CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

10 Filem Blockbuster ‘Wajib Tonton’ Di Pawagam Tahun Ini

26-1-2015 02:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20710| Komen: 157

Description: Dominasi Francais-Francais Terhebat Tahun Ini Antara Sebab Kenapa Anda Mesti Meluangkan Lebih Banyak Masa Bagi Menonton Wayang. Di Sini Penulis Senaraikan 10 Filem Hebat 2015 Yang Mesti Ditonton.


Mengapa anda perlu ke pawagam dengan kerap tahun ini?
Dominasi francais-francais terhebat tahun ini antara sebab kenapa anda mesti meluangkan lebih banyak masa bagi menonton wayang.
Di sini penulis senaraikan 10 filem hebat 2015 yang mesti ditonton.

1) Into The WoodsTarikh tayangan, 15 Januari 2015

Kupasan: Memulakan keterujaan tahun baru ini adalah filem terbitan Walt Disney Pictures, Into The Woods.

Berkonsepkan muzikal fantasi, keunikan filem ini terletak pada plotnya yang menggabungkan empat kisah dongeng ternama garapan Brothers Grimm.
Menerusi naskhah ini, penonton akan dibawa menyelami pengembaraan pasangan suami isteri Baker dalam memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh si ahli sihir (Witch).

Cinderella and Prince Charming, Jack and the Beanstalk, Little Red Riding Hood, serigala (Wolf) serta Rapunzel menjadi kunci kepada pasangan Baker bagi memastikan impian mereka untuk menimang cahaya mata dikabulkan Witch.

Filem ini membariskan nama-nama besar seperti Meryl Streep (Witch), Anna Kendrick (Cinderella), Johnny Depp (Wolf), Chris Pine (Prince Charming) dan James Corden (Mr. Baker).

2) Kingsman: The Secret ServiceTarikh tayangan, 19 Februari 2015



Kupasan: Apakah yang akan terjadi apabila anda perlu merekrut sekumpulan anak muda dengan bakat istimewa untuk dijadikan pengintip profesional?

Misi ini yang perlu dipenuhi Harry Hart, seorang ejen veteran daripada sebuah agensi perisikan bebas antarabangsa.

Filem ini diadaptasi daripada komik The Secret Service karya Mark Millar dan David Gibbons.

Ia dibarisi Colin Firth (Harry Hart), Taron Egerton (Eggsy) dan Samuel L. Jackson (Valentine).

3) Cicakman 3Tarikh tayangan, 12 Mac 2015



Kupasan: Sekual ketiga Cicakman terbitan KRU Studios ini akan menyaksikan perubahan jalan cerita bersama barisan pelakon baharu.

Masih menjadikan kota Metrofulus sebagai latar tempat, Cicakman 3 mengetengahkan kisah watak utamanya, Man yang menerima kuasa Cicakman terdahulu selepas menemui serum yang mengandungi kuasa luar biasa.

Man perlu menyelamatkan Metrofulus daripada agenda jahat penjenayah baharu, SuperBro.

Lakonan mantap Zizan Razak (Cicakman) dan Lisa Surihani (Linda) ini sememangnya wajib ditonton kerana ia merupakan satu-satunya adiwira tempatan kebanggaan kita.

4) Furious 7 (Fast and Furious)Tarikh tayangan, 2 April 2015



Kupasan: Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Furious 7 bakal menjadi filem paling dinanti-nantikan pada tahun ini.

Selain menjadi penamat kepada francais The Fast and The Furious yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2001, ia juga merupakan karya seni terakhir menampilkan bintang Hollywood kesayangan ramai, Paul Walker.

Meninggal dunia pada November 2013 dalam satu kemalangan jalan raya, peranan Paul sebagai Brian O’Conner dalam naskhah akhir ini turut dijayakan oleh dua orang adiknya, Caleb dan Cody Walker.

Mereka berdua menjadi pengganti mendiang abangnya dalam baki babak yang tidak sempat dijalani Paul.

Menerusi Furious 7, penonton akan menyaksikan kemelut baharu selepas kru yang diketuai Dominic Toretto (Van Diesel) berjaya menumpaskan Geng Owen Shaw dan pulang ke Amerika Syarikat.

Kehidupan aman yang didambakan kini digugat oleh abang Owen, Ian Shaw (Jason Statham) yang mahu membalas dendam atas kematian adiknya.

5) The Avengers: Age of UltronTarikh tayangan, 30 April 2015



Kupasan: Pasukan adiwira terhebat dunia kembali bersama misi baharu demi menyelamatkan bumi daripada ancaman Ultron.

Iron Man, Captain America, Thor, Incredible Hulk, Black Widow dan Hawkeye berpadu tenaga dalam sekuel kedua The Avengers ini selepas aksi berpasukan mereka pertama kali dilayarkan pada tahun 2012.

