CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Simen Merempit Dan Melanggar 10 Buah Kenderaan

28-1-2015 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7843| Komen: 32

Description: Kenderaan Lain Yang Dirempuh Kemudian Berlanggar Sesama Sendiri Sehingga Menyebabkan Kerosakan Teruk Dan Kecederaan Kepada 14 Individu Membabitkan Pemandu Dan Penumpang Dengan Empat Daripadanya Parah.
Lori Simen Merempit Dan Melanggar 10 Buah Kenderaan



Teluk Intan: 14 individu nyaris maut apabila lori simen hilang kawalan lalu merempuh 10 kenderaan di atas Jambatan Sultan Yusuf di Kilometer 49, Jalan Sitiawan-Teluk Intan, di sini, 5.30 petang semalam.

“Akibat rempuhan itu, seorang anak saya berusia empat tahun tersepit dan parah," kata Kamarudin Al Peyah, seorang daripada 14 mangsa yang cedera dalam kemalangan itu.

Kejadian dipercayai berpunca daripada lori simen dari arah Sitiawan ke Teluk Intan dan dikatakan hilang kawalan hingga merempuh beberapa kenderaan lain, kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh beberapa kenderaan lagi.

Kenderaan lain yang dirempuh kemudian berlanggar sesama sendiri sehingga menyebabkan kerosakan teruk dan kecederaan kepada 14 individu membabitkan pemandu dan penumpang dengan empat daripadanya parah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



10

Bagus
23

Marah
15

Terkejut
22

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bazinga 28-1-2015 01:32 AM
Tu la tau nak merempit jek..
Nasib takde kemalangan jiwa, walau menyusahkan orang lain
Quote shalola 28-1-2015 01:46 AM
Adoi la, mmng geram ngn lori ni
Quote kimsa-ra 28-1-2015 03:05 AM
hbs 10 kereta yg terlibat..
Quote karipap 28-1-2015 03:09 AM
Harap pihak polis/jpj tahan dan saman mat motor kapcai yang merempit dan membahayakan nyawa org lain tu.
Quote Suchi 28-1-2015 05:37 AM
musim lori besor melanggar org

ngeri betul

lepas nih kalo nmpk lori sebatu lg
awal2 kena elakkan dr terserempak..50% nyawaa kita dah hampir melayang ok
Quote mak_wa95 28-1-2015 06:10 AM
lori simen tu..bahayanya
Quote noor2 28-1-2015 06:18 AM
karipap replied at 28-1-2015 03:09 AM
Harap pihak polis/jpj tahan dan saman mat motor kapcai yang merempit dan membahayakan nyawa org lain ...

Ada kisah motor kapcai ke.....ke i yang x perasan
Quote makneng 28-1-2015 06:57 AM
Ada yg panggil lori simen ni lori siput...tp dlm kes ni bukan siput lagi...
Quote miss_rose 28-1-2015 07:39 AM
Lori mmg laju..
tak tahu apa nk dikejar nya..
Quote AbukRokok 28-1-2015 08:05 AM
kemunfkinan besar lori xperasan ada no plet kot....
Quote AbukRokok 28-1-2015 08:07 AM
bak kata kp jpj... no plet mempengaruhi kemalangan
Quote xtahumenahu 28-1-2015 08:09 AM
kekadang kita dah laju...lori tu lagi tekan minyak...siap cucuk2 lagi...haishh
Quote airfilterkotor 28-1-2015 08:12 AM
Lori simen ni pun kejar trip.
Tu pasal lazim, korang akan nampak pemandu lori ni lari macam pelesit (lori tengah kosong).
Quote sapp73 28-1-2015 08:16 AM
Atas jambatan pun merempit......memang kdbanyakan pemandu lori ni macam hantu...
Quote atira 28-1-2015 08:18 AM
siasat sampai tertungging pon..
lori tetap menggila....

tak boleh ka.. pihak berkuasa ni buat kawalan/pemerhatian menggila terhadap lori2 kat malaysia ni
Quote khalisya 28-1-2015 08:20 AM
hurmmm.... dah nyusahkan orang lain....
Quote abas8888 28-1-2015 08:57 AM
tokey lori dah bayar monthly kot...
Quote luvpierre 28-1-2015 09:06 AM
pemandu lori perangai sial
smlm aku ganda n tinggal dia jauh kt blakang
tgk2 lori tu dh makin dekat balik dgn keta aku
bodo punye driver lori aku bukan ajak ko race pon

Quote aTiKah_aYuNi 28-1-2015 12:10 PM
driver lori bwk mcm kna kejo hantu....gasak nk cucuk2 org..
sakit hati betul...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.075752 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top