CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Hukuman Mati Menggunakan Meriam

26-1-2015 04:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17550| Komen: 45

Description: Di Eropah Capital Punishment Sudahpun Dilupuskan Kerana Ianya Melanggar Undang-Undang Hak Asasi Manusia Mereka. Hukuman Mati Yang Dijalankan Sekarang Walaupun Dianggap Paling Berperikemanusiaan Diangg ...
Hukuman Mati Menggunakan Meriam 

Di dalam dunia moden sekarang, method hukuman mati yang paling kerap digunakan ialah hukuman gantung. Di beberapa negeri di Amerika Syarikat hukuman suntikan maut menjadi pilihan. Di Eropah capital punishment sudahpun dilupuskan kerana ianya melanggar undang-undang hak asasi manusia mereka. Hukuman mati yang dijalankan sekarang walaupun dianggap paling berperikemanusiaan dianggap terlalu ekstreme.

Ini membawa kita kepada sebuah teknik menjatuhkan hukuman mati yang tidak lagi digunakan. Teknik menjatuhkan hukuman mati ini dipanggil "Shooting From A Gun" ataupun dalam bahasa bumiputera songkok tingginya ditembak dengan menggunakan meriam. Teknik hukuman mati ini adalah brutal. Seorang pesalah akan diikat pada muncung sebuah meriam. Tangan dan kaki beliau didepangkan dan diikat pada roda meriam. Muncung meriam diletakkan pada bahagian belakang pesalah dan kemudia meriam dinyalakan. Tubuh pesalah akan secara segera meletup kerana tekanan akibat letupan meriam ini. Tekanan udara sudah memandai untuk membunuh dan peluru meriam tidak diperlukan untuk menemukan pesalah dengan the bearded dude in the sky. Terdapat pelbagai catatan sejarah yang menyatakan tubuh pesalah akan terburai sejauh 40 kaki dari muncung meriam. Kerana hukuman ini dijalankan di hadapan orang awam, terdapat juga rekod penonton yang tercedera kerana terkena cebisan pesalah yang terbang kesemua arah.

Teknik ditembak meriam sehingga mati ini dipercayai dicipta di Portugal pada abad ke 16. Namun penggunaanya sebagai teknik hukuman mati tersebar ke 4 penjuru dunia. Terdapat catatan ianya digunakan di Turki dan Kesultanan Acheh!

Tetapi hukuman ini sinonim dan digunakan secara besar-besaran oleh penjajah British di India. Pada tahun 1857 berlaku Pemberontakan Sepoy. Pemberontakan ini berlaku kerana askar Sepoy di bawah bidang kuasa Kompeni Hindia Timur Inggeris marah dengan penggunaan pelincir tallow pada katrij sebuk peluru raifal mereka. Pelincir allow ini dihasilkan menggunakan campuran lemak babi, lemak lembu dan lilin lebah. Majoriti askar Sepoy adalah beragama Islam dan Hindu. Kewujudan lemak babi dan lembu pada katrij serbuk peluru yang perlu digigit sebelum boleh digunakan dikatakan menghina sensitiviti agama mereka. Akibat dari pemberontakan ini puluhan rakyat empayar British terbunuh. Pemberontakan Sepoy kini dianggap sebagai permulaan penentangan terhadap penaklukan British di India.

Selepas pemberontakan ini berjaya dihentikan, puluhan askar Sepoy yang didapati bersalah menentang kuasa British dijatuhkan hukuman mati. Bagi menakut-nakutkan orang India dari cuba bangun dan menentang mereka, hukuman mati menggunakan meriam digunakan oleh British. Puluhan pemberontak diletupkan dikawasan awam untuk tontonan umum. Gruesome!

Di Kesultanan Acheh hukuman ini pernah dijatuhkan keatas lanun pada tahun 1810. Seorang paderi Kristian juga dikatakan dijatuhkan hukuman yang sama pada tahun 1583 kerana cuba menyebarkan agama Kristian di Acheh.

Kali terakhir hukuman ini dijalankan ialah pada tahun 1930 di Afghanistan dimana 11 orang penentang bebangsa Tajik diletupkan kerana terlibat didalam komplot menggulingkan Sultan.







Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PinKnPurpLe 31-12-2014 04:18 PM
Quote AbukRokok 31-12-2014 04:41 PM
hahahaha ini sangat isis
Quote pejol 31-12-2014 04:56 PM
fuhh..dasat bohhh
Quote mattzzx 31-12-2014 05:40 PM
Mau berkecai macam C4......
Quote leenaz 1-1-2015 01:09 AM
i kenot brain this
berlubang badan
siksa mati
Quote imransulaiman 1-1-2015 01:29 AM
Ngeri dan nyeri!!
Quote mialunar 1-1-2015 01:34 AM
kejam nyer
Quote alphawolf 1-1-2015 08:01 AM
Sila pindah ke bod sejarah, ngeri tak ngeri, ni cerita beratus tahun dulu
Quote idadzira 1-1-2015 08:53 AM
sadis..dan kejam
Quote Dark_Vampire 1-1-2015 09:01 AM
ngeri sehhhh bertabur serpihan tu kang
Quote edmundo 1-1-2015 09:46 AM
Bersepai anggota badan...
Quote uori 1-1-2015 10:32 AM
   ngeri betoi
Quote Artemesiaa 1-1-2015 11:03 AM
Ngerinya satu hal lak nak kena kutip serpihan anggota badan lepas tu
Quote ratna 1-1-2015 01:10 PM
hisss...berterabur anggota..isi perut sume..adeehh
Quote matahari7001 1-1-2015 02:44 PM
Artemesiaa replied at 1-1-2015 11:03 AM
Ngerinya satu hal lak nak kena kutip serpihan anggota badan lepas tu

xde makne drg nak kutip balik..dibiarkan mnjadi baja...

Quote Leafumi 2-1-2015 02:42 PM
Quote Leafumi 2-1-2015 09:21 PM

ooo.. sorry mod
Quote ladyone 3-1-2015 05:02 AM
takda kubur ke diorg tu?
Quote nobito 3-1-2015 05:32 PM
At least hudud x sezalim ini.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.155552 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top