Adaptasi daripada komik Marvel ini masih mengekalkan Robert Downey Jr. (Iron Man), Chris Evans (Captain America), Chris Hemsworth (Thor), Mark Ruffalo (Incredible Hulk), Scarlett Johansson (Black Widow) dan Jeremy Renner (Hawkeye).

6) Insidious 3Tarikh tayangan, 11 Jun 2015



Kupasan: Insidious, antara francais filem seram yang meraih sambutan hangat di seluruh dunia degan filem pertamanya ditayangkan pada 2010 diikuti pada 2013.

Tahun ini, ia kembali bersama plot misteri baharu. Biarpun tidak diarahkan pengarah asalnya, James Wan, Insidious 3 menjanjikan jalan cerita lebih menarik, mengimbas kembali kejadian seram serupa sebelum ia dialami keluarga Lambert dalam dua filem terdahulu.

Sebagai naskhah prekuel, filem ini juga akan merungkai penglibatan Elise Rainier sebagai pengantara alam ghaib.

Peranan Elise masih dipegang Lin Shaye dan dia turut dibantu Dermot Mulroney , Stefanie Scott dan Hayley Kiyoko.

7) Jurassic WorldTarikh tayangan, 11 Jun 2015



Kupasan: 22 tahun selepas filem pertama, Jurassic Park (1993) ditayangkan, filem tentang dinosaur kemudiannya menjadi satu fenomena luar biasa.
Francais itu diteruskan dengan penerbitan Jurassic Park II: The Lost World (1997) dan Jurassic Park III (2001).

Bagaimanapun ada sesuatu yang istimewa tentang keluaran baharunya tahun ini, Jurassic World.

Penantian para peminatnya selama 14 tahun bakal berakhir Jun ini.

Malah, Jurassic World menjanjikan jalan cerita lebih menarik berbanding dua sekuelnya sebelum ini.

Ia akan membawa penonton kembali ke taman tema asalnya yang terletak di Pulau Isla Nublar.

Plotnya ditetapkan pada waktu selepas 20 tahun kejadian Jurassic Park pertama terjadi dengan taman tema itu kini berfungsi sepenuhnya sebagai tarikan terhebat dalam kalangan orang ramai.

Penciptaan sejenis dinosaur hibrid oleh pakar genetik taman tersebut telah mencetuskan huru-hara dan meletakkan para pengunjung dalam zon bahaya.

Filem ini akan menyaksikan Chris Pratt (Owen) sebagai tunjang utama di samping Bryce Dallas Howard (Claire) dan Nick Robinson (Zach).

8) Terminator GenisysTarikh tayangan, 2 Julai 2015



Kupasan: Francais yang ini juga ditunggu-tunggu ramai.

Biarpun jalan cerita sekuel-sekuelnya menerima kritikan negatif daripada pengikut setianya, Terminator Genisys hadir untuk menghidupkan kembali keterujaan penonton terhadap rantaian The Terminator yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1984.

Filem kelima ini menjadi prekuel dan sekuel kepada filem pertamanya serta akan memulakan kembali ceritanya dari awal.

Ia bermula dengan konflik di antara Resistance dan robot pada tahun 2029.

Apabila mendapat laporan bahawa Skynet akan melancarkan serangan dari masa lampau dan masa depan, pemimpin Resistance, John Connor memilih Kyle Reese untuk merentasi masa lampau dan menyempurnakan misi mereka.

Sarah Connor juga akan bersama-sama Kyle menentang model baharu T-800 dan T-1000.

Perjuangan mereka turut dibantu model lama T-800 yang menampilkan Arnold Schwazenegger.

Filem ini melibatkan Jai Courtney (Kyle Reese), Emilia Clarke (Sarah Connor), Jason Clarke (John Connor) dan Byung hun-lee (T-1000).

9) SpectreTarikh tayangan, 5 November 2015



Kupasan: Ejen 007 kembali dalam filem ke-24 daripada francais James Bond ini.

Spectre merupakan kemunculan keempat Daniel Craig sebagai Bond dan misinya kali ini adalah menyiasat sebuah organisasi mencurigakan dengan nama Spectre.
Siasatan itu dijalankan selepas dia menerima satu mesej rahsia berkaitan organisasi tersebut.

Masa depan M16 pula digugat oleh beberapa pihak dan memaksa M untuk terus mencari jalan penyelesaian terbaik.

Spectre turut dibarisi Ralph Fiennes (M), Monica Bellucci (Lucia Sciarra) dan Christoph Waltz (Franz Oberhauser).

10) Star Wars: The Force AwakensTarikh tayangan, 17 Disember 2015



Kupasan: Sejak diperkenalkan pada tahun 1977, Star Wars telah menjadi francais filem sains fiksyen angkasa lepas teragung dalam sejarah.

