CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Awie Terpaksa Kongsi Jaga Anak

16-1-2015 02:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4716| Komen: 0

Description: “Isu Pertama Iaitu Mengenai Pemastautin Awie Yang Mana Mahkamah Menolak Permohonan Itu Ekoran Awie Menggunakan Mykadnya Yang Beralamat Di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Namun Permohonan Bagi Tempat Ti ...
Awie terpaksa kongsi jaga anak


KUALA LUMPUR – “Selepas ini saya akan berjumpa anak-anak di tempat yang selamat seperti di sekolah mereka, bukan di rumah yang saya kena hempuk.”

Demikian reaksi isteri kepada penyanyi rock terkenal, Rozana Misbun, 37, yang bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam yang membatalkan perintah hak jagaan anak sementara (hadanah) sebelah pihak (ex-parte) yang diperoleh Awie pada tahun lalu.

Dengan keputusan terbabit, Awie kini terpaksa berkongsi hak penjagaan ke atas tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezkki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 4, bersama Rozana.

Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain turut memutuskan seluruh permohonan yang dikemukakan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, selepas kes itu termasuk hak jagaan anaknya secara kekal juga terbatal dengan mahkamah mengenakan kos RM5,000 terhadap penyanyi itu.

Forum : http://bit.ly/1ub7e16

Keputusan mahkamah itu sekali gus membolehkan Rozana yang merupakan adik pelakon Haliza Misbun mene-mui ketiga-tiga anak mereka tanpa sebarang halangan daripada Awie pada bila-bila masa.

Mohd. Amran dalam penghakimannya berkata, mahkamah menekankan dua perkara berdasarkan permohonan Awie ketika mendapat perintah hadanah sebelah pihak sebelum ini.

“Isu pertama iaitu mengenai pemastautin Awie yang mana mahkamah menolak permohonan itu ekoran Awie menggunakan Mykadnya yang beralamat di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, namun permohonan bagi tempat tinggal dan alamat untuk jagaan anak mereka menggunakan alamat di Ukay Perdana, Ampang, Selangor,” katanya.


8

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.036483 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top