CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Bmw Group Malaysia Menjual 9,046 Unit Kenderaan Pada Tahun Lalu

27-1-2015 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4433| Komen: 0

Description: Pengarah Urusan Merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Alan Harris, Berkata Permintaan Kukuh Terhadap Varian Bmw 3 Series, Bmw 5 Series, Serta Pengenalan Beberapa Model Baharu Bmw, Mini Dan Motorrad Pada ...
Bmw Group Malaysia Menjual 9,046 Unit Kenderaan Pada Tahun Lalu


BMW Group Malaysia menjual 9,046 unit kenderaan pada tahun lalu, tertinggi dalam sejarah syarikat sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di Malaysia. - Foto hiasan/Reuters


KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia menjual 9,046 unit kenderaan pada tahun lalu, tertinggi dalam sejarah syarikat sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di Malaysia.

Daripada keseluruhan jualan berkenaan, 7,808 unit adalah model BMW, 655 MINI dan 583 BMW Motorrad. Jumlah jualan berkenaan adalah peningkatan sebanyak 13.4 peratus berbanding tempoh sama tahun 2013, dengan jualan 7,974 unit.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Alan Harris, berkata permintaan kukuh terhadap varian BMW 3 Series, BMW 5 Series, serta pengenalan beberapa model baharu BMW, MINI dan Motorrad pada tahun 2014 memangkin pengeluar kenderaan premium itu mencatat rekod prestasi jualan tertinggi di Malaysia.

"Ketika BMW 3 Series dan BMW 5 Series kekal menjadi pesaing utama di pasaran dan cukup dihargai para pelanggan, kami juga menawarkan lebih banyak pilihan ke dalam segmen kenderaan premium tempatan menerusi pengenalan beberapa model seperti BMW X4 serba baharu dan MINI baharu.

"Tidak ketinggalan, model Motorrad seperti BMW R nineT dan BMW S 1000 R yang mendefinisikan semula segmennya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, katanya, tambahan pelaburan terhadap kemudahan pemasangan tempatan untuk model BMW X5, MINI Countryman serta motosikal BMW F800GS dan F800R mencatat sejarah tersendiri buat BMW Group Malaysia, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Asia Tenggara.

"Ia membuktikan lagi komitmen kami terhadap Malaysia," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Rantau Asia, Pasifik dan Afrika Selatan BMW Group, Hendrik von Kuenheim, berkata 2014 adalah tahun terbaik, bukan saja buat BMW Group Malaysia, malah untuk BMW Group di seluruh dunia.

Kemampuan mencatat keputusan memberangsangkan, mencapai sasaran jualan dan mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen automotif premium di Malaysia menunjukkan bahawa negara ini kekal menjadi hab serta kediaman istimewa buat BMW Group di rantau ini.

"Kami yakin dapat meneruskan momentum yang dijana pada tahun lalu ke tahun 2015. Ini kerana kami sentiasa berusaha menjalin sinergi dengan kerajaan Malaysia untuk mengoptimumkan lagi penawaran kenderaan premium kepada pelanggan di seluruh negara," katanya.

Di peringkat global, BMW Group berjaya mengukuhkan posisinya selaku kumpulan pengeluar kenderaan premium terbesar di dunia.

Penghantaran kenderaan sebanyak 2,117,965 unit kenderaan di seluruh dunia menyaksikan lonjakan 7.9 peratus berbanding tahun sebelumnya (2013: 1,963,798 unit), satu peningkatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah syarikat itu.

Di Asia, BMW Group turut menyaksikan pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2014 melalui penghantaran sebanyak 656,395 unit BMW dan MINI, peningkatan 13.8 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2013 (576,616 unit).

Untuk tahun 2015, BMW Group Malaysia akan terus fokus untuk menawarkan para pelanggannya di Malaysia dengan pengalaman pemilikan premium yang sempurna daripada sudut pandangan industri. Ia turut merangkumi apa yang terbaik dalam kelasnya, teknologi dan inovasi termaju pada kenderaan keluarannya serta perkhidmatan proaktif di semua peringkat.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.413928 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top