Selepas menanti selama 10 tahun (tidak mengambil kira animasi Star Wars: The Clone Wars pada 2008), peminat siri ini semestinya tidak sabar untuk menonton keluaran baharunya, Star Wars: The Force Awakens.

Apa yang menjadikan filem ini menarik adalah plot ceritanya yang bakal menceritakan kejadian selepas 30 tahun peristiwa kepulangan Jedi dan setelah Darth Vader ditewaskan.

Secara amnya, naskhah ini adalah sambungan bagi Star Wars: Episode VI–Return of the Jedi yang ditayangkan pada tahun 1983.

Filem ini dibintangi oleh Harrison Ford (Han Solo), Mark Hamill (Luke Skywalker), Carrie Fisher (Leaia Organa), John Boyega (Finn) dan Oscar Isaac (Poe Dameron). - The Rakyat Post




Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 22-1-2015 10:08 AM
kenapa tak masuk bod filem


anyway, i baru tgk into the woods mlm td
best

filem ni dicalonkan di oscar kategori best supporting actress (meryl streep)
Best Production Design and Best Costume Design


Quote Pajeri_Nenas 22-1-2015 10:16 AM
no 2 dgn 3 mcm hampeh je
Quote honeybee80 22-1-2015 10:16 AM
me tunggu fast furious 7, the avangers dengan Spectre ajerr...
Quote cektim 22-1-2015 10:17 AM

eh xprasan plak ada bod filem
sori my mistake

xboring ka filem dea?

Quote cektim 22-1-2015 10:19 AM
aku tunggu fast furious, avengers ngan insidious
insidious ni bleh tahan best gak
Quote applemy 22-1-2015 10:21 AM
Memang tunggu sgt Insidious 3..

Terminator pun..

Star Wars.. emm tatau la. Ai rasa ai je laki2 yg tak minat star wars.. hiks!

Quote axl_bach 22-1-2015 10:21 AM
Into the wood suck big time.....baru tgk 3 hari lepas, aku bagi rating -ve 4 bintang......

paling aku nyampah lagu The Agony ke hapa yg badik putera raja tu nyanyi kat air terjun, dgn babak putera raja kejor CInderella jongos, cam lemah tenaga batin jer putera raja pun pompuan jongos lari pakai high heel pun x terkejor...

pastu gergasi plak adoyaiii mudah bebenor matinyer, yg jantan dah nak sampai tanah dah pun bleh jer terjun terus pokok tumbang jatuh mati padahal xder laa tinggi sgt x sampai 50 meter dari tanah haaaa.....yg betina plak kena lontar dgn batu2 sebesar genggaman Jack jer pun dah mati ....
Quote axl_bach 22-1-2015 10:23 AM
aku tunggu Terminator Genysis.....cambest jer tgk trailer
Quote lurve82 22-1-2015 10:24 AM
thn ni masih blm kesempatan nk pegi nonton...bln ni blm ada cerita yg best...
Quote liton 22-1-2015 10:26 AM
Anak2 dok tunggu Avangers.Asal kluar iklan jer asyik tanya bilalah nak april ni
Quote spiderman80 22-1-2015 10:26 AM
axl_bach replied at 22-1-2015 10:21 AM
Into the wood suck big time.....baru tgk 3 hari lepas, aku bagi rating -ve 4 bintang......

paling ...

Tahun ni ada sekuel filem The Red Moon tak? Isteri kesayangan Spidey suka tengok.
Quote melinda_kerr 22-1-2015 10:26 AM
Klau tgk pun spectre je!
Quote kecimpret 22-1-2015 10:27 AM
cicak man???..for real???...sape laaa yg nak sgt tgk pelem tu
Quote supernaturalee 22-1-2015 10:27 AM
cektim replied at 22-1-2015 10:17 AM
eh xprasan plak ada bod filem
sori my mistake

i suke je
ade drama, komedi, muzikal, fantasi, magik


seronok tgk chris pine aka captain kirk (star trek) nyanyi
kelakar & ada gaya2 elvis
pd hal zaman dahulu kala
Quote intriQue 22-1-2015 10:35 AM
filem Naruto tak masuk list ke?
Quote Teru2Bozu 22-1-2015 12:50 PM
aku tunggu yg no 4, 5 & 10
Quote jojoba_beads 22-1-2015 12:56 PM
kecimpret replied at 22-1-2015 10:27 AM
cicak man???..for real???...sape laaa yg nak sgt tgk pelem tu

is this film (no3) too good for us?
Quote Anak_Nogori 22-1-2015 12:56 PM
Minyak turun..tapi Ticket wayang pun tak turun.

Macai teluk tokun.
Quote ella. 22-1-2015 01:04 PM
gone girl takde sambungan ke?

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.243278 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top