CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Semakin Dilupakan, Sahri (Af1) Anggap Ia Satu Kitaran

26-1-2015 01:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8683| Komen: 35

Description: Dalam Pada Itu, Sahri Berkata, Keputusannya Menyambung Pengajian Dalam Bidang Produksi Muzik Di Universiti Lim Kok Wing Pada 2011 Adalah Salah Satu Strategi Untuk Dia Terus Kekal Dalam Industri.
PETALING JAYA: Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1) Sahri tidak pernah berasa terkilan apabila namanya semakin dilupakan dan menganggap perkara itu sebagai kitaran biasa sebagai seorang penyanyi.

Sahri atau nama sebenarnya Sahri Sarip, 35, bagaimanapun berkata, walaupun dilihat sepi daripada sebarang publisiti namun dia memberitahu masih menerima undangan nyanyian biarpun tidak serancak dahulu.

"Tidak ada apa yang buatkan saya terkilan kerana ia tidak pernah melemahkan semangat saya dan situasi itu adalah kitaran biasa bagi seorang penyanyi.

"Alhamdulillah saya masih menerima undangan nyanyian cuma ia kurang diberi publisiti," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sahri berkata, keputusannya menyambung pengajian dalam bidang produksi muzik di Universiti Lim Kok Wing pada 2011 adalah salah satu strategi untuk dia terus kekal dalam industri.

Jelas Sahri, keputusan untuk berbuat demikian adalah tepat kerana sepanjang tiga tahun pengajian dia mendapat pelbagai ilmu tentang produksi muzik dan akan mempraktikkan sekiranya dia tidak lagi menyanyi selepas ini.

"Alhamdulillah saya sudah pun menamatkan pengajian saya selama tiga tahun dan kini bertugas di sebuah syarikat produksi untuk mempraktikkan dan menimba pengalaman tentang selok belok produksi muzik.


"Ilmu adalah bekalan dan jaminan saya untuk terus berada di dalam industri muzik biarpun secara belakang tabir kerana bidang ini sangat saya minati," katanya.

Sementara itu, Sahri berkata, dia kini dalam proses menyiapkan single terbaharunya yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Jelas Sahri, lagu yang masih belum diberi judul itu dihasilkannya sendiri dan memberitahu dia bertuah apabila mendapat tajaan untuk menghasilkan single berkenaan.

"Apa yang saya pelajari selama tiga tahun di universiti saya gunakan sebaiknya untuk menghasilkan single terbaharu ini dan harap-harap pendengar akan menyukainya.

"Saya juga cukup bertuah kerana ada pihak yang memberikan kepercayaan kepada bakat saya sebagai penyanyi dan komposer sehingga sanggup membuat pelaburan dalam menghasilkan lagu berkenaan," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 26-1-2015 08:51 AM
@freekey hyung pun makin dilupakan

rindu zaman kegemilangan priki di era 2007 - 2010

meletop2 priki time tu...bobo cikgu sida celah kaki chuols jah
Quote cmf_premierleag 26-1-2015 08:57 AM
Sian dia ni.suara sedap.tp sendu sbb tade aura
Quote blackred99 26-1-2015 09:16 AM
bukan ke dia byk nyanyi lagu2 iklan kat tv. sbb aku rasa suara dia tu mmg unik dia sorang je, yg paling aku igt lagu UTC.
Quote freekey 26-1-2015 09:18 AM
sepitsiput replied at 26-1-2015 08:51 AM
@freekey hyung pun makin dilupakan

rindu zaman kegemilangan priki di era 2007 - 2010

Biasalah tu kitaran waktu..

Now it's your time.. ;)






Quote nellyberry 26-1-2015 09:19 AM
baru je hari tu teringat pasal dia lepas tengok Bob AF perform masa konsert Dikir Barat kat RTM.
Quote makton 26-1-2015 09:23 AM
sedangkn mawi yg juara tu pun mkin dilupai... inikn pula yg bukan juara & fenomena AF... bertabah la sahri oiii...
Quote smeetasmitten 26-1-2015 09:30 AM
ramai lagi yg dilupai..
vince, faizal.. tu yg juara
yg keluar awal2 lagi la org tak ingat
Quote SyaAnis 26-1-2015 09:42 AM
suka suara dia masa AF1 dulu, tapi sayang takda xfactor sangat..

rasanya dia sempat buat album/lagu kan dlu?
Quote RED 666 26-1-2015 09:49 AM
Baguslah dah ada kelulusan muzik, nanti boleh jd lecturer aswara mcm syafinaz
Quote azie.dz 26-1-2015 09:53 AM
nampak sgt sedey di lupakan
Quote sepitsiput 26-1-2015 10:02 AM
freekey replied at 26-1-2015 09:18 AM
Biasalah tu kitaran waktu..

Now it's your time.. ;)

my time also over chuols.... zaman kegemilangan dah berakhir konsepnya...kasi can kat anak2 ayam meletop cipta populariti girtuh...

chuols x nak berniaga produk qu puteh ke? kulit chuols khenn secerah pawana?
Quote Hessa 26-1-2015 10:15 AM
suara dia mmg sedap...
Quote Kak-Leen 26-1-2015 10:17 AM
Suara dia antara suara penyanyi Malaysia yg akak suka..
Quote cik_tonggek 26-1-2015 10:21 AM
Edited by cik_tonggek at 26-1-2015 10:23 AM
freekey replied at 26-1-2015 09:18 AM
Biasalah tu kitaran waktu..

Now it's your time.. ;)

sheols dari zaman kakmah goreng ikan sambil vogel sampai skang glemer chuols

@sepitsiput
Quote Tuleins 26-1-2015 10:25 AM
suka dgn dia ni..dulu waktu dia dalam AF siap undi dia lagi...bila dia terkeluar..ku siap nangis2 lagi...semoga Allah permudahkan perjalanan hidup sahri...
Quote tomet05 26-1-2015 10:50 AM
hm .. ada job x mamat nih sekkang eh ?
Quote wanlya 26-1-2015 11:11 AM
cik_tonggek replied at 26-1-2015 10:21 AM
sheols dari zaman kakmah goreng ikan sambil vogel sampai skang glemer chuols

@sepitsiput
...

hahahaha....legend citer kakmah vogel ni....menangis iols terkenangkan die punye citer....
Quote cik_tonggek 26-1-2015 11:33 AM
wanlya replied at 26-1-2015 11:11 AM
hahahaha....legend citer kakmah vogel ni....menangis iols terkenangkan die punye citer....

khuennn kesian kat inul
kakmah TT telah off topik dibenang sendiri kekdahnye

Quote mitnick 26-1-2015 12:03 PM
owh.. tgk muka br cam... nama x brp ingt

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.062276 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top