard dan Achey memandangkan edisi MLM yang lalu mereka mampu untuk berada di tangga tiga terbaik sehingga ke peringkat akhir.

Minggu kelapan MLM 2014 menyaksikan tema ‘Artis Jemputan’ dan ini memberi peluang kepada kumpulan Virus dan Bocey untuk bangkit kembali menyelamatkan kedudukan mereka dari terus berada di kelompok tiga terbawah.

Adakah kumpulan Virus bakal menjemput Johan untuk cuba menyelamatkan kedudukan mereka pada minggu ini? Bagaimana  pula dengan kumpulan Bocey? Adakah mereka mempunyai strategi tersendiri untuk tidak lagi berada di tangga tercorot undian?


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=850404&extra=&page=2
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote zizadin 12-1-2015 02:00 PM
tak best langsung...
Quote iznanaziz 12-1-2015 10:54 AM
yg tak menahan minggu lepas, Shuib buat sengsorang, pasal Jep tak sihat
tu pun boleh dapat 5 bintang, ntah apa2
Quote uniq61 9-1-2015 05:42 PM
KUMPULAN EKZOS LAGI BAGUS TAPI PEMINAT BELUM RAMAI LAGI...MACAM TAK FAIR JE...
NABIL..?? LAGI WORST..DALAM TUJUH..SATU JE LAWAK..
Quote Wazzul 8-1-2015 09:54 AM
actually they have to take a new team kan...asyik sama jer sebab tu makin bosan.
Quote devilito2 8-1-2015 08:04 AM
xbest langsung
Quote pooh~key 7-1-2015 12:46 PM
Kelakarlah aku tengok semua dok pakat buat2 pelik bin hairan bila semua pelawak macam ketandusan idea. Woi bodoh, dah tiap2 tahun dok ada maharajalawak, mana tak tandus idea bowdow oi.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.036856 